Ciri asli kolonial masih dikekal   Leave a comment

Oleh Mohd Razlan Salleh
STESEN TERAKHIR...Kawang adalah stesen persinggahan terakhir sebelum berhenti di pekan Papar.
STESEN TERAKHIR…Kawang adalah stesen persinggahan terakhir sebelum berhenti di pekan Papar.

SEABAD lalu, kereta api menjadi antara pengangkutan terpenting di dunia sebelum muncul kenderaan bermotor di jalan raya.

Mungkin ramai yang mengetahui kereta api pertama di negara ini digunakan untuk mengangkut bijih timah dari Taiping ke Port Weld atau Kuala Sepetang pada 1 Jun 1885.

  • Foto
  • BUKA SEMULA…kereta api North Borneo Railway mula beroperasi selepas ditutup sejak 2006.
  • Foto
  • KLASIK…mangkuk tingkat digunakan untuk menyimpan makanan yang dihidangkan kepada penumpang.
  • Foto
  • LAMA…kereta api North Borneo Railway masih menggunakan enjin lama.
  • Foto
  • LENGKAP…makanan dan minuman disajikan kepada penumpang.

Selepas era bijih timah berakhir, kebanyakan kereta api sama ada berenjin wap atau diesel semakin pupus dan akhirnya lenyap satu persatu menjadi besi buruk.

Namun, di Kota Kinabalu, Sabah masih ada sebuah lagi kereta api wap yang berfungsi seperti zaman kolonial.

 
Kereta api wap milik Sutera Harbour Resort (SHR) yang dikendalikan Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) menyingkap kembali nostalgia kehebatan ‘ulat gonggok besi’ ini yang masih gagah membelah laluannya.

Selepas lima tahun tidak beroperasi, perkhidmatan kereta api North Borneo Railway yang menggunakan kuasa wap dengan kayu sebagai bahan bakar memulakan perjalanannya dari Tanjung Aru melintasi tiga pekan kecil iaitu Putatan, Kinarut, Kawang dan berakhir di Papar.

Lokomotif jenis British Vulcan Steam seberat 85 tan itu masih kelihatan gagah walaupun berusia lebih satu abad dan menjadi kereta api wap tunggal beroperasi
di Borneo.

Kereta api wap ini memiliki tujuh gerabak dengan dua daripadanya menempatkan dapur dan tempat simpanan barang manakala lima lagi adalah gerabak penumpang yang mampu memuatkan 16 penumpang pada satu masa.

Ruang dalaman kereta api wap ini dibaik pulih dan diubah suai supaya memberi keselesaan kepada penumpang.

Namun, ciri asli kolonial masih dikekalkan termasuk kerusi duduk kayu dan hiasan dinding dipenuhi lampu pelita.

Ia memberi peluang kepada pelancong tempatan dan luar negara merasai keunikan kereta api wap selain keindahan alam semula jadi sepanjang perjalanan ke Papar sejauh 70 kilometer itu.

Sebaik berlepas dari stesen JKNS Tanjung Aru, kereta api wap ini akan bergerak dengan perlahan sambil membunyikan hon menuju ke Putatan.

Keadaan jalan raya yang banyak merintangi landasan menyebabkan kereta api wap ini tidak dapat bergerak laju, cuma sekitar 50-60 kilometer sejam (km/j).

Sepanjang menuju ke Putatan, penumpang disajikan dengan keindahan pantai di sepanjang Lok Kawi yang memukau.

Sebaik melintasi pekan Putatan, kereta api ini terus bergerak ke Kinarut yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan makanan tradisional.

Setibanya di stesen Kinarut, kereta api kolonial ini akan berhenti selama
20 minit bagi memberi peluang kepada penumpang bersiar-siar di kawasan sekitar termasuk kuil Buddha bersebelahan stesen itu.

Waktu rehat itu juga digunakan juruteknik khas untuk memeriksa keadaan enjin dan rim supaya tidak berlaku kerosakan atau kehausan.

Difahamkan, juruteknik terpaksa meletakkan pelincir pada bantalan (bearing) rim sepanjang masa kerana ia mudah haus selain sukar mendapat alat ganti jika rosak.

Selepas pekan Kinarut, kereta api wap ini ke pekan Kawang yang menghidangkan suasana aman dengan hutan menghijau.

Sekiranya bernasib baik, penumpang dapat melihat sekawan kerbau berkubang di tebing sungai berlumpur.

Seterusnya, penumpang dibawa ke stesen Papar dan diberi masa 30 minit untuk ke Tamu berhampiran sebelum meneruskan perjalanan pulang.

Namun, untuk merasai perjalanan selama dua jam ini, penumpang dewasa perlu membayar RM250 dan RM180 bagi kanak-kanak merangkumi pasport, hidangan sarapan pagi dan makan tengah hari yang menyelerakan.

Walaupun dianggap mahal, kenangan menaiki kereta api wap yang beroperasi dua kali seminggu ini pasti sukar dilupakan sepanjang hayat.

Posted September 13, 2011 by iqmarl in Berita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: