Minyak kelapa cegah kerosakan gigi

MINYAK kelapa mampu membunuh bakteria apabila ia bergabung dengan enzim pencernaan di dalam mulut.

 

MINYAK kelapa ternyata tidak hanya boleh dimanfaatkan untuk memasak tetapi juga melindungi gigi. Bahan aktif dalam minyak kelapa mampu melawan bakteria penyebab gigi berlubang.

Gigi berlubang terjadi disebabkan beberapa faktor, iaitu pertumbuhan bakteria, gula dalam makanan dan permukaan gigi yang rosak.

Bakteria Streptokokus (bakteria yang menjadikan gula di dalam mulut sebagai makanannya) akan mengubah gula yang menempel menjadi asid.

Menurut Dr. Damien Brady dari Institut Teknologi Athlone di Ireland, minyak kelapa yang bercampur dengan enzim pencernaan akan menghasilkan pembunuh bakteria yang kuat.

“Penyelidik kini berusaha menghasilkan ubat gigi dan ubat kumur yang mengandungi minyak kelapa sebagai bahan aktifnya.

“Menggabungkan enzim minyak kelapa yang dimodifikasi menjadi produk rawatan gigi mampu menjadi alternatif kepada bahan kimia yang digunakan sekarang,” katanya.

Posted October 2, 2012 by iqmarl in Berita

%d bloggers like this: