3 tenggiri tewas dalam satu jam

Oleh Pak Nuri Angkasa
TEKONG Azman (kiri) bersama rakan memegang tenggiri lbuuk kapal karam Sungai Sumun, Perak, baru-baru ini.
TEKONG Azman (kiri) bersama rakan memegang tenggiri lbuuk kapal karam Sungai Sumun, Perak, baru-baru ini.

CUACA yang tidak menentu ketika akhir musim tengkujuh ini memang diakui merbahaya kepada keselamatan nelayan tempatan atau para pemancing untuk menjalani aktiviti di laut.

Namun pemancing dari kumpulan Tuna Biru jarang sekali meredah lautan sembarangan sebaliknya sentiasa mendapatkan pedoman dan nasihat daripada tekong handal bagi mengelak bencana menimpa diri.

Meskipun waktu itu menyaksikan banyak pemancing lain lazimnya sudah berehat, namun penulsi dan rakan tetap mengintai di kawasan muara asalkan tekong memberi lampu hijau.

Baru-baru ini, ketika cuaca terang di langit, angin barat lemah bertiup, hujan pun reda, empat pemancing dari kumpulan Foxtrot Kilo Rawang (FKR) dipelawa tekong Ismail Komando bersama tekong veteran Azman untuk turun memancing di kawasan muara Sungai Sumun di Hutan Melintang, Perak.

“Kalau kita bernasib baik, kita cuba nasib di lokasi kapal karam yang tidak jauh dari muara, kita cari tenggiri” kata Mail tekong.

Sejurus mendapat isyarat, kami berlepas dari Bagan Parit 1 Sungai Sumun dan terus menuju ke lokasi kapal karam sambil melakukan trolling dengan mengunakan gewang kepala merah yang sangat di gemari tenggiri atau barakuda.

Nyata, gewang itu handal kerana strike pertama gewang tekong veteran Azman mengena lalu berjaya mendaratkan seekor tenggiri seberat empat kilogram di ikuti rakan dari Kumpulan FKR. Dalam tempoh sejam itu, tiga tenggiri lubuk kapal karam Sungai Sumun berjaya kami tawan.
Jumlah itu amat berbaloi sebelum kami berpindah untuk memburu mayong dan erjaya menaikkan tiga spesies berkenaan sebelum meneruskan pemburuan pari keesokannya.

Sejurus berada di lubuk pari berhampiran kawasan beting yang dasarnya berlumpur dan berpasir namun misi di sini gagal mendapat sebarang hasil sebaliknya hanya mendapat lima ikan sembilang yang semuanya memasuki belanga asam pedas kemudian.

 

Posted February 28, 2011 by Keluarga82 in Berita

%d bloggers like this: