C – Class

2,000 komponen baru dipadan

Oleh Erywan Norshal

MENARIK...rekaan untuk golongan muda.
MENARIK…rekaan untuk golongan muda.

LAMBANG bintang berbucu tiga pada bahagian hadapan kenderaan Mercedes-Benz bagaikan magnet menarik perhatian ramai terutama ketika menyusuri jalan raya.

Tidak kira model lama atau baru, jenama ini menampilkan status pemandunya yang mempunyai cita rasa tinggi selain melambangkan kemewahan seseorang.

  • Foto
  • BERKUASA…enjin menghamburkan 184 kuasa kuda.
  • Foto
  • KEMAS…pelbagai butang disusun teratur.

Pengeluar automotif berusia 125 tahun itu membuktikan mereka sudah matang apabila banyak mencipta inovasi terbaru untuk kepuasan pelanggan di seluruh dunia.

Tanyalah sesiapa pun, mereka pasti berbangga memiliki Mercedes-Benz kerana ia kenderaan berprestij dan dicemburui pengguna kenderaan lain.

Baru-baru ini, penulis sempat memandu uji model C-Class yang dipasanng

di Malaysia.

C-Class adalah model paling laris Mercedes-Benz dan dijual lebih satu juta sejak diperkenalkan pada 2007.

Kehadiran wajah terbaru generasi C-Class iaitu Mercedes-Benz C 200 BlueEfficiency mengubah tanggapan bahawa model ini sesuai untuk golongan berusia.

Generasi ini model yang paling komprehensif dalam sejarah Mercedes-Benz
apabila lebih daripada 2,000 komponen baru dipadankan berbeza dengan sebelumnya.

Penampilan model ‘facelift’ tampak lebih mantap dan bergaya, sekali gus sesuai bagi golongan eksekutif muda memilikinya.

Paling ketara bahagian hadapan kenderaan ini yang mengagumkan apabila lampu utamanya disuntik dengan rekaan terbaru dan kelihatan garang.

Bamparnya pula tampak lebih sporty dengan padanan lampu siang dan laluan angin yang besar untuk menyejukkan enjin.

Pada bahagian belakang, lampu brek menggunakan sistem LED memberi pencahayaan yang terang ketika malam dan hujan lebat.

Selain itu, rim bersaiz 17 inci dibaluti tayar 225/45 R17 membuatkan jentera ini nampak tegap dan sporty.

Secara keseluruhan, bentuknya itu pasti membuatkan ramai yang terliur khasnya golongan muda kerana menampilkan gaya mewah.

Ketika membuka pintu memasuki ruang kabinnya, kerusi yang berbalut kulit tampak mewah dan

sangat empuk serta penulis menikmati keselesaan ketika perjalanan jauh.
Butang elektronik yang menyerupai kerusi pada pintu kelihatan sangat unik, sekali gus memudahkan penulis mendapat kedudukan selesa sebelum memandu–nya.

Kombinasi lapisan yang kelihatan seperti kulit kayu pada papan pemukanya dan panel pintu turut membuatkannya tampak mewah.

Papan pemuka yang dipadankan dengan skrin audio berwarna banyak membantu penulis memilih stesen radio digemari dengan hanya memulas tombol pada konsul tengah atau butang pada stereng.

Selain itu, sistem audio ini boleh disambungkan dengan telefon mudah alih melalui bluetooth untuk dijadikan pembesar suara.

Pengendaliannya cukup membanggakan kerana model ini memberi daya tarikan berbeza berbanding jenama kenderaan mewah lain.

Ketika memegang stereng, penulis cukup yakin dengan sistem suspensinya terutamanya melayan selekoh dengan kelajuan tinggi.

Ia juga memudahkan penulis memasuki dan keluar selekoh dengan mudah.

Nadi jentera ini sungguh berkuasa apabila dipadankan dengan enjin bersesaran 1,796 cc dan menghasilkan 184 kuasa kuda pada 5,250 rpm.

Enjin empat silinder dengan bantuan suntikan terus dan pengecas turbo ini memberi bacaan antara 6.4 hingga 6.9 liter petrol untuk setiap 100 kilometer.

Jentera diperkenalkan Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini turut mampu mencapai kelajuan sehingga 235 kilometer sejam (km/j) dan hanya mengambil 7.8 saat untuk mencapai 0 hingga 100 km/j.

Ia juga dilengkapi kotak gear 7G-Tronic dengan tujuh kelajuan yang berfungsi untuk memberi tahap bahan api secara optimum.

SPESIFIKASI

MERCEDES-BENZ C 200 BlueEfficiency

ENJIN
enjin empat silinder dengan bersesaran 1,796 cc

KUASA MAKSIMUM
184 hp pada 5,250 rpm

TORK MAKSIMUM
270 Nm antara 1,800 hingga 4,600 rpm

TRANSMISI
7G-Tronic dengan tujuh kelajuan automatik.

CIRI-CIRI KESELAMATAN
ABS dengan BAS

HARGA
Bermula RM258,888

Posted July 26, 2011 by iqmarl in Berita

%d bloggers like this: