Archive for the ‘Berita’ Category

82 Family Day 13 March 2011-Part 1   Leave a comment

Keluarga82'

Assalamualaikum.

Disini saya uploadkan gambar-gambar family day yang telah diadakan di KM chalet pada hari Ahad tarikh 13/3/2011.

Terlebih dahulu saya mohon maaf sekiranya kualiti gambar yg di ambil kurang memuaskan.

Gambar yang telah di diupload telah saya turunkan ke resolution yang rendah supaya semua ahli keluarga dapat melihat dan  mendownload gambar-gambar dalam blog ini dengan lebih mudah.

Terima Kasih.

Amir

Part 1 Begin=Ketibaan Ahli Keluarga, taklimat ringkas, pembahagian ahli kumpulan dan Makan..

Bersambung di Part 2- The fun begins

View original post

Advertisements

Posted January 17, 2017 by marlmansoor in Berita

82 Family Day 13 March 2011-Part 2   Leave a comment

Keluarga82'

Part 2-The Fun Begins

Selepas minum petang acara dilanjutkan dengan aktiviti sukaneka

Bersambung ke Part 3

View original post

Posted January 17, 2017 by marlmansoor in Berita

82 Family Day 13 March 2011-Part 3   Leave a comment

Keluarga82'

Part 3-Senja menjelang dan aktiviti malam bermula

Bersambung ke Part 4

View original post

Posted January 17, 2017 by marlmansoor in Berita

82 Family Day 14 March 2011-Part 4   Leave a comment

Keluarga82'

Part 4-Hari kedua dan seterusnya penutup bagi hari keluarga ini.

Bermula dengan aktiviti sukaneka, bola tampar, tarik tali, kayak sehingga ke majlis penutup dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama AJK, ahli kumpulan.

Dengan ini saya memohon maaf atas segala kekurangan dalam saya menjalankan tugas saya pada hari tersebut.

Sekian.

Amir

View original post

Posted January 17, 2017 by marlmansoor in Berita

Catatan Langkawi : Langkawi Satu Destinasi Percutian   Leave a comment

Keluarga82'

Segala perancangan diatur dua bulan sebelum tarikh bertolak ke Langkawi  oleh Ahmad Nasrul yang bekerja keras untuk menjayakan percutian kali ini. Perancang idea asal dari Zaidah Hamid yang beriya-iya untuk ke sana. Saya hanya mengiyakan sahaja idea tersebut dan anak-anak juga teruja untuk melancong secara merhain ke Langkawi kali ini. Kali terakhir saya membawa anak-anak ke Langkawi semasa Marliss berumur 2 tahun, lebih 10 tahun dalam tahun 1999 dahulu. Pertama kalinya saya bawa anak2 menaiki kapal terbang  ke Langkawi bersama Bonda Hamidah dan Kekanda Rosiah turut serta. Dalam penerbangan tersebut saya ada bertanya kepada bonda adakah dia rasa takut2 semasa dalam penerbangan dan bonda menjawab dia OK dan rasa tak takut sedangkan kelihatan bonda memegang hand rest kerusi tersebut agak kuat. Kami menginap di Burau Bay Resort. Sempat juga pusing-pusing satu Langkawi menaiki Vitara yang kami sewa di sana. Penulis agak sukar untuk mengingat kembali semasa lawatan di sana yang…

View original post 3,317 more words

Posted January 17, 2017 by marlmansoor in Berita

CR-Z hibrid sporty mengancam!

CR-Z hibrid sporty mengancam!
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 10, 2011
Honda CR-Z

Honda CR-Z pertama kali diperkenalkan sebagai kereta konsep pada 23 Oktober 2007 di Tokyo Motor Show. Jentera sporty berkenaan sudah pun dijual di Jepun dan Amerika Syarikat tahun lalu.

Akhirnya jentera hibrid sporty dan mengancam ini tiba di Malaysia selepas Honda Malaysia Sdn Bhd secara rasmi melancarkan jentera dua pintu hot-hatch di pasaran secara rasmi minggu lalu, sekali gus menjadikan Malaysia negara Asia Tenggara pertama melancarkannya.

Ditampilkan dalam bentuk lebih sporty dan berkuasa, CR-Z menggabungkan enjin 1.5 liter SOHC i-VTEC dengan janaan kuasa mencecah 84 kilowatt (kW), motor elektrik berkuasa 10 kW dan Intelligent Power Unit (IPU) yang sofistikated.

Bukan itu sahaja, CR-Z serba baru yang elegan, aerodinamik dan mesra alam ini menggunakan sistem hibrid IMA (Fleksibiliti Sistem Hibrid), membolehkannya digunakan bersama kotak gear manual. Justeru, ia merupakan jentera hibrid pertama dunia menggabungkan sistem hibrid dengan transmisi manual.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno, CR-Z adalah jentera hibrid ke-3 diperkenalkan oleh Honda selepas Civic Hibrid dan Insight di Malaysia.

“CR-Z merujuk kepada ‘Compact Renaissance Zero’ yang mewakili komitmen Honda untuk kembali kepada asas dan menerima cabaran untuk membina kereta kompak tanpa terikat kepada nilai kenderaan hibrid tradisional.

“Secara teknikal, ia direka untuk memberikan penjimatan bahan api yang mengagumkan dan pada masa sama memberikan pemanduan dinamik dan responsif,” katanya ketika majlis pelancaran di Sunway Damansara.

Katanya, untuk meningkatkan pengalaman pemanduan, CR-Z juga menjadi model pertama menampilkan Sistem Pemanduan Tiga Mod yang memberi pilihan kepada pemandu untuk memilih gaya pemanduan diinginkan mengikut situasi sama ada Sport, Normal atau ECON.

Mod Sport memberikan pemandu pilihan untuk mendapatkan kuasa lebih agresif, pecutan lebih pantas dan respons stereng lebih responsif. Bagi mod Normal, ia memberikan keseimbangan untuk pemanduan berprestasi dan pada masa sama kekal menjimatkan bahan api.

Bagi mereka yang tidak menitik berat kepada prestasi enjin dan inginkan penjimatan bahan api mod ECON adalah pilihan terbaik. Ia mengurangkan maklum balas pendikit, mengoptimumkan bantuan motor, mengawal pendingin hawa secara ekonomikal dan memanjangkan tempoh melahu ketika berhenti untuk memaksimumkan penjimatan. Fungsi Eco Assist memberi panduan kepada pemanduan untuk mengoptimumkan penjimatan minyak.

Ketiga-tiga mod boleh dipilih dengan hanya satu sentuhan butang yang berada di papan pemuka berdekatan dengan stereng di bahagian kanan.

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, CR-Z hanya didatangkan dengan warna putih mutiara premium dan buat masa ini hanya varian manual sahaja ditawarkan.

Kata Ueno, Honda mensasarkan jualan 100 unit CR-Z sehingga penghujung tahun ini dan lebih banyak unit lagi akan dibawa masuk pada tahun hadapan.

Harga ditawarkan juga turut berpatutan bagi sebuah model hibrid pada harga RM115,000 (termasuk insurans). Antara ciri-ciri standard yang dibekalkan untuk CR-Z termasuklah lampu utama Halogen dengan LED, lampu kabus, lampu belakang dengan rekaan LED, cermin sisi dengan lampu isyarat membelok, antena radio ‘Shark Fin’, kunci gaya Jack Knife, rim aloi 16 inci, roda stereng dibalut kulit tiga jejari, gear knob aloi dan kulit, pedal sport aluminium, kusyen dibalut fabrik, kluster meter dengan iluminasi sukan, kawalan cruise, sistem audio dengan USB, AUX dan serasi iPod, bersama-sama enam pembesar suara, dan tidak dilupakan ruang bonet seluas 410 liter .

Bahagian keselamatan pula menampilkan antaranya beg udara i-SRS untuk pemandu dan beg udara SRS untuk penumpang, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), sistem ABS, BA, EBD, Bantuan Penghidup Bukit, Kawalan Teknologi G-Force (G-CON) dan tali pinggang hadapan tegangan.

Secara keseluruhannya, bahagian luaran dan dalaman Honda CR-Z sangat memukau, bukan saja berteknologi tinggi, malah rekaan tampil garang, sporty, dinamik dan pada masa sama mengekalkan ciri mesra alam. Rekaan aerodinamiknya yang tajam mengurangkan geseran angin dan meningkatkan prestasi, seterusnya menjimatkan bahan api dan pelepasan gas berbahaya.

Perlu diketahui, model kompak ini hanya didatangkan dengan dua tempat duduk sebetulnya, tipikal sebuah kereta sport tulen seperti jenama lain yang lebih mahal. Di bahagian belakang bagi penulis, terlalu sempit untuk penumpang dewasa.

Jentera CR-Z turut pernah memenangi Kereta Terbaik 2010/2011 di Jepun dan Kereta Hijau Terbaik Top Gear 2010 di United Kingdom.

Posted January 16, 2017 by marlmansoor in Berita

Minyak kelapa cegah kerosakan gigi

MINYAK kelapa mampu membunuh bakteria apabila ia bergabung dengan enzim pencernaan di dalam mulut.

 

MINYAK kelapa ternyata tidak hanya boleh dimanfaatkan untuk memasak tetapi juga melindungi gigi. Bahan aktif dalam minyak kelapa mampu melawan bakteria penyebab gigi berlubang.

Gigi berlubang terjadi disebabkan beberapa faktor, iaitu pertumbuhan bakteria, gula dalam makanan dan permukaan gigi yang rosak.

Bakteria Streptokokus (bakteria yang menjadikan gula di dalam mulut sebagai makanannya) akan mengubah gula yang menempel menjadi asid.

Menurut Dr. Damien Brady dari Institut Teknologi Athlone di Ireland, minyak kelapa yang bercampur dengan enzim pencernaan akan menghasilkan pembunuh bakteria yang kuat.

“Penyelidik kini berusaha menghasilkan ubat gigi dan ubat kumur yang mengandungi minyak kelapa sebagai bahan aktifnya.

“Menggabungkan enzim minyak kelapa yang dimodifikasi menjadi produk rawatan gigi mampu menjadi alternatif kepada bahan kimia yang digunakan sekarang,” katanya.

Posted October 2, 2012 by marlmansoor in Berita

%d bloggers like this: