Umpan kelah

Petua: Sawit peram umpan kelah, tengas

BUAH kelapa sawit lazimnya digunakan sebagai minyak masak tetapi bagi kaki pancing, ia dikatakan paling mujarab buat memikat ikan kelah (tor tambroides) yang terdapat di empangan atau sungai.

Namun ia perlu diperam bagi tempoh tertentu dengan memilih buah yang cukup masak dan mempunyai kadar minyak yang tinggi menggunakan air yang tidak mempunyai klorin selama tiga atau empat hari sehingga bertukar warna dan rasa.

Selepas itu, ia perlu dijemur di kawasan panas selama dua hari.

Kemudiannya, simpan umpan terbabit dalam guni gula atau tepung sebelum turun memancing. Proes pengoksidaan membuatkan buah sawit tadi bertukar masam dan inilah umpan yang dikatakan mampu menarik selera ikan kelah selain tengas dan lampan yang gemarkan ‘haruman’ buah kelapa sawit ini.

Posted February 21, 2011 by Keluarga82 in Petua Memancing

%d bloggers like this: