Memancing : Trip Memancing ke Kelong Acheh Tanjung Penyabong,Mersing   3 comments

Memancing adalah satu hobi yang menyeronokan ramai kaki-kaki pancing tegar menjadikan memancing hobi utama mereka, ada pula memancing adalah hobi santai di waktu lapang sambil bercuti merehatkan minda. Banyak tempat2x menarik bagi kaki pancing melabuhkan batu ladung mereka di perairan negara kita atau di lubuk-lubuk yang ada,juga banyak kolam-kolam pancing disediakan oleh pengusaha kolam. Ahli Keluarga82 juga ada kaki pancing yang selalu membuat trip memancing. Sebelum ini trip yang tidak jauh seperti kelong Mamood di Lukut menjadi pilihan.

Kali ini trip agak jauh telah dirancang.oleh group Keluarga82 sebulan sebelum tarikh yang dijangkakan. Azhar (JAHA) telah membuat initial bersama Nasrul membantu dalam search melalui internet untuk memilih mana-mana lokasi yang sesuai. Setelah perbincangan terakhir dibuat ,Lokasi Kelong Acheh di Tanjung Penyabong, Off Mersing telah dipilih dan tarikh ditentukan pada 25hb April 2009 hingga 26hb, April 2009. Sambutan dari ahli keluarga amat menggalakan seramai 12 pemancing juga beginner telah menyertai trip memancing kali ini.

Senarai ahli yang menyertai trip kali ini

untitled-24

 

  1. Azhar Mansoor (Jaha) – Ketua Trip
  2. Nasrul Ali – Penyelaras Trip
  3. KM – penulis
  4. Ismail Abu Bakar
  5. Yaakob Sulatin
  6. Amri Taib
  7. Hasmizal Noor
  8. Muaz Azman
  9. Hudzaifah Sam
  10. Hudzaini Sam
  11. Afinde Othman
  12. Khalid Sam

Sepatutnya Zaidah Hamid turut tetapi membatalkan niat kerana ada perkara lain yang perlu dibuat dan juga keesukan harinya (isnin) beliau akan ke Langkawi atas tugasan rasmi. Menjadikan keseluruhan peserta menjadi 12 orang sahaja.

p4250059-copy

24hb April 2009, Penulis (KM) bergerak dari Gombak bersama Ismail dan Nasrul. Nasrul menghubungi pemancing-pemancing lain melalui handphone beliau untuk bertemu di Hentian R n R Ayer Keroh,Melaka. Geng Kajang menaiki Kereta Hud manakala Geng LBJ bersama kereta Muaz dari Bangi. Sekitar 10:45 malam kami sampai di Hentian Ayer Keroh dan kelihatan Jaha, Muaz,Am dan Mizal sedang lepak minum sambil menunggu kami. Mereka telah sampai dahulu dari geng kami. Hud masih dalam perjalanan selang 10 minit baru hud muncul bersama yang lain. Kami minum sambil berbincang hala mana yang perlu diambil untuk bermalam. Hud memutuskan untuk ke rumah Akob di Parit Bayumas, manakala geng kami dan LBJ ke rumah Afinde di Muar.  Dalam jam 11: 45 mlm kami bergerak menuju haluan masing-masing. Dalam perjalanan penulis (KM) teringat  persediaan2x oleh ahli-ahli pemancing keluarga82 seawal sebulan sebelum tarikh.

Ismail dahulunya pemain golf tegar kini beralih menjadikan memancing sebagai hobi Utama. Sejak menjadikan memancing sebagai hobi pantang “petik” Ismail akan join memancing. Saya selalu mengajak beliau untuk memancing di kolam-kolam bayar sekitar Beranang bersama-sama Nasrul. Nasrul juga telah jadi kaki pancing 1-2 tahun kebelakangan ini. Hampir semua kedai pancing sekitar KL telah kami lawati. Persediaan awal oleh Ismail membakar semangat yang lain.  Nilai, Kepong Sri Petaling, Setapak dan kedai-kedai utama telah dilawati. Jenama Mesin kekili Banax menjadi sasaran utama. Tanduk, leader dawai menjadi pilihan  kerana tempat yg dituju adalah Kelong yang khabarnya ikan-ikan besar sahaja yang kedapatan disitu. Mata jenis gamakatsu dan owners point menjadi pilihan manakala tali Sufix danp5070001-copy DAM menjadi kawan seperjuangan nanti. Muaz dan Finde yang baru menceburi hobi ini bergantung dengan Nasrul untuk maklumat alatan pancing dan membeli bagi pihak mereka. Perjumpaan di LBJ seminggu sebelum tarikh memberi nafas kepada beginner untuk belajar mengikat tali dan mata kail. Kursus pendek telah dijalankan untuk beginner belajar cara2x mengikat ini. Pengalaman org lama diperlukan untuk tujuan tersebut.Muaz dan Finde begitu tekun mempelajari hal-hal tersebut. Sementara yang lain menambah ilmu tentang memancing. Mizal dan Am memberi tunjuk ajar dan menurunkan ilmu memancing kpd ahli-ahli baru ini.

Hudzaifah yang telah lama “gantung pancing” selepas berkahwin nampaknya berminat semula menyertai sukan memancing ini. Khalid dan Zaini juga bukan seorang pemancing tegar menyertai XPDC kali ini. Zaini selalu melafazkan “ ADO CARO” menghangatkan semangat Amir semasa memancing di Kelong Mamood satu ketika dulu. Tapi kali ini Amir tidak menyertai trip kerana ada kerja yang perlu diselesaikan. Manakala Finde dan Muaz belum pernah join group untuk trip, tetapi menurut cerita, Finde adalah pemancing di zaman kanak-kanak dan  remaja beliau. Habis parit dan anak sungai telah dilawati sekitar Felda Sening. Pengalaman lama beliau akan digunakan dalam trip kali ini.

Jaha, Amri dan Mizal tidak perlu disangkal lagi akan pengalaman mereka. Manakala pengalaman Akob pernah mengikut satu trip di Kelong Maamod dahulu manjadi pedoman dan pengalaman yang mahal kali ini.p4250036-copy6

Jam 1:00 pagi 25hb April kami sampai di rumah Finde, beliau yang sedang menunggu kami keseorangan, sementara itu sebelum sampai

Nasrul ditugaskan mencari stok maggi untuk menjadi habuan ketika sampai di rumah finde. Sampai sahaja finde telah menyediakan minuman. Jaha mengeluarkan CD pancingnya untuk ditonton. Muaz dan Finde sambung sessi belajar mengikat tali dan mata kail. Ismail teruja dgn menonton video pancing cara-cara mengilat sebarau.

p4250037-copy2

Penulis setelah kena maggi terus melabuhkan mata sehingga pagi. Terjaga bila dengar jam loceng berdering menunjukan hampir jam 6:00 pagi dan terus ke bilik air mandi dan bersiap untuk meneruskan perjalanan ke rumah Akob dimana sarapan akan disediakan oleh isteri akob. Pagi baru penulis dapat tahu bahawa malam tadi mereka ada yang tidor sehingga jam 5 pagi. Masih belajar mengikat supaya mahih. Memang perkara ikat megikat tali dan mata kail menjadi tajuk utama dalam sukan memacing, salah ikat boleh membuatkan terlopong dan putih mata kerana kail boleh lucut bila-bila masa apabila disambar ikan.

p4250041-copy3Setelah semua ahli bersedia kami bertolak ke rumah Akob dalam jam 0645am 25 April 2009. Jam 700 am kereta Muaz dan Ismail sampai di hadapan halaman rumah Akob. Akob menyambut kami ketika sampai dan terus mengajak sarapan. Masuk ke ruang makan kelihatan hud senyum-senyum menunggu kami untuk sarapan bersama. Sarapan pagi ini disediakan oleh Isteri Akob. Terima kasih banyak-banyak nasi lemak yang disediakan oleh Akak Ina.

p4250042-copy4p4250043-copy3p4250044-copy2

p4250046-copy2 p4250047-copy2

p4250050-copy3

Sekitar jam 730 am  kami meneruskan perjalanan yang telah di persetujui memlalui perbincangan semasa sarapan untuk melalui Felda Nitar dan terus ke Mersing. Dalam perjalanan kami singgah di Stesen Petronas masing-masing yang memandu memastikan petrol yang cukup pada kereta. Mana tahu kalau kehabisan petrol dalam perjalana bole jadi kes naya. Perjalanan di teruskan menghala ke Air Hitam seterusnya ke Keluang. Perjalanan agak mudah kerana masih lagi awal pagi. Menurut Akob kalau hari-hari biasa jalan yang dilalui ini agak sesak. Nampaknya Fendi dengan Wajanya mendahului kereta-kereta lain kerana jalan melaui Nitar ini hanya dia yang pernah lalu; yang lain hanya tahu jalan melalui Keluang Jamaluang. Jalan Keluang -Nitar – Mersing agak mencabar pemanduan. Ismail memandu dengan hati-hati melaui kelok-kelok jalan yang agak kecil berbanding jalan sebelum ini. Kami melalui ladang sawit felda Nitar dan tersilap masuk simpang, kami termasuk ke felda Nitar 2 dan membuat pusingan U untuk meneruskan perjalanan.

Jam menunjukan 0945  kami sampai di Pekan Mersing dan singgah di Shell masing-masing berlari mengejar toilet. Ismail berhajat mencari pasar untuk membeli sedikit umpan udang kulit keras.

p4250052-copy2 p4250053-copy2

Setelah selesai kami meneruskan perjalanan, perjalanan ke Tg Penyabong lebih kurang 45 minit kami tiba di sana. Saya yang sudah lama tidak pergi Offshore melihat semula keindahan laut dan mengimbau kembali perjalan-perjalanan saya ketika dulu. Sungguh damai apabila berhadapan laut yang tenang melihat persekitaran dengan pemandangan yang indah. Setelah pakir kereta kami terus ke jeti LKIM untuk menaiki bot ke Kelong Acheh yang hanya 10 minit perjalan bot ke sana. Masing-masing memikul beg galas dan alatan pancing, ada yang membawa beg-beg pancing yang baru dibeli kelihatan ada tanda harga lagi. Perasaan gumbira pemancing-pemancing jelas terbayang di riak muka, mereka senyum sampai ke telinga. Kelihatan pulau-pulau disekelilingnya begitu indah sekali pemandangannya dan kelihatan air yang membiru serta udara yang bersih benar-benar memikat sekiranya anda yang belum sampai kesana eloklah jinakkan diri join ahli pemancing, memang terasa teruja bila melihat pemandangan yang indah seperti ini.

p4250057-copy1 p4250058-copy

p4250060-copyp4250061-copyp4250062-copyp4250066-copy

p4250067-copyp4250070-copyp4250073-copy

Dalam sekitar jam 1145 kami menaiki Kelong Acheh.apabila bagasi telah dinaikan ke atas kelong perkara pertama yang saya pastikan ada ialah life Jacket dan muster station sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku tempat itulah yang perlu kita kejar dahulu. Ada terdapat beberapa kotak life jacket di simpan di bahagian tengah kelong.  Bagi saya perkara ini amat perlu sekiranya berlaku apa-apa masalah di atas kelong. Sepatutnya jeket keselamatan diletak berhampiran bilik-bilik pegunjung. juga perlu ada di muster station. Kad pengenalan diri atau T-card untuk pelawat perlu untuk menentukan sekiranya ada man off-board. Mungkin pihak pengurusan memandang ringan akan perkara ini.

p4250078-copy1

Kami berkumpul di bawah salah sebuah bilik sambil menyediakan alatan pancing juga menikmati pemandangan.  Oleh kerana bilik yang sepatutnya kami menginap masih ada orang yg belum keluar, beg-beg kami longgokan p4250080-copy1berhampiran bilik. Tidak sampai ½ jam ada yang telah melabuhkan pancing kerana tidak tahan sabar lagi dan bersemangat. Sewaktu kami menghampiri Kelong Acheh tadi pemancing yang sedia ada di kelong sedang mengangkat Gerung Belang seberat 5 kilogram yang masih mengeletek. Memang membakar semangat penulis dan ahli group melihatnya.  SET mencari Jaha untuk menunjukan ikan-ikan yang di tangkap oleh pemancing Singapura. Dengan kata lain Set memberi semangat kpd kami bahawa ada ikan besar di kelong beliau.

Lebih kurang jam 1300 kami makan tengah hari yang disediakan pengurusan p4260125-copy1kelong. Memang menyelerakan bila makan sebegini. Hud yang begitu selera meminta tambahan lauk dan sayur lagi. “Kalau begini selalu memang cepat menambah berat badan “ kata-kata hud terkeluar dari mulutnya. Bayaran  RM160.00 sekepala untuk satu malam yang dikenakan termasuk makan tengahari, minum petang dan makan malam. Agak selesa keadaan kelong ini walaupun p4260126-copy1tidak mewah. Ada tempat mandi dan toilet yang sesuai. Menurut SET pengurus di sini, air yang digunakan adalah dari sebuah bukit di pulau yang berhampiran di pasang paip sehingga ke kelong. Tiada masalah air tawar di kelong ini. Kelong ini di lindungi oleh beberapa Pulau dari tiupan angin kencang dan ombak besar kedudukan kelong memang strategi. Kelong ini bole menampung sehingga 100 orang dalam satu-satu masa. Semasa kehadiran kami ada lebih 50 orang termasuk kami berada di kelong tersebut.

Setelah “ujan berhenti” (makan) kami dibenarkan masuk ke dorm yang telah dikemaskan. Beg-beg pakaian kami masukan ke dalam dorm. Beg-beg pancing masih terletak diluar, pancing-pancing telah dilabuhkan kedalam air sehingga jam 1500 tiada tangkapan di buat. Apollo-apollo yang diturunkan juga gagal untuk mendapatkan tamban sebagai umpan. Ikan Panglima sahaja yang naik,meragut-ragut apollo yang tidak sesuai dibuat umpan. Jam 1630 kami menjamu selera degan minum petang. Kami berkenalan dengan beberapa group dari Rasah  ( bob) dan Beranang (bahar) Masing-masing bercerita bagaimana untuk mendapatkan umpan memancing. Udang dan pumpun yang kami beli masa di darat digunakan sementara umpan hidup belum diperolehi. Masih tiada ikan yang mengena.

p4260111-copy1

Dalam jam 1700 hujan dan angin laut agak gelora menghalang kami untuk mendapatkan umpan hidup dengan cara Apollo. Ada yang lepak dalam dorm sambil bermain kad. Hujan terus turun dengan lebatnya. Memandangkan hujan dan angin memaksa saya masuk kedalam dom lepak dan join main kad sambil menunggu hujan reda. Sedang leka bermain mata saya memandang kail yang saya labuhkan menggunakan pelampung seperti dimakan ikan melentuk-lentuk saya berkejar dan menyentap kail. Dalam hujan renyai-renyai kelihatan pelepah Nipah yang tersangkut pada gewang saya. Pergh…. ingatkan ikan dah menyambar gewang saya. Setelah melepaskan dari daun nipah, saya mencampakan semula gewang saya. Jam 1900 kami makan malam bersama-sama sambil bercerita sesama sendiri.

Sebenarnya penulis peringkat awalnya bukan beriya-iya sangat untuk ke sini. Atas ajakan yang kuat dari Ismail maka penulis bersetuju untuk join sama. Penulis santai-santai sahaja berada di kelong. Tetapi agak fokus kepada aktiviti pancing apabila malam. Setelah mandi, kesejukan mulai terasa,p4260121-copy penulis memakai stokin kulit yang sedia dibawa dari KL. Stokin  ini seperti kasut kulit tetapi tiada tapak keras. Penulis selesa memakainya di atas kelong, juga selamat kaki sekirannya terpijak benda-benda keras atau tajam. Pihak kelong menyediakan umpan hidup sekitar jam 2100, perasan girang terpancar apabila kail di lekatkan umpan hidup dengan harapan kali ini ikan besar akan menyambar umpan. Sejak jam 2030 kedengaran suara dari corong karaoke apek-apek tua menyanyi lagu-lagu tionghua. Mereka datang bercuti ke sana, kebanyakannya dari warga Singapura, menghabiskan sisa-sisa hidup sambil bersantai.

p4260119-copy p4260120-copy p4260122-copy

Penulis terus fokus kepada pancing. Sekitar  jam 2200 khalid memanggil Mizal mengatakan kail beliau di rembat  ikan. Penulis teruja dan menghampiri kail Khalid, kelihatan Big bro Khalid , Hud sedang menarik kail yang melengkung, malang sekali bagi khalid ikan yang menarik pancing telah masuk ke bawah kelong dan celah-celah tiang kelong. Harapan tipis bagi menaikkan ikan yang telah masuk ke tiang-tiang kelong. Menurut cerita khalid sedang dia jig umpan anak ikan, kail beliau di sambar ikan oleh kerana mesin kekili yang digunakan “ CAP AYAM ” beliau gagal mengawal dengan baik. Penulis mengeluarkan sarung tangan kulit memang dibawa dalam beg pancing penulis untuk cuba membantu dengan menarik tali kail khalid. Setelah bebarapa lama menunggu, keputusan dibuat untuk menarik tali sehingga putus. Agak sukar untuk memutuskan tali kail Khalid kerana beliau menggunakan benang berbanding tangsir. Kekecewaan nampak jelas di riak muka Khalid kerana kail yg ditarik telah putus.

Kemudian penulis terus fokus kepada pancing sendiri, sebelah dorm kami ada group pemancing dari Rasah, Seremban mereka menaiki kelong terlebih p4260115-copy1dahulu dari group kami. Mereka juga gagal menaikkan sebarang ikan dari siang tadi. setelah bosan menunggu kail dimakan ikan, penulis terus masuk tidur bila jam menunjukan hampir 2300. Ada beberapa orang dari group kami yang menonton bola eropah dan ada yang menyambung karaoke sehingga lewat malam. Sambil melelapkan mata penulis sedang berfikir apa strategi seterusnya untuk menjinakkan ikan-ikan persekitaran Kelong Acheh dan kerana kepenatan dan kesejukan  penulis tidak sedar bila penulis terlena.

Penulis terjaga sekitar jam 230 pagi 26hb April, terus membuat pemeriksaan pancing tiada perubahan dan tiada yang kena makan ikan. Penat penulis berdiri, penulis mengambil kerusi malas dan meletakan berhampiran pancing sambil lepak atas kerusi.Penulis memasang Loceng di hujung kail, sebagi penanda sekiranya dimakan ikan loceng akan berbunyi sambil melayan mata .

Lebih kurang jam 450 pagi loceng penggera kail berbunyi penulis terus bingkas bangun dan mendapatkan pancing, kelihatan batang kail Ofmer penulis melentuk bagaikan huruf U. Dalam hati penulis berkata “mahu patahlah pancing ni “ . Mesin kekili penulis dari DAM agak kecil untuk menampung tarikan ikan tersebut. Ikan tersebut telah lari masuk kedalam tiang-tiang kelong . penulis tidak boleh buat apa lagi hanya dapat melihat tarikan semakin kuat kebawah kelong. Penulis cuba memusing kekili hanya dapat menarik sedikit kemudian satu tarikan kuat tali DAM 35 paun yang digunakan putus kemungkinan tersangkut teritip yang tajam. Tali di hujung pancing kerinting akibat panas geseran yg kuat. Kecewa Penulis akibat lambat memegang pancing, membuatkan ikan tersebut dapat melarikan diri di celah-celah tiang kelong. Masa terus berlalau kekecewaan penulis sekali lagi berlaku ketika penulis meninggalkan pelampung dan gewang untuk minum pagi sekitar 730 pagi. Sekali lagi pancing penulis dibawa ikan kebawah kelong dan melekat. Gewang penulis berbentuk ikan bolos-bolos yang di beli di Kepong Tackle tersangkut di tiang kelong,  tiada pilihan lain terpaksa menarik sehinga putus.

p4260113-copy

Untuk pengetahuan pembaca ,setiap ½ jam dari semalam SMS dari Sarjan Major Md Noor yang baru dinaikan pangkat  akan memasuki telepon penulis bertanya kan status samada masih bangau atau tidak. Penulis Faham perasaan Sarjan Md Noor  sudah tentu tidak senang duduk bila mendengar ada trip memancing. Beliau terpaksa melupakan hasrat untuk join kali ini kerana sedang membuat persediaan anak bongsu beliau yang akan melangsungkan perkahwinan Julai nanti. Pagi tersebut penulis menghantar SMS kepada Sarjan Major Md Noor memberi tahu kail penulis putus di rembat ikan. Kata-kata semangat dari Sarjan Md Noor memasuki sms penulis.

p4260116-copy p4260112-copy

Penulis tidak berputus asa meneruskan pemancingan. Dalam sekitar jam 0900 pagi kail bob dari Rasah di sambar ikan masa tersebut Bob tgh lepak minum. Rakan Bob menjerit memanggil beliau. Bob tersenyum lebar melihat p4260117-copy1pancingnya telah dilarikan ikan, menurut Bob umpan yang dia gunakan adalah ikan panglima tetapi hidup dengan membaling jauh dari kelong. Setelah melayan hampir 10 minit kelihatan ikan Gerung Belang menampakan diri di permukaan air kami semua berkumpul melihat dan bersama-sama menumpang gembira. Hati kecil penukis berkata ini bermakna ada harapan lagi untuk mendapat ikan. Penulis berusaha untuk memancing tamban untuk dijadikan umpan. Dengan melabuhkan apollo penulis mendapat seekor tamban lalu penulis mencangkukkan tamban ke kail penulis lalu mencampakan semula. Penulis terus leka dgn apollo untuk mendapatkan umpan.Banyak pulak tamban kelihatan di dalam air, sedang penulis mengangkat appollo mizal menjerit “sapa punya pancing” “sapa punya pancing”….

Apabila penulis menoleh kelihatan pancing penulis yang disambar ikan, terus meninggalkan pancing apollo dan melepaskan ikatan pancing pada tiang p4260088-copy1kelong. Memang penulis mengikat pancing pada tiang kelong atas faktor keselamatan pancing dari terjun ke laut sekiranya disambar ikan. Pemancing-pemancing lain telah berkumpul untuk melihat. Memang agak sukar untuk menumpaskan ikan Gerung Belang ini, penulis terpaksa berpindah tempat dari sudut lain ke sudut lain. Dengan mengalih pancing secara berhati-hati. Penulis terus menahan, mesin kekili Banax SE menjerit ditarik gerung, drag diketatkan tetapi gerung terus dapat menarik membuatkan kekili menjerit lagi. Penulis mengetatkan lagi drag masih boleh ditarik oleh gerung. Akhir sekali penulis terpaksa memegang spool supaya tidak dapat ditarik lagi. Apabila terasa ada lemah sedikit tarikan ika, penulis pump dan memutar mesin kekili. Ikan tersebut sekali lagik menarik dengan kuat. Penulis terus menahan dengan harapan tali DAM 35 lbs dapat bertahan.

p4260089-copy p4260090-copy

Jeritan semangat dari pemancing lain supaya membuat ‘pump” kedengaran. Penulis sebenarnya telah kepenatan seolah-olah dalam pertandingan tarik tali. Penulis terus bertahan dan menghela nafas mengembalikan tenaga, terus membuat pump dan memutar mesin kekili. Setelah beberapa kali pump dan putar mesin tali pancing telah kelihatan dekat namun ikan belum kelihatan p4260092-copylagi. Kekuatiran menyelubungi penulis kerana takut akan ikan tersebut lari masuk bawah kelong memandangkan Joran penulis RYOBI hanya 6’6”  panjang, berbanding 9 kaki panjang joran Bob yang menaikan gerung sebentar tadi. Setealah hampir 15 minit bertarung kelihatan gerung belang berkilas di air penjaga kelong berlari mencari HOOK dan bersedia. Sementara Jaha sempat mengambil sebahagian video dari aksi sebenar. Mizal menunggu sahaja signal sekiranya perlu pertolongan tetapi penulis mahu juga menaikan ikan tersebut. Setelah beberapa kali mesin kekili diputar gerung semakin dekat dengan permukaan air.  Setelah sampai di permukaan air ikan di hook naik ke kelong pemancing lain terus bertepuk tangan  gembira.

Sessi bergambar dimana mizal mengambil kesempatan dahulu. Kemudian p4260095-copybaru penulis bergambar sambil memegang ikan yg masih mengeletek. Fendi juga tidak ketinggalan  beraksi dengan gerung tersebut. Penulis lepak selepas itu kerana kepenatan. Pemancing-pemancing lain bersemangat meneruskan aktiviti. Manakala tamban bertambah banyak untuk dijadikan umpan. Kepuasan penulis jelas kerana dapat menaikan 4 kg Gerung belang sebentar tadi. Pemancing lain terus berusaha dan bersemangat. Terutama Hud, Mizal, Jaha dan Am. Mizal tak putus-putus menjerit untuk umpan yg di apollokannya kepada sesiapa mahukan umpan tamban. Penulis sudah boleh rilex kerana sudah dapat lesen. Sambil tersenyum melihat gelagat yang lain nampak bersungguh-sunguh. Terutama Mizal yang sebeum ini dapat menaikkan ikan seberat 200 gram terpaksa berhempas pulas untuk mengatasi berat 4 kg yang penulis dapat.

p4260097-copy

Jaha telah berunding dengan SET untuk makan tengahari di atas kelong tambahan RM10.00 seorang. Ini memberi masa tambahan seperti masa kecederaan kepada pemancing yang lain. Sepatutnya kami kena tingalkanp4260109-copy kelong sebelum jam 1130 tengah hari. Saya telah pack barang-barang; yang lain meneruskan aktiviti memancing. Jam 1230 kami makan tengahari. Sebelum makan tengahari penulis sempat meninjau hasil tangkapan pemancing Singapura ; seekor 9.7kg kekacang seekor 5 kg GT dan 2 ekor gerung belang 4kg dan 5 kg mereka duduk 2  malam di sana.  Selesai makan jam 1300  kami bersedia untuk meninggalkan Kelong Acheh dan sebelum itu acara bergambar  dibuat sebagai kenang-kenangan.

p4260127-copy2 p4260128-copy2

p4260131-copy

Semasa menaiki bot, langit mulai gelap dan hujan turun, dalam perjalanan balik ke jeti LKIM hujan mencurah-curah lebat membuatkan kami tersekat di jeti tidak dapat ke kereta yang agak jauh lebih kurang 600 meter.

p4260134-copy p4260135-copy

p4260141-copy p4260145-copy

p4260146-copyp4260147-copyp4260149-copy

p4260152-copy1Setelah hujan sedikit reda Ismail berjalan ke kereta diikuti oleh penulis dan yang lain-lain.

p4260153-copyp4260155-copyp4260156-copy

Hujan lebat semula apabila kami sampai di pejabat LKIM Penulis berehat sebentar menunggu Ismail mengambil kereta. Sementara itu kami berbincang sebelum berangkat pulang kami minum dahulu di warung  Zakiah Ikan Bakar diseberang berdepan dgn LKIM. Penulis dan Ismail memutuskan akan melaui Endau-Rompin- Pekan untuk pulang Ke Gombak KL.. sementara yang lain mengikut jalan Johor –KL.Pemandangan indah semasa melalui Endau Rompin tidak seperti dahulu tahun 90an banyak kemajuan telah dijalankan disani. Banyak rumah-rumah telah dibina dikawasan-kawasana dahulunya hutan. Melalui Leban Condong yang dahulunya dikelilingi hutan sekarang tidak lagi. Pokok-pokok kayu tua telah ditebang yang dahulunya ibarat terowong apabila melaluinya. Gerai-gerai tepi jalan yang menjual udang-udang galah sudah tiada lagi. Kami berhenti membeli Nanas Madu sebelum sampai Pekan. Teringat saya semasa di Sarawak, Nanas Mukah yang paling top di Sarawak saiz yang agak sama tetapi nenas madu ini tidak semanis Nanas Mukah. Perjalanan diteruskan melalui Pramu Jaya- Kuantan dan memasuki Lebuhraya Pantai Timur dan sampai ke detinasi Gombak jam 830 malam 26hb April 2009.TAMAT…

p4260124-copy

About these ads

Posted May 6, 2009 by Keluarga82 in Memancing

3 responses to “Memancing : Trip Memancing ke Kelong Acheh Tanjung Penyabong,Mersing

Subscribe to comments with RSS.

  1. Berapa ringgit

  2. Lain kali penulis kono org lain pulak ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers

%d bloggers like this: