Gunung Jerai

Gunung Jerai nan indah

oleh Mohd Rifaat Abd Hamid

GUNUNG Jerai memang destinasi pelancongan terkenal di Kedah. Apa tidaknya, dengan hutannya menghijau dan suhunya sekitar 19 darjah selsius, ia tarikan utama pengunjung tempatan dan pelancong asing.

Tidak hairanlah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) sanggup memberi pengurusan kepada The Regency International Hotel (Kedah) dengan melabur jutaan ringgit bagi meningkatkan kemudahan di situ bagi menarik lebih ramai pelancong.
Selain suasana nyaman dan pemandangan sawah padi terbentang luas serta lautan membiru, pengunjung dapat melawat kesan sejarah dan mitos di persekitarannya seperti Telaga Tok Sheikh, Batu Kapal serta pusat kawalan tentera British dan Jepun pada masa dulu.

Pengurus Wilayah Utara, The Regency International Hotel, Ibrahim Ishak berkata, sejak mengambil alih pengurusan dari Jerai Hill Resort, ia kini dikenali dengan The Regency Jerai Hills Resort.
Beliau berkata, sejak mengambil alih pada 2009, beberapa pengubahsuaian dilakukan dengan membabitkan 50 bilik dan membina 25 bilik baru selain landskap bernilai RM22 juta.
“Resort ini mempunyai 75 bilik iaitu Superior, Deluxe, Premiere, Eksekutif dan Suite,” katanya.

Katanya, dari bilik resort itu, pengunjung boleh menikmati panorama di gunung itu, sawah padi, laut terbentang luas dan Pulau Bunting disambungkan dengan daerah Yan melalui jambatan sepanjang satu kilometer (km).
Jika cuaca baik, anda boleh melihat Pulau Langkawi,” katanya.

Ada dua jalan ke puncak gunung itu iaitu menggunakan van dengan bayaran RM10 seorang melalui lereng gunung tersebut mengambil masa 30 minit.
Selain menaiki kenderaan pengunjung juga boleh ke situ dengan mendaki 1,000 anak tangga untuk tiba ke kemuncaknya dan mengambil masa tiga jam.
The Regency Jerai Hills Resort yang berkonsepkan gaya Inggeris ini menyediakan bilik seminar yang boleh memuatkan 200 orang, Restoran Puncak Kedah, surau dan pelbagai aktiviti termasuk jungle tracking.
“Di masa depan, kami bercadang menyediakan perkhidmatan helikopter dari Langkawi ke Gunung Jerai selain menyediakan kolam renang air panas bagi menarik lebih ramai pengunjung,” katanya.

About these ads

Posted February 24, 2011 by Keluarga82 in Berita

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers

%d bloggers like this: