Petua: Kapur, tepung hilangkan hanyir ikan

TANGAN berbau hanyir selepas memegang ikan pasti merimaskan anda walaupun dicuci dengan air biasa berkali-kali.

Ada petua mudah untuk melenyapkan bau itu. Ambil segenggam kapur sirih dan tepung gandum yang dicampurkan bersama air biasa dan kemudian bancuh bahan itu dalam gayung.

Cuci tangan dengan air campuran itu antara lima hingga 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Bau hanyir ikan akan hilang selepas itu.

Posted February 17, 2011 by Keluarga82 in Petua Memancing

%d bloggers like this: