Landskap menawan

Rahsia landskap menawan

1. Sepadukan antara binaan dan taman

Apabila membina landskap, perancangan hendaklah mengambil kira penyepaduan sebarang binaan dan taman dari segi bentuk, skala, warna dan bahan.
2. Pertimbangan saiz pokok apabila matang

Perlu mengambil kira saiz pokok atau tumbuhan terutamatumbuhan yang boleh membesar untuk melindungi tingkap, balkoni, pendawaian elektrik, atau pemandangan.


3. Kos pembinaan landskap

Kira dan tetapkan harga setiap bahan dan kos luar jangka.

Pastikan ia mengikut bajet kewangan anda.

4. Bina lorong laluan yang luas

Bina lorong laluan sekurang-kurangnya satu meter supaya orang dewasa boleh berjalan beriringan.

Lebihkan ruang untuk tumbuhan yang rendang.

Sediakan ruang untuk meletakkan bangku di sepanjang lorong jika taman luas.

5. Buat lengkungan

Bentuk lengkungan dan bentuk bebas dapat menarik perhatian.

Menjadi amalan kebiasaan menanam pokok tinggi di belakang dan yang rendah di hadapan.


6. Gambarkan taman secara keseluruhan

Rancang pembinaan landskap secara keseluruhan walaupun kita hanya membina sebahagian saja pada satu-satu masa.

Tanpa pelan keseluruhan, bahagian tertentu tidak nampak bersepadu.

7. Bina jalan masuk

Landskap bermula di tapak kediaman atau bangunan bukan di kawasan kediaman.

Binaan elemen seperti pintu pagar, tempat yang redup, pagar kecil, pagar tumbuhan atau sempadan taman untuk membentuk jalan masuk dari hadapan atau sisi halaman amat penting.

8. Pilih tumbuhan yang betul

Pilih tumbuhan taman yang sesuai dengan suhu dan cuaca, keamatan cahaya matahari dan teduhan, jenis tanah dan kelembapan. Wang dan masa dapat dijimatkan, tumbuhan hidup segar, kurang memerlukan perhatian dapat mengelakkan ia tidak subur dan mati.


9. Keserasian antara sayur-sayuran dan tumbuhan lain

Tidak perlu kebun sayur berasingan.

Lebih menarik jika ada penggabungan tanaman sayur-sayuran dan tumbuhan landskap termasuk yang berbunga dalam satu kelompok di tengah kawasan landskap atau laman.

10. Beri pencahayaan kepada taman

Kita tidak perlu tergesa-gesa ke taman sebelum matahari terbenam untuk menikmati keindahan landskap.

Berikan pencahayaan untuk keselamatan dan keseronokan pada ketika malam.
Beri pencahayaan pada patio, dek, lorong, kolam dan kawasan lain.

About these ads

Posted February 24, 2011 by Keluarga82 in Berita

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 40 other followers

%d bloggers like this: