HOT SPRING SUNGAI KLAH,SUNGKAI : SATU DESTINASI PERCUTIAN   13 comments

Assalamualaikumwarahmatullahuwabarakatuh…

Lama rasanya tak update blog nih..bnyk dah aktiviti berjalan sepanjang tahun 2010 tapi tak berkesempatan nak buat catatan perjalanan..Bagi menutup aktiviti 2010, sempena cuti sekolah, Hot Spring Sungai Klah, Sungkai, Perak menjadi destinasi percutian seterusnya..Kali ini, yang turut serta adalah seperti berikut :

1) Pak Uda Kamal

2) Mak Uda Zaidah

3) Wan Hamidah

4) Paklang

5) Maklang

6) Mak Andah

7) Cik Din

8)  Cik Umi

9) Pak Teh Azman

10)Mak Teh Zaidah

11)Am

12) Nasrul

13) Hadi

14) Marliss

15) Khalilah

16) Mastura

17) Safiah

* Paksu Ako (Special appearance..huhu)

Dari Labu, Am memandu NAV8282 ke Gombak seramai 5 orang termasuk Paklang,Maklang,Wan dan Mak Andah untuk menyertai kami,warga Gombak menaiki WKB6226 pada jam 10 lebih 29 Disember 2010.Perjalanan dimulakan jam 1130 pagi dan “break”sekejap kt hentian Tanjung Malim.Perjalanan cuma mengambil masa lebih kurang 2 jam ke exit Sungkai.Tidak sukar untuk mencari jalan ke Hot Spring ni sebab ade sign board..Dalam perjalanan ke Hot Spring, akan nampak pemandangan bukit bukau dan juga ladang kelapa sawit serta kawasan perumahan Felda..

Kami terlepas simpang ke Hot Spring pada mulanya dan masuk ke kawasan pendudukan orang asli..hehe..Pusing balik dan terus ke reception untuk ambil kunci villa.Kami menyewa villa 3 bilik..Dapat Villa no 18..Area ni memang mendamaikan..Suasana yang cukup relax untuk bersantai meninggalkan hiruk pikuk kota..dengan padang golf kecik depan rumah dan kolam ikan penambah seri, memang cukup menambat hati penyewa2 Hot Spring ni.Villa ni sememangnya nampak ekslusif baik dari luar mahupun dalam..Villa 3 bilik ini sebenarnya cukup luas untuk menampung beberapa keluarga dalam 1 masa.Private jacuzzi menambahkan lagi ekskusif pada villa ini.Tak hairanlah sewa harian villa ni mencecah RM seribu lebih..

Cik Din dan keluarga sampai ke villa dalam jam 3 lebih.Lepas makan, masing2 mula dgn aktiviti sndiri..Ade yang berjacuzzi, ade yang berjalan2 keliling Hot Spring.Saya,Am dan Hadi meninggalkan villa untuk memerhati keadaan sekeliling dan meninjau apa yang ada di sekitar kawasan ini.Kolam mandi public memang penuh dengan orang luar..Ada juga kolam air panas dan area merebus telor..Selain tu, ada juga padang futsal, kawasan aktiviti memanah dan juga trek ATV..Ada  juga keinginan untuk merasa ATV tapi macam ATV tak dalam keadaan yang baik.Lagipun, macam takde orang yang menjaga kawasan tersebut..Habis pusing2, balik ke villa..standby utk tgk bola Piala Suzuki…huh..berkobar2..

Jam 8 mlm, stadium villa 18 mula dipenuhi pasukan sorak penyokong Malaysia..Memang gamat la stadium ni, bile tengok bola ramai2 ni..seronok berkumpul tengok bola ramai2 tengok gelagat masing2…lebih2 lagi bila team malaysia skor ataupun bila team indon menyerang..Yelah..malam tu malaysia tak banyak menyerang awal2..asyik kene serang je..Mak Andah dah memang macam commentator kt depan tu.dari awal game sampai lah abis game,sebab tu die cop duduk depan..Sekali Wan lak yang curik perhatian bila Khairul Fahmi pegang bola.”Jahat dio ni” wan cakap..konfius masing2.”Dio pogang bola,yang lain sepak”..hahahhah…walaupun malaysia kalah malam tu tapi tetap berjaya dengan agregat 3-2.Harapan untuk melihat pemain Malaysia mendapat anugerah pemian terbaik tak jadi kenyataan.tapi takpe, malaysia dah main cukup baik ..

cukup2 la kisah bola…hehe..lepas game bola, sesi main game, sahibba, uno dan berborak2 sampai pagi..:)

esoknya 30 hb, ade yang breakfast kt rumah, ade yg breakfast kt cafe..kupon breakfast ade 6 je, jadi, 6 orang je yang boleh breakfast kt Cemara Cafe..Tapi yang pergi cuma Uda,Paklang, Am dan juga saya..Dah bayar sume, jadi kenalah pergi gak,kang membazir plak..Pilihan makanan kat situ , boleh lah..tak banyak sangat dan yang paling penting bolehlah masuk tekak ni.

Lepas breakfast, Am kena hantar Cik Din ke stesen keretapi Sungkai.Cik Din nk memancing di Langkawi dengan Paksu Ako..uish..makin semangat saya tengok Cik Din dgn aktiviti memancing  nih.bagusla…Saya dengan Hadi ikut je Am.Yang lain2 dengarnya nak g mandi public pool…Jalan punya jalan, tak sampai pon ke Stesen keretapi Sungkai..Lepas ke Pekan Bidor..ahaha..Dah terlepas dan tak nampak simpang ke Pekan Sungkai..Jadi, kami patah balik.Nasib baik jumpe gak akhirnya tapi stesen tutup plak.Kul 12-2 waktu rehat..huhu..terpaksa lah kami pusing pekan kecik Sungkai dan makan tengahari kat 1 warung kat situ..selesai makan, hantar cik din ke stesen dan kami bergerak pulang ke villa..lepas tu turn,kitorang bawak mak uda dgn cik umi plak ke pasar , nak beli barang2 untuk masak malam..PakTeh Azman dengan Makteh zaidah akan join petang nanti dari Penang..Kena masak lebih sket..

Jam 5 ptg, Pakteh dan Makteh sampai ke villa..Pak Uda, Mak Andah, Maklang dgn safiah berendam dalam jacuzzi…..Jam 6 petang, saya dan Am menurut jejak Mak Uda ke Family Spa.Pakteh, Makteh dengan Hadi dah ade kt situ.Kami berjacuzzi kt situ.Air kt situ memang lebih panas berbanding kt villa..Ada masalah sikit dalam pembahagian air panas kt villa..sebab tu air jacuzzi kt villa tak berapa panas..Yang lain pegi jalan2 sekitar Hot Spring..So, enjoylah tengok gambar2 kt bawah ni..gambar2 sekitar.A picture is worth a thousand words..bak kata omputeh..layanzzzzz….

Malam, macam biasa, relax kt ruang tamu lepas dinner..lebih kurang jam 1o malam, Cik Din dan Paksu Ako singgah ke villa.berhenti singgah jap dalam perjalanan ke langkawi tuh..dapat la menyantap dan berehat2 sekejap sebelum teruskan perjalanan ke Langkawi..

31 Disember, hari terakhir kami di Hot Spring..Pagi ni, giliran Mak Andah, Khalilah,Mastura dengan Marliss ditemani Pak Uda dan saya ke Cemara cafe untuk breakfast hari terakhir..Selesai breakfast, ade yang mengambil kesempatan terakhir berendam dalam private jacuzzi.Ade gak yang cari souvenir walaupun tak berapa nak ade kt area situ..hehe..Lepas tu semua berkemas untuk balik dalam jam 1130 pagi..

Pastinya semua berpuas hati dengan trip kali ini..Dalam perjalanan pulang ke rumah masing2, kami berhenti agak lama di Hentian Sungai Buloh untuk makan tengahari dan juga shopping kt Al-Ikhsan..hehe..tu yang buat lama sangkut…So,tu saje utk entry kali ni..Jumpa lagi utk entry seterusnya……Assalamualaikumwarahmatullahuwabarakatuh….

Posted January 4, 2011 by Keluarga82 in Cuti-cuti

Tagged with ,

13 responses to “HOT SPRING SUNGAI KLAH,SUNGKAI : SATU DESTINASI PERCUTIAN

Subscribe to comments with RSS.

  1. disana cuma ada villa aje ke? chalet ada tak?

  2. ada tempat untuk pasang khemah dan penginapan yang lain selain villa ke?

    • untuk keterangan lanjut sila hubungi

      Sungai Klah Hot Springs Park
      36000 Sungkai
      Perak

      For reservation of private pool or more information, call

      Tel: +6 05 438 8801 or +6 03 2697 9772

  3. salam,.berapa juah perjalanan dari resort ke ktm sungkai?

  4. Assalammualaikum…
    terima kasih kerana mengunjungi hot spring sg klah. Utk makluman ini adalah satu destinasi perlancongan yg baru sekitar negeri Perak. Dan kami sebagai warga Felda Sg Klah berasa berbangga kerana pusat perlancongan ini berada di kawasan felda kami. Dahulunya kawasan air panas ini hanya di liputi oleh kebun kelapa sawit dan kebun koko sahaja. Bersyukur ada nya rangkaian yg berminat utk memajukan tapak ini dan rangkaian ini dtgnya dari pihak yg boleh dipercayai. Sebarkan kepada rakan2 sahabat handai tentang betapa bagusnya tempat ini. Kalau nak buat jungle trackking ke lata tujuh/ lata enggang pun boleh diaturkan, masuk ke hutan mencari kedamaian sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah….

    kalau nak bersarapan murah , pergi ke kawasan felda..nasi lemak dalam rm0.70. kuih muih rm0.30. kalau minat memancing pergi ke Lata Bongsu/ lata Tisong ( perkampungan org asli)….
    akhir kata selamat bercuti ….
    Assalammualaikum…….

  5. bape kos penginapan kat sana semalam? emel saya blk di afyruz@gmail.com

  6. villa tu brape rm ye rate dia??

  7. Memang best, best ,best…heh heh

  8. Mane gambau padang golf 3 lubang di depan vila18?

  9. best juga….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers

%d bloggers like this: