Langkawi – Catatan untuk dikongsi bersama   4 comments

+++++++++++++++++Catatan utk dkongsi bersama +++++++++++++++++++

Perjalanan bermula di depan pintu. Bertemankan 5 beg luggage dan dua beg kecil. Kami berangkat ke LCCT. Kebetulan driver tuh nama die fendi. Fatihah asyik, “ ibu, fendi mana fendi” entah agaknya siapakah fendi yg maksudkan.

Di bawah ni adalah starting lineup kami

  1. Ayah Azman
  2. Ibu Zaidah
  3. Khadijah
  4. Toha
  5. Aisah
  6. Nur Iman
  7. Fatihah
  8. Nordin

Peserta tambahan yg konfem pd hari kedua = Muaz Bintulu

Sesudah tiba di lcct, kedatangan disambut oleh abang uchiey, yg sedang bertugas di situ. Beliau Tanya mana Muaz, mana Fendi?

Pertemuan bersama abg Uchiiey di LCCT

Pertemuan bersama abg Uchiiey di LCCT

Di ruang menunggu, penantian diserikan dengan pengumuman bg flight yg tertunda.Jd kami menunggu 2 jam utk berlepas. Kami menaiki flight pd pukul 6ptg.

Semasa di dalam flight, teringin juga penulis mengambil gambar di tepi tingkap

Wajah excited dan juga kebulur pd masa yg sama

Perjalanan ambil masa dlm sejam. Dan kami tiba di Malibest resort pd waktu senja. Malibest  ni tersorok sikit. Sebab die dilindungi oleh restoran mamak yg namanya, Palace of India. Jd nama Palace of India lebih Nampak terselah.Nama Malibest resort akan Nampak setelah kite menebusi gerai mamak tuh dan sampai di reception counter.

Waktu senja yg mengasyikkan

Bilik yg didiami,dari kiri: anak Burau,anak Datai, dan Lalang. Kanan sekali. abaikan

Menyaksikan opening match world cup 2010 di kaca tv.’bafana bafana!’

Day 2

Ke tasik dayang bunting

Mula dengan objektif untuk mendapatkan van yg akan membawa kami semua ke awana porto malai.

Tampaknya van mai ikut dan saja. Jd kalo janji tuh janji melayu jer. Lps tunggu sejam dua ..ha baru la…

awana porto malai, sampai pun dah pukul 11 dah time tuh

Masa ni Kamelia masih dalam good mood lg. Tgk karang bila enjin boat ni bunyi. Time tu rase boat nih ada dua pulak enjin. waaaaak

Gunung yg dibelakang itu membentuk seorang dayang bunting yg berbaring

Menurut suatu pendapat, cerita dayang bunting adalah ‘cover up’ saja. Utk menyiarkan imej yg baik pd masyarakat

Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular

Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting.

Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.

Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.

Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini. Ikut hg la. Kami mai melawat saja.

Di sini juga ye tuan2 puan2..ha ada kolam yg megandungi ikan keli tu. Ye yg dibawah itu. Makanan mereka adalah kulit2 mati yg berada di kaki kita. Jd mereka akan dtg utk mencari yg itu sahaja dan kemdian pergi ke kaki yg lain

Sempat juga penulis rendam kaki di kolam terapi ikan keli tu. Da takde sape lg yg nk. Mula2 igt kena byr td. Rupanya gratis aja….tanpa bayaran. Celup kaki tggu ikan2 tuh dtg.

Nak sampai ke tasik ke tasik die ni senang je naik bukit, lepas tu turun bukit. Bunyi senang, tp penat naik bukit shj dh tinggi dh. Tasik ini digelar Tasik Dayang Bunting kerana terletak di tepi pantai , kira-kira 500 meter dari tepi laut. Jadi airnya tidak bercampur dengan air laut yang masin. Sebuah jeti telah didirikan di gigi pantai dan tangga-tangga dibina bagi memudahkan pelancong datang ke Tasik Dayang Bunting.Jd tasik bunting ni tak macam dulu,sy sendiri pernah gamba tasik dayang bunting yg ayah tgkap semasa beliau masih sekolah menengah lg, gamba itu menunjukkan tasik itu shj.

Di tepi tasik telah dibina pelantar terapung daripada getah dan plastik, dilengkapi dengan gerai jualan cenderamata, bot kayuh kaki, kayak , jaket keselamatan dan lain-lain. Penulis je mandi kt situ, kedalamannya mencecah 10 meter.

tadi ok lagi 2, 3 ekor. Yg ini…………..amacam spa ikan. True

Yg ni utk siapa2 berkenaan sahaja. Beruk2 sini die pantang dengar bunyi plastic renyuk2, mesti die dtg dekat

Hajat nak naik boat yg belakang tu. Alahai masa tak mengizinkan. Sume balik ke pantai semula

Ouwww such a nice picture.thanks

Biasa la, bg sejam je kt sini, kite sebat lama sket. Kitorang kat sini silap faham. Igtkan Toha  nk turun sini naik boat yg blakang gambar kt atas nih. Rupa2 nya tgh tunggu kt atas. Sebab org yg naek boat tuh dah sampai utk dia ambik kite ke destinasi yg strusnya

Beras Basah Island

Haa kemudianye boatman tu bawa kami beras basah. Mula kt jeti tu, tepi2 tiang die ade coral fish, kite bole Nampak bergerak dalam kumpulan dan ada yg melakukan beberapa formasi secara berkumpulan.sy taktaula knp diorang buat cemtuh. Dekat sni, pemandangan agak cantik sekali, laut biru kehijuauan. Dasar laut tu ada batu2 yg cantik. Mmg nasib baik batu putih tekstur kat batu karang- ini boleh dijumpai di persisir pantai saja. Kt tepi2 pantai tu pulak ada satu pokok,rendah2 jer, taktaula pokok apa tumbuh menghijau dr akar sampai daun. Ia sgt byk tumbuh bersama pokok2 lain. Kt sini ada satu kedai minum.Rase kedai tu je yg wujud. Makcik tu punye tu punyalah loghat, nk beli air pun huru-hara je. Memandang kedai tu je yg ader, minum kt situ je la.

Ni la pokok yg cite td tu. die kecik2 jer, tp subur, kemungkinan besar dr hasil kumbahan kera2 di sini, kaya dengan ammonia dan juga sulfat.Hasilnya tumbuhan bergizi , legi dan juga kental

Layan beb kalo mandi kt sini

Ni kedai makcik loghat tuh

Then, kami sume balik ke hotel, dan bersiap2 utk pergi makan tghari pula.asal nk pergi restoran hj. Jelani.die tutup so, ktorang pergi makan dekat kedai hj ramli.makan kt biasa2 je, ktorang order masakan panas je la. Mostly sume order nasi goring seafood, sy order bubur sotong. Kire sorang makan dalam RM6 jer.

Ptg tu, tah nape, ade mslh utk dptkan keta sewa yg kite nk. Tggu punye tggu ayah je dh konfem da ada kancil. Tp die ade tugas lain pulak Ina(tukang bagi sewa) tu suruh buat. Ayah kene hantar sorang penyewa ni dengan kancil yg disewa tu ke airport.macam2 la.Lepas tu ayah balik ambik ibu dengan Nordin.  Yg lain, tu naek teksi je la. Rm24 sekali pergi.

Lepas tu Khadijah dlm pd tuh cuba call Ina utlk dptkan keta sewa satu lagi.td die kate Nissan sentra yg dimahukan tu takde, tp die janji utk dptkan jugak.

Kami bergerak dr pantai chenang ke jeti kuah. Dekat situ baru la konfem yg division satu lagi tuh dpt keta.tp keta Toyota Corolla .Keadaan keta tu mmg nampak desperate. Ok ciri2 die.

Aircond tersekat,

suis lampu die bole pulas 360,

tingkap die bile bukak, slow and gentle,romantic sungguh.

Masa nk isi minyak pulak, ada jumpa satu feature, die punye tudung minyak macam tudung plastic minyak gamat selepas kite buka yg penutup merah. Tu memang payah nak pulasnya, nk pulas camne, kupil pun tak makan.

Dr jeti kuah kami bergerak ke idaman suri dan sterusnya di sepanjang perjalanan  di hj Isamel group di pecan kuah.

Masa ni Nur Iman telah menunjukkan tanda seperti batuk2, badan panas, dan selesema. Maka kitorang kalut , dengan lampin nya yg lupa, dgn nk cari ubat kt kedai farmasi, tp tak jumpa ubat. Last kali toha bawa dia pegi hospital langkawi kasi org masuk itu gas kt iman dlm 15 minit. Dah masuk gas, baru lah iman tu Nampak healthy balik. Dan dalam keta Nissan sentra itu kitorang pon balik ke malibest. Semasa dalam perjalan pulang tu sempat pulak Toha tunjuk satu stesen minyak yg agak baru kt Langkawi. Stesen itu namany Buraqoil.lambang burung. Tapi herannya signboard dekat jalan tunjuk lambang petronas.

Buraq oil, ada nampak?

Esok pagi, kami bersiap2 ke Tg Rhu. Di sini kami buat boat trip ke kilim geoforest park. Pd masa ni, boatman yg namanya Firdaus tu seorang yg peramah, sepanjang perjalanan die byk bercakap. Ok trip boat pd pg nih bermula dengan perjalanan menuju ke gua Kelawar. So, sepanjang perjalanan boat ni akan amik jalan panjang kea rah laut Andaman sana. Di sini scene kiri dan kanan dia adalah pulau2 kecil. gua batu kapur dan juga beberapa pantai.  Sesetengah pantai tu dh ada cam deck kayu utk kapal2 berlabuh. Kebetulan pd haritu juga, ada beberapa org putih yg dtg dr mane buat penggambaran kt salah sebuah pantai di pulau2 kecil di situ.katanya firdaus, mereka ni dari rancangan Survivor yg agak popular suatu masa dulu. Penulis masih igt lagi survivor season first punye mmg buat M’sia gak, kt Pulau Tiga kalo tak silap. Sepanjang perjalanan juga kami tersempak dengan beberapa geng dolphin. Firdaus membawa kami dekat dengan tempat dolphin itu bermain. So, dr dekat kite boleh lihat dolphin yg agak malu tp menunjukkan siripnya dan hilang dr permukaan. Mereka ini sgt malu apabila kita jauh je. Terus mereka melompat tinggi, lebih tinggi lagi bila sume boat takde. Jika dilihat dari dekat dolphin2 tu ade sirip nya yg terkelupas kulitnya. Mungkin disebabkan berlaku perlanggaran dengan kipas boat yg melalui kawasan tuh.

Sirip dolphin membuatkan boat tu dtg dekat.diorang main2 lompat terjun bersama anak2

Bile boat ni dah hamper sampai ke gua Kelawar, scenery bertukar, laut2 yg luas itu, takde, Cuma ada sungai2 lebar dan beberapa kapal layar org putih yg berehat di pinggir2 sungai.

Inilah scenery yg sy ckp tuh, ala- ala setting filem

Ok setibanya di gua kelawar, keadaan trafik wujud di sini, sebab ada boat2 lain yg tggu pengunjung utk dibawa ke tempat lain. Pelantar tu bergerak2 and goyang2. So kena da org la yg tarik pelantar tu kasi die rapat ngan pondok tiket sebelah die.

Pelantar ni cam terapung2 cemtu jer, kena ada org tarik supaya dia rapat ngan tangga, time ni fatihah sibuk la nk tarik pelantar tu jugak

Di gua Kelawar ni keunikan dia adalah stalagtit dan stalagmite serta beebrapa ekor kelawar yg mendiami gua ini. Dikatakan stalagtit dan stalagmite ni terjadi sejak zaman dinosaur lg, juga terdapa tumbuhan pd zaman itu juga masih terselamat tumbuh di kawasan ini.

Batu ni nampak mcm org sedang rukuk

Yg ni pulak Nampak macam raja bersemayam

Suasana dalam ni sebenarnya lebih gelap, bila suluh dgn torch light Cuma Nampak yg dalam range chy torch light tu je.Kt sini org keliling somo bahu kocut, takut nanti berak kelawar tu jatuh, tak punterfikir fikir kelawar tu nanti bertenggek kt belakang leher.sume cemtu

Pokok yg macam pokok kelapa dipercayai antara pokok2 ancient kt sini

Kemudian tempat seterusnya yg boatman ni bawa ialah ke gua Mulut Buaya. Namanya diberi yg sedemikian kerana opening die ni seakan akan mulut buaya. Pd masa ni air pasang so boatman tak dpt masuk sepanjang dalam gua tu . so dia bawa kite ni ke area depan ja dan keluar semula dr gua

Tgk tuh punya la rendah, kalo takde kanopi tu bole lepas la.Yg boat hujung dalam sane tuh. Balik esok je la…

Kemudian boatman tu bawa kami ke area paya bakau. Dekat sini area paya bakau mmg cantik dan terpelihara. Sebagai salah sebuah harta UNESCO, paya bakau ini mmg tidak bolah diambil dan dibiarkan sahaja di sini. Setiap bakau yg diambil kalo kantoi kena caj 300 utk sebatang, menurut Firdaus boatman.

Then firdaus bawa kitorang ke area2 paya bakau terpelihara . kt sini sempat die parking kejap kt satu pot di mana kt pot ni tempat gathering helang2.sebelum sampai are die tanye la skit

Firdaus: ada bwk makanan helang x?

Ktorang: xde

ktorang: helang makan ape? (jag salah seorang)

firdaus: Helang makan Mac Donald

kuangkuang kuang…dh agak tuh..begitulah seloroh di atas bot

Kt sini die campak la kulit ayam tu kt sungai. Secara automatic helang2 ni sume dtg mendarat kt permukaan dan mencengkam kemas kulit ayam tu. Time tu kalo nk amek shot…. menurut firdaus, dinasihatkan focus kt area makanan dicampak.

Helang putih kire minority antara sume helang yg berkeliaran kt sini. Yg lain2 ade la pelican dan juga helang warna coklat yg biasa kite tgk

Pastu sepanjang perjalanan, ade perasan satu kilang arang tebengkalai. Firdaus cakap kilang ni lama terbengkalai sejak dr tsunami tragedy pd 2004. Lepas tu kilang ni tinggal cemtu je. Tak usik2 dah.

Kilang arang yg ditinggalkan atas factor catastrophe

Kemudian bot ni berlabuh ke satu restoran terapung tidak jauh dr situ. Namanya restoran Tg Rhu Thai Food Floating. Haa kt sini kitorang lunch break selama sejam lebih. Kt sini ada sangkar2 ikan dibuat utk makanan di situ khususnya dan juga utk display org2 yg sedang tggu order kt situ. Ikan2 yg dipertunjukkan antaranya ikan GT, ikan coral, pari, tapak kasut dan lain2.

Kt sini menu yg disorder ialah

Ikan kerapu 1.5 kg masak stim berharga Rm 15

Sotong goring tepung berharga Rm 32

Nasi putih, Rm 4.50

Orange satu jug, Rm 6.00

Environment, pemandangan dan juga rase goyang2, priceless

Selepas makan penulis ke tandas kejap. Dan penulis juga berfikir sejenak apabila  mendengar satu perbualan disini

“ td gua pegi tandaslah, tapi kumbahan gua ni  mengalir ke mana ar?. By the way, ikan siakap td memang sedap”

Ye la, ombak sungai suke hati je die nk menghala kemana kan..

So, matahari pun semakin tinggi, boatman membawa kite pulang ke port pd awal td. Ingatkan jauh sgt td. Sebelah tu jer. Sebenarnya td boatman tu bawak kitorang nie ikut route jauh. Yg nie mmg tak prasan. Terlampau penat.

So, Muaz dan Toha pun drive dr tg rhu ke gunung Mat cincang utk naik ke kreta kabel yg tinggi tu.

Sampai di sana, semua naik kereta kabel kecuali Toha, Ecah dan Iman. Hari tu ramai yg menunggu turn utk naik kereta kabel, so kitorang tggu dalam sejam lebih utk naik gondola tersebut. Gondola itu membawa kami ke dua stesen yg berbeza. Kitorang berlabuh di stesen yg pertama. Di stesen pertama Cuma ambik view shj dan kemudian kami menunggu gondola yg sterusnya utk naik ke stesen yg kedua, stesen yg paling atas.sampainya di stesen yg kedua, kt sini ada tempat ambik view macam biasa siap dengan teropong die yg disediakan di situ dan satu lg bahagian yg di sana ada jambatan gantung yg menghubung satu lg puncak kecil. Perjalanan dr stesen kedua ke jambatan itu shj sgt memenatkan. Tgga dia steep ke bawah dan sama juga apabila naik. Itu baru pergi, balik belum lg tau macam mana ponek. Muaz ngan penulis je pegi yg lain bile ajak, dpt ucapan terima kasih dan mereka mampu tggu di bawah.so, dua org ni je la yg atas tu amik gambar2. Dan kemudian balik semula ke stesen utk turun ke bawah. Bile turun bawah suasana sejuk nyaman bertukar jd panas, terik dan tentunya sekali. Melaha.

Tu teropongyg penulis cerita tu. Fatihah sebenarnya nk suruh org angkat die utk tengok pkai teropong tu

Snap2 kt jambatan tu kejap

….dan kitorang meniggalkan gunung mat cincang dengan serta merta. Kitorang menuju pula ke pantai kok. Kt situ yg ok ada laksa dan rojak pasembur. Masing2 order antara dua tu jer. Setelah selesai makan kitorang balik semula ke hotel dan mandi di pantai yg berada di depan hotel kami.

Malam tu, Muaz ,Khadijah dan ayah pergi ke pekan Kuah.katanya nk beli coklat utk dibawa balik nanti. Aisyah dan Toha pergi ke kedai runcit berdekatan. Penulis ikut sekali . alang2 kt luar tu, pergi la ke kedai jual baju2. Beli la baju hitam sepasang RM20. Dan kemudian balik. Masa ni aktiviti takde sgt. Ibu kt dlm hotel dah mmg flat dan muntah2. So, penulis masok tido menunggu hari esok

Hari esok, semua sibuk packing.dan kami semua brangkat pulang ke LCCT. Flight pukul 1.30 ptg.

Apa yg boleh sy ckp, perjalanan langkawi kali  nimmg true sbb sebelum2 ini asyik berada di sekitar kuah dan beli barang jer. Jikalau berjalan sebegini barulah dikatakan percutian.

Sekian, salam hormat dari kami

Penulis  –   Nordin Azman

Posted July 20, 2010 by Keluarga82 in Cuti-cuti

4 responses to “Langkawi – Catatan untuk dikongsi bersama

Subscribe to comments with RSS.

  1. Experts in the field too can do well in the competitive market, the expected base
    price for the iphone 5’s faster cellular connection one of the strong players, the others being Samsung and Google. You will be able to spring into action.

  2. pasal buraqoil tu, untuk makluman lanjut boleh bukak http://www.buraqoil.com.my

  3. wah Nordin…photo dan nukilan penulis best arrrrrr….

  4. apo pulak mamat pakai baju merah ni ado kek situ? dulu baju biru…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: