Tips: Padah celupar ketika pancing

TERLAJAK perahu boleh diundur dan terlajak mulut buruk padahnya. Itulah perumpamaan yang sering dijadikan peringatan kepada sesiapa saja, termasuklah dunia memancing.

Biarpun zaman berubah, hakikatnya, perumpamaan itu tetap boleh diguna pakai bagi dunia memancing hari ini dan tidak harus dipandang ringan oleh kaki pancing atau pun mereka yang baru pertama kali bergelar kaki pancing.

Apabila anda berada di padang pancing sama ada laut ataupun hutan, pantang sekali bercakap besar, bermulut celupar atau bergurau secara melampau ketika itu.

Andai larangan ini dilanggar anda dikhuatiri ‘mengejutkan’ penghuni yang tidak dijemput seperti harimau, babi hutan, gajah, beruang, buaya atau pun makhluk halus di lokasi mahu kawasan sekitar tempat anda memancing itu.

Untuk lebih selamat, gunalah bahasa kiasan seperti ‘Maybank’ untuk harimau dan orang besar bagi gajah atau sebagainya sebagai kod untuk tujuan komunikasi sekiranya terserempak dengan binatang tadi.

Posted February 17, 2011 by Keluarga82 in Petua Memancing

%d bloggers like this: