Memancing : Trip Memancing Sedili – Cerita bot 1…..   26 comments

Trip memancing di Sedili, Johor Tarikh : 19 – 21 June 09

DSC00952

Tanggal 19 Jun 09 adalah merupakan hari yang amat di tunggu – tunggu oleh 13 orang pemancing tegar yang menggelarkan  diri mereka ’82 Anglers Team’.Tarikh ini merupakan sejarah baru untuk kami menyertai satu trip memancing di laut dalam  selama 2 hari 1 malam di lokasi yang menjadi pilihan iaitu di Sedili Johor. Sebulan sebelum tarikh keramat ini pelbagai persediaan dari segi mental, fizikal malah kelengkapan memancing serta ilmu untuk memancing telah di ‘semat’ pada diri masing-masing sebagai senjata ampuh untuk menguji perairan Sedili nanti.

Untuk tujuan ini ,2 buah bot telah ditempah .Ahli-ahli bot 1 terdiri daripada Hud yang bertindak sebagai CDM trip,Azhar yang bertindak sebagai CDM bot1 ( penulis ),Muaz,Dino,Piyan dan peserta termuda iaitu Khalid.( 6 org muatan ).Sementara itu bot2 di isi oleh Nasrul yang bertindak sebagai CDM bot 2,saudara Kamal ( Uda ),Cik Akob,Abg Mail,Fendi the reds,Zaini dan Amir ( 7 org muatan )

9 pm,19 Jun –  Penulis berlepas berseorangan memandu dari Kota Seriemas Nilai.Perjanjian telah di buat untuk berjumpa di R&R Air Keroh, Melaka pada 11pm.Saya telah sampai awal diikuti oleh group dari Gombak,Bangi serta Kajang.Kemudian kami berjumpa pula dengan group ‘tuan rumah’ iaitu group Cik Akob dan Fendi the reds.Fendi yang amat berpengalaman dan mahir di sekitar  Johor telah memilih laluan di Tol Kulai sebagai jalan pintas untuk ke Sedili.

P6190002P6190004

Lebih kurang pukul 1.40 pagi kami sampai di Pasar Borong Kota Tinggi untuk membeli sotong sebagai umpan,tapi kedatangan kami di sambut oleh pasar yang agak lengang dan sunyi kerana kami diberitahu pasar ini hanya akan beroperasi pada pukul 3 pagi Justeru itu kami mengambil keputusan untuk mencari kedai makan di sekitar Kota Tinggi.Sekali lagi khidmat Fendi the reds di tagih. Mengisi perut sebelum berangkat menaiki bot adalah satu keperluan yang amat mustahak untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti pening kepala yang boleh membawa kepada masalah mabuk laut

P6200008 P6200007

Semasa berada di meja makan keadaan sungguh meriah diselang seli dengan gelak ketawa.Terpancar perasaan gembira bercampur debaran di raut wajah masing-masing.Mungkin terdetik di benak masing-masing inilah masa yang di tunggu-tunggu untuk bertarung dengan ikan -ikan berskala besar yang menghuni perairan Sedili,apatah lagi sebelum berlepas kesini kami telah dijanjikan dengan habuan agak lumayan sebanyak RM 100 oleh Pak Long Sham kepada sesiapa yang berjaya mendaratkan ikan terbesar pada trip kali ini.Bagi peserta yang pertama kali menaiki bot pasti berdebar dan teruja untuk menunggu saat-saat berada diatas bot disamping beroleh pengalaman berharga ketika menongkah arus di Sedili nanti. 03:00 am kami kembali semula ke Pasar Borong untuk mendapat sotong sebagai umpan tambahan.

P6200011 P6200010 P6200012

P6200015 P6200014

05:00 am kami sampai di Jeti Sedili Besar dan di sambut oleh Cikgu Halim yang akan bertindak sebagai awak-awak merangkap tukang masak di bot 1 nanti.Setelah segala peralatan di punggah kedalam bot,kedua-dua bot bergerak menuju ke destinasi pertama iaitu Pulau Tinggi

P6200016

Selepas 1/2 jam perjalanan penulis dan saudara Hud telah melabuhkan joran dengan menggunakan kaedah trolling atau tundaan dengan harapan untuk menjerat Tenggiri atau Tenok ( Alu-alu bersaiz besar )yang berkeliaran di perairan Sedili ini.Pengalaman Cikgu Halim menaikkan tenok seberat 26 kilo dan berbelas Tenggiri dengan skala mega dengan menggunakan kaedah ini telah membakar semangat  kami untuk mencubanya

DSC00958

Untuk kaedah ini penulis menggunakan kekili menegak dari jenis Penn 330 GT yang gelendungnya diisi dengan tali benang berkekuatan  60 lbs dari jenama Power Pro.Rapala Magnum CD 18 bewarna merah putih atau panggilan biasa sebagai ‘Ultraman’ yang begitu sinonim dengan kaki-kaki pancing di Sedili yang kerap menggunakannya untuk memerangkap Si Predator merujuk kepada istilah yang sering digunakan untuk Tenggiri yang begitu rakus membaham Rapala ini. Saudara Hud juga mempraktikkan kaedah yang sama namun beliau menggunakan kekili mendatar dan Rapala ‘Ultraman’ yang baru dibuka dari kotak. Muaz merupakan orang ketiga yang mengirigi penulis dan Hud menggunakan kaedah trolling.

Ketika bot berhampiran Pulau Tinggi,suasana hening di bot 1 telah bertukar menjadi riuh rendah apabila joran penulis telah di sentap dengan  begitu rakus sekali oleh pemangsa yang cuba melarikan diri apabila terkena mata kail.Kekili Penn 330 GT menjerit berterusan sambil tali benang  memancut keluar dari gelendung .Cikgu Halim yang amat arif dengan gelagat pemangsa,mengatakan tarikan sebegitu rakus datangnya dari Predator yang tidak asing lagi di Sedili iaitu Tenggiri. Acara tarik menarik dengan mangsa berlangsung beberapa minit sebelum Predator yang begitu licik ini berjaya meloloskan diri dengan membawa sekali Rapala Ultraman kesayangan penulis walaupun penulis telah menyambungnya dengan Leader Wire berkekuatan 80 lbs

8am – kami sampai di Pulau Tinggi dan mengikut Cikgu Halim acara utama di sini ialah memancing ikan Ebek dengan menggunakan kaedah bottom  fishing. Tali Perambut yang diperlukan ialah 1.5 ke 2 depa panjang dengan menggunakan satu mata kail yang dicangkuk Udang hidup.Lokasi kami memancing tidak jauh dari bot 2 dan kami sering berinteraksi menggunakan ‘Walkie Talkie’ untuk mengetahui keadaan semasa.Disini kami berjaya menaikkan 2 ekor Ebek berskala 2 kg dan 4 kg manakala bot 2 berjaya mendaratkan seekor Ebek berskala 2 kg.Kedengaran dari perbualan melalui Walkie Talkie pemancing-pemancing dari bot 2 telah ramai yang ‘rebah’ dan tidak mampu untuk meneruskan acara pancingan di Pulau Tinggi ini kerana ada yang telah mabuk laut.Tidak dinafikan arus agak kuat dan beralun dan ini tentulah menyukarkan terutama bagi pemancing-pemancing yang baru menjinakkan diri dalam arena laut dalam.Dalam pada itu bot 2 telah memutuskan untuk beralih haluan ke kawasan yang berarus perlahan lantaran dari suasana bot 2 yang sudah ramai ahli-ahlinya mabuk laut.

P6200020 P6200021 DSC03247

Sementara itu penulis dan ahli-ahli bot 1 telah memilih haluan untuk ke Karang Ngah setelah umpan udang hidup yang kami hulurkan tidak bersambut lagi di Pulau Tinggi.Destinasi ke dua iaitu di Karang Ngah mengambil masa 2 jam dari Pulau Tinggi dan destinasi ini adalah ‘spot’ wajib dan tersohor sekali  di perairan Sedili ini.Acara utama di sini ialah ‘Drifting’ atau menghanyut umpan hidup yang terdiri daripada Kembung dan Selar.Ikan yang menggunakan diet ini ialah ikan pelagik yang tidak asing lagi iaitu Tenggiri.Namun kehadiran kami disambut dengan suasana yang kurang sesuai untuk pancingan Tenggiri. Fenomena angin Tenggara yang telah mula memasuki fasa pertama di perairan ini telah membantutkan hasrat kami untuk menduga kehebatan Si Predator yang menjadikan lokasi ini sebagai tempat permainan mereka.Arus bergerak begitu laju, alunan ombak juga agak berisiko jika berada di birai bot menyebabkan suasana untuk memancing agak kurang selesa.

DSC03241

2 orang ahli bot kami iaitu Khalid dan Muaz yang pertama kali menjejakkan kaki ke perairan Sedili ini telah lama ‘beradu’ di dalam kabin bot kerana berperang dengan keinginan untuk memancing dan kekangan keupayaan menahan diri dari mabuk laut.Keadaan ini mencetuskan rasa gusar penulis kerana sebagai CDM bot 1 penulis mempunyai sasaran atau KPI yang perlu dilunaskan di sini.Penulis juga menganggap diri penulis masih ‘hijau’ dalam arena laut dalam ini. Jesteru penulis  telah membulatkan tekad untuk bertahan dan meneruskan acara pemancingan sambil memberi semangat kepada ahli-ahli yang lain.

DSC00954

12.00 – 04.00 pm – Muaz telah terjaga dari ‘pertapaannya’ dan bingkas bangun dari kabin ke birai bot apabila Cikgu Halim mengarahkan kami menurunkan pancing untuk memancing ikan Kerapu.Mengikut kata Cikgu Halim dalam keadaan arus deras ini tiada apa yang mampu dilakukan melainkan dengan kaedah menghanyut bot tanpa cengkaman sauh pada alur Kerapu yang telah dikesan oleh GPS melalui kepakaran tekong Pak Salleh.Kelegaan terpapar di wajah Muaz apabila beliau sudah mula sihat dan berkeupayaan untuk meneruskan acara memancing Kerapu.Sementara itu Penulis,Hud,Piyan dan Dino masih bersemangat dan tiada tanda – tanda untuk menyerah kalah’ di alur Kerapu ini.Malah tekong beranggapan Dino dan Piyan sudah biasa kelaut lantaran ‘kesangsaraan’ yang dialami Khalid tidak memberi kesan langsung kepada mereka.Penulis agak kagum dengan semangat juang dan ketenangan yang di miliki oleh mereka.

DSC00960 DSC00961 DSC00951

DSC00955 DSC00956

Kaedah berhanyut ini memberikan kami hasil yang agak membanggakan apabila seorang demi seorang menaikkan spesis Kerapu  yang sebelumnya hanya kami lihat di pasar-pasar ikan.Ada antara kami yang seolah-olah tidak percaya apabila ikan ini berada di depan mata apatah lagi ada yang mampu menaikkan 2 atau 3 ekor sekaligus. Ternyata kepakaran Cikgu dan tekong yang ‘mengapungkan’ bot betul-betul di alur Kerapu telah membantu kami memenuhkan tong ikan yang kami bawa.Kepenatan dan kesukaran sepanjang perjalanan ini lenyap begitu saja apabila kami melihat tong ikan yang hampir penuh.Senyuman terukir di setiap ahli bot kami kerana berasa puas dapat memancing ikan ini.Khalid yang semenjak tadi ‘bermukim’ di kabin bot sesekali menjengok ke luar kerana tidak ‘tahan’ mendengar tempik sorak ahli-ahli bot yang lain  apabila berjaya menjinakkan ikan yang ‘bernilai’ ini. 05:00 pm- Kami sepakat ke Pulau Aur yang memerlukan 2 jam perjalanan dari Karang Ngah untuk membersihkan diri ( mandi ) sambil menikmati keindahan pulau dan lautan ciptaan Ilahi.Pada awalnya cikgu Halim kurang bersetuju ke Pulau Aur kerana beliau merasakan adalah lebih baik kami ke unjam sahaja untuk memancing ikan Selar dan Kembung kerana waktu petang beginilah masa ikan -ikan ini ‘frenzy’ dan mudah dirembat dengan ‘apollo’.Beliau begitu optimis sekali kami mampu menaikkan sekurang-kurangnya 1 tong  ikan ini jika tidak ke Pulau Aur

DSC00962

08:00 pm- Setelah menjamu selera dengan masakan kari ikan segar Cikgu Halim, kami meneruskan acara memancing ‘bottom’ di sekitar Pulau Aur.Teknik memancing malam di sini  agak berbeza kerana setelah umpan di labuhkan, kita perlu menarik sedikit tali ke atas lebih kurang 1 -2 depa kerana ikan hanya bermain dibawah cahaya lampu yang di pasang pada bot.Jadi dengan mendekatkan umpan ke arah cahaya lampu akan memberikan peratus yang lebih tinggi untuk menerima tarikan ikan.Namun pada malam ini kami gagal mendapatkan umpan sotong hidup yang merupakan diet utama bagi Jenahak,Kaci,Tambak dan ikan -ikan sisik lain di sini.Setelah umpan Udang hidup tidak mendapat layanan dari penghuni di situ ada diantara kami yang mengambil kesempatan untuk merehatkan diri dan melelapkan mata.Tinggallah Penulis , Muaz dan Dino yang melayan ikan bermata galak atau ‘ikan Uji Rashid’ dengan menggunakan apollo sehingga ke pagi.Tetapi Penulis agak hairan dengan gelagat Muaz yang begitu tekun dan sabar menaikkan ikan ini sehingga pagi tanpa rasa mengantuk.Syabas buat Muaz

DSC00949

05:30 am- kami bergerak semula ke Karang Ngah namun masih gagal untuk memancing Tenggiri kerana arus masih lagi laju.Akhirnya Cikgu Halim mengambil keputusan untuk memancing Kerapu seperti semalam.Namun hanya beberapa ekor Kerapu dan ikan Anjang sahaja yang sudi menjamah umpan.Begitulah nasib setiappemancing tidak semestinya kita mendapat hasil yang sama walaupun kita berada di spot yang  betul kerana beberapa faktor yang harus di ambil kira seperti pertukaran arus,kelajuan arus,kedalaman  air serta arah tiupan angin.

12.30 t/hari – kami kembali semula ke Pulau Tinggi untuk memancing Ebek.Namun beberapa siri rentapan dari ikan tersebut gagal membuahkan hasil yang diidamkan. Ketinggian karang disini memberi kelebihan kepada mangsa untuk melarikan diri ke kawasan berkarang dan berbatu untuk memutuskannya. Paling hampir untuk menewaskan ikan di sini ialah Dino tetapi kecundang jua apabila ikan dengan pantas membawa perambutnya ke kawasan celah-celah karang walaupun pada mulanya ia seakan hampir membuahkan hasil.Nampak riak wajah Dino yang agak kecewa mungkin kerana rod yang digunakan agak kecil dan beliau kelihatan sukar untuk menanggani asakan daripada ikan tersebut.

DSC00959

01:30 ptg – Kami bersiap untuk pulang ke jeti yang memakan masa 2 jam perjalan dari Pulau Tinggi.Ketika dalam perjalan pulang, Penulis mengambil kesempatan yang berharga ini untuk menggunakan kaedah trolling tetapi kali ini Penulis menggunakan Rapala Ultraman yang dipinjam dari Hud.Muaz juga turut sama tidak ketinggalan untuk menunda. Sedang Penulis dan Muaz leka berbual sambil mengemaskan barang, kekili Penn penulis tiba-tiba berdesing dan tali dari gelendung ‘muntah’ dengan laju sekali sambil joran  Penn Senator penulis tunduk menahan asakan ganas dari bawah.Sekali lagi suasana di bot menjadi riuh rendah.Penulis yang bagaikan terpaku sebentar tadi tanpa di paksa terus melompat kearah joran dan cuba sedaya upaya melayan kerenah Si Predator ini. Sambil mengumpul kekuatan yang hampir hilang, Penulis mengarau kekili dengan pantas untuk mengelakkan tali menjadi kendur.Dari pengalaman Penulis dan teknik-teknik yang pernah diajar oleh rakan-rakan, tatkala melayan Tenggiri kita hendaklah sentiasa menegangkan tali dan jangan sesekali membiarkan tali kendur kerana ia akan membuatkan kita  berputih mata apabila tali rabut dikerjakan mangsa.Namun perkara yang amat merunsingkan penulis terjadi juga apabila pecutan Si Predator ini gagal penulis imbangi dan dengan  mudah sahaja mangsa ‘memuntahkan’ kembali Rapala apabila tali mengendur.Epidod duka Penulis berulang kembali walaupun Penulis hampir berjaya menaikkan Tenggiri tersebut. Bagi Penulis ia seperti sudah tersurat. Si Predator seolah-olah ‘berpatah arang dan berkerat rotan’ dengan kami.Mungkin belum ‘tiba’ masanya untuk Penulis memecahkan rekod Uda Kamal yang masih utuh dengan gerong Belangnya itu.

03:30 ptg – Kami sampai di Jeti Sedili Besar dan disana telah siap menunggu ahli-ahli bot 2.’Harta sepencarian’ dibahagi-bahagikan antara semua pemancing Selepas itu kami terus pulang kerumah dengan harapan dapat datang ke sini lagi pada masa-masa akan datang.

P6210040 P6210029 P6210032

DSC03248

About these ads

Posted July 29, 2009 by Keluarga82 in Memancing

26 responses to “Memancing : Trip Memancing Sedili – Cerita bot 1…..

Subscribe to comments with RSS.

  1. This is the Sports tours truths your folks doesn’t want you to
    know

  2. Salam bro, boleh bagi no tel tekong bot yg saudara guna ni

    azuan abu hassan
  3. bolehkah saya datang dengan kamu orang

  4. salam tuan,boleh saya minta no tel tekong tak….pergi pulau aur,tu yg best.

  5. Salam.
    Untuk aktiviti trolling..apakah caranya n bila masa yang sesuai n kelajuan bot yg macamana,jenis gewang yg digunakan dsbnya…boleh bg tips aikit x…

    • kelajuan boat jgn lebih dari 4 knots. gewang jenis rapala “atroman” merah putih (harga dlm RM45-Rm50)paling sesuai untuk tenggiri. hujung perambut gunakan dawai min 40lbs (lipat dua).. (nasib tak baik 60-70 lbs dawai pun bole putus).

  6. Salam Aidil Fitri n terima lasih atas balasan tuan.Nak minta petua dari tuan bagaimanakah caranya utk elakkan dari mabuk laut?walaupun saya makan sebiji pil tahan mabuk saya tetap juga mabuk n x dapat fokus pada aktiviti memancing…dan

    Apakah peralatan yang asas n mesti saya bawa untuk trip mancing laut…

    Besar harapan saya kalau tuan dapat uploadkan gambar trip tuan yang lain…untuk panduan n rujukan kekawan yang lain..

    Bagaimanakah caranya nak menenrukan masa yang sesuai untuk turun ke laut dengan cara membaca jadual pasang surut…n bagaimanakah n dimanakah nak dapatkan kdual pasang surut selain dari majalah..ada laman web tertentu ke.

    Helmy

    • sekiranya pening nk muntah teruskan jgn tahan kalau tahan muntah lagi sakit kepala… keluarkan muntah n rehat 30-45 min rehat (baring) biasanya akan rasa lega.
      ambil pil tahan mabuk 1/2 jam sebelum sail (tak berapa digalakkan last choice). jgn duduk kat belakang boat sebab bau diesel mudah jadi loya dan mabuk..
      elakan dari bau desel. makan sebelum naik boat jgn biarkan perut kosong.

      sekiranya ada makanan tambahan (suppliment jenis zink.).. makan dulu. zink akan mengelakan dari mabuk.

      selain peralatan memancing, topi, lampu picit, baju hujan, lotion Uv protection, jgn lupa personel life jacket..(kalau tk disediakan)
      tong ikan jgn lupa…. :)

      pastikan perambut dan mata kail telah di sediakan sebelum naik boat. kalau buat semasa atas boat… selalunya kepala akan pening bila membuat tenungan.

      untuk kelaut dalam tak perlu tide table..

      tide table biasanya digunakan untuk memancing persisir pantai atau kuala sungai. Ikan makan pancing masa air nk pasang dan nk surut.
      jadual lengkap perairan Malaysia kat sini ada kena beli http://www.hydro.gov.my/content/view/22/1/lang,ms/

      petua elak mabuk ada kat sini.

      http://keluarga82.wordpress.com/2011/02/17/petua-%E2%80%93-mabuk-laut/

      kat sini ada lain2 gambar memancing… http://keluarga82.wordpress.com/category/memancing/

  7. Saya adalah pendatang baru memancing laut dalam ni..minta pendapat tuan perambut,rod,reels yang sesuai untuk dibawa dan apa lagi persedian yang perlu.

    Saya juga mempunyai reels dr jenis Penn 330gti n pen 5500ss tali jenis benang 50lb saya gunakan.

    Saya harap tuan dpt memberi tunjuk ajar.

    Helmy 019-3569890

  8. Asskum tuan saya ada mesin penn mcm tuan (kawan bagi~bersara dr memancing) nak tanya tuan rod yg sesuai utk mesin ni apa ya.Saya ada plan nak memancing di rumah api adakah ianya sesuai digunakan atau terlalu besar.019~356 9890

    • Soalan Pertama saya.. Bro nk mancing rumah api dimana? byk rumah apai area disini
      Port Kelang One Phantom Bank ? Kalau ke sini jgn lupa Bawa Mata jenis Apollo

      Sebenarnya tak masalah untuk memilih besar atau kecil mesin atau rod yg dibawa bergantung apa yg kita nk “pancing” dan arus air. sekiranya arus deras perlukan batu yg besar, ini melibatkan pula joran yg kasar digunakan.

      Kalau penn senator (multiplier) sesuai untuk trolling kerana mesin jenis ini sukar untuk membuat balingan jauh.
      kalau bro ke Rumah api spinning mechine lebih sesuai untuk membuat balingan nnt.

  9. time kasih keluarga82′..blh bg nmbr tepon lau nk nmbr sy 0176596244,sbb awl bln 4 sy nk trn sedili

  10. mcm mne ngan jenis2 perambut.sbb sy ni br nk bljr prgi laut dlm

    • salam bro azizan@gemok perambut biasanya dua depa panjang minima 60-100lbs batu no-20 guna tanduk…. kalau ikan unjam paling cun guna appolo saiz 12 bulu2 ijau, kalau musim selar sah bole naik 200kg senang2. kalau nak main tenggiri bulan mac. april may.. hala pulau tinggi dan aur

  11. salam bro..sy nk tnye serbe sedikit psl laut sedili,ikan2 pe yg terbaik kt sne 2

    • w.salam bro..biasanya klo kaki pancing pergi sana kebanyakkannya untuk memancing ikan Tenggiri, Barracuda,Ebek, Kerapu,Tambak,Jehan,Jemuduk,Aruan Tasik dan Delah dan lain-lain ikan umpan seperti Kembong,Selar,Mata Lolong dan Kerisi.

  12. salam bro…. kalu mancing kat sedili kena tarikh yg cantik bole dpt byk ikan yg saiz besar punya… syabas utuk korang… bole tgk gambar habuan aku di sedili… cuma lokasi lubuk adalah rahsia… tp bukan di pulau sekitar mersing

  13. aku ada port mancing kat gelang patah kalau nak join blh call aku 0177846929 atau email junaidi@ptp.com.my

    • SALAM..bro gelang patah tu pancing laut ke..cam na ngan bayaran…sory bro saya bukan org sni jadi tak tahu dgn tempt2 menmancing disini,,harap ditunjuk ajar

  14. ehhhh..Amir…betul lah memang gambar hang ‘tidoq’tu…sapa kata hang ‘mabuk’….he he…sapa yang kata hah…he he..tak de org cakap pun..

  15. Tu gambar den tidur lar.. bukan mabuk, jangan salah tafsir….hehe

  16. ************* uchiiey *************

    dlm blog ni xleh ltk video ker?
    kalo ade video..lg best..
    tp papepn coretan dr penulis amatlah bermakna buat tatapan pembaca yg xdpt turut join skali..
    tima kaseh……..

    ********************* hidup 82’Anglers Team!!!!!! ****************

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers

%d bloggers like this: