Padah juntai kaki ke air

MEMANCING dalam bot atau sampan memang menyeronokkan kaki pancing yang gemar mencari lubuk yang tidak boleh dilalui menggunakan jalan darat.

Namun dalam keseronokan itu ada bahayanya jika kita alpa mengenai sebarang bahaya yang mungkin menjelma.

Justeru, ketika dalam bot atau sampan di sungai atau laut, jangan juntaikan kaki ke dalam air ketika memancing atau berehat.

Ini kerana, tapak kaki anda kelihatan warna putih apabila berada di dalam air dan ini akan mengundang pemangsa seperti jerung atau buaya yang menyangkakan itu makanannya.

Posted February 17, 2011 by Keluarga82 in Petua Memancing

%d bloggers like this: