Archive for the ‘catatan perjalanan’ Category

Entri Request: Catatan Dua Bandar (London dan Paris)   1 comment

*:–☆–:*:–☆:*:–☆–:*:–☆–:Day 1*:–☆–:*:–☆:*:–☆–:*:–☆–:

Muaz hantar kami bertiga ke KLIA

Kapal terbang take off pukul 12.00 mlm waktu Malaysia.

Pukul 8.30pd dia lalu Russia.

Touchdown pukul 12.30pg waktu Malaysia.dkt London pukul 5.30pg.suhu mencecah 11 darjah celcius

Di heathrow pada ketika itu, tak ramai pegawai imigresen.Boleh kira lah berapa ramai, 5 orang je . Tak tahu apa pasal. Takde pemeriksaan keselamatan apa pun.memang sungguh takda org sgt. Baguslah sape datang hari ni.takde check apa2 pun.

So, kitorang naik teksi ke wykenham close, Middlesex.tempat kitorang duduk

Wykenham close memang close to the airport. Sekejap je macam dari nilai pegi bangi cemtu.

Sampai di wykenham close . duduk sat tengok tv. Kat sini ada jugak astro tp version dia. Nama dia sky. Dalam 12 pound bayar bulan2. Tp channel belambak. Cam biasa pagi bukak  news dulu.pada masa tu panas pasal pekerja awam mengamuk sebab skim pencen diorang kena potong, pekerja2 awam ni termasuklah pegawai2 imigresen kat airport.Jd pekerja yg sket tu dah jumpa apa sebabnya.

pukul 1:15, pergi ke hounslow central naek bas.jalan2 kat Hounslow, beli barang2 nak masak.

Harmondsworth Lane, kediaman sementara sepanjang di sini

Cari pot usha mana nak beli2 kat Hounslow dulu, nanti baru serbu

Real yg tak berapa nak real.

Musim2 panas ni.scene Kedai arak pun nampak ceria.ceit

*:–☆–:*:–☆:*:–☆–:*:–☆–:Day2*:–☆–:*:–☆:*:–☆–:*:–☆–:

Terjaga awal sebab kepala masih setting time kt Malaysia. bangkit pukul 2.30pg waktu London. Nak tak nak sahur la kau sampai menyinar langit kat luar.

Hari ni kita ke central London menaiki tube. Tube ni macam LRT bawah tanah. tube kami ke menuju ke King Cross St.Pancras station. Kat situ plan nak beli tiket train ke france. Tp harga bukan agak tp sangat mahal 199pound sorang.So, kitorang beli tiket bas shj pergi france.

King Cross Station dari dalam, tingkat 2.kt bawah tu semak ngan org europe.

Tiket bas hanya dijual di Victoria bus station. Di sana dah dekat dengan Westminster.jalan 20 minute tau2 dah buckingham palace. Masa tu dah pukul 12.00tghari.

Pelancong semua dah ramai kat Buckingham Palace.Diorang semua tunggu mount guard tu tukar shift. Dia punya tukar shift tu ada upacara.Benda ni berlaku tiap2 hari. Tapi kalo weekend dia grand sket, ada lagu2 pancaragam dan mount guard ni semua marching pegi keliling area buckingham palace.

Bendalah pkai kopiah tinggi ni Mount Guard nama dia.

Depan gate tu sket ada taik kuda. pot taik tu sama macam event Prince Charles tu.Siapa yg lalai, haa.dapat a souvenir sket kat tapak kasut. takda laa benda tu obvious betul mmg org tahu takkan pijak

St.James Park.depan Buckingham Palace. kat sini tempat depa nak tengok2 itik, baring2 kat padang sambil baca buku, kadang2 tak buat apa pun iktikaf je situ

kerusi tu kalo duduk, ado kuli ea dtg minta duit.

 

 

 

 

 

 

Hari ni pelik sket pasal aku ada Nampak macam 2 3 helikopter kat Trafalgar square. Utk pengetahuan semua, Trafalgar square memang dekat je dgn Buckingham palace. So, kita tinggalkan benda alah mount guard ni dan trus ke sana .

Pintu masuk ke trafalgar square, dr luar cool rilek2 je

Masuk dalam, eh pahal ni jep? Polis polis terpacak kepala pandang kiri kanan

ada tunjuk perasan. Pembaca berita tu da berapa kali shoot.ayat lebih kurang sama je.

Scene mogok dalam kenangan
Ingatkan apa tadi kat Trafalgar square. Kat situ masa ni, pekerja2 awam  melancarkan tunjuk perasan,scene ni sebenarnya berikutan berita yg panas kat TV itu hari. Tp polis2 dia osah baik bonar pulak, tolong tutup jalan je supaya diorang ni boleh berarak. Polis2 lek je kat tepi2 bangunan.

 *:–☆–:*:–☆:*:–☆–:*:–☆–:Day 3*:–☆–:*:–☆:*:–☆–:*:–☆–:

Today we go to Green Park, interchange to Justice Line from Justice Line to London Bridge StationOk, point nie saja nak memeningkan pembaca semua. Point dia hari ni kami berada London Bridge

Tower of London sebelah sana tu. Kat jambatan tu kita boleh nampak jalan tu terbuka bg kapal lalu

Kat sini , tempat menarik yg boleh dikunjungi ialahTower Bridge, Tower of London,dan keenakan river thames semestinya standard coklat air longkang. Cerita2 Tower of London, arggh korang google ar sendiri.ok main2 td. Ini ialah sebuah kubu  ( fortress) .macam a farmosa kat Melaka tuh. Tempat pun tepi sungai. Tujuan dia sebagai tempat pertahanan musuh yg datang. Mesti diorang ikut laut ngan sungai. Sebab Britain ni kan pulau . So tower terbahagi kepada inner ward,innermost ward dan outer ward ni ada lubang kat tembok berbentuk crosshair macam ni (+) . Daripada lubang itu.boleh la archer2 itu mengintai- intai lepas tu julur crossbow dan tembak musuh.kat bawah pintu jaga macam biasa ada pengawal yg bawak tombak tu.

Sini juga terkenal dengan kematian bangsawan-bangsawan dahulu macam Anna Boleyn, King Henry yg dah bernombor-nombor kat hujung nama tu (dah nama takda variasi). Segala pesalah2 kalangan bangsawan, tangkap simpan kt sini pancung kat sini. Ingat formula dia, tangkap + simpan + pancung.aha tu je.

Tower of London

Apa lg yg menarik lg yg org slalu cerita ialah hantu2 kat sini.ini bukannya nak jd uncle seekers, tp dah memang norma kehidupan masyarakat yg duduk. Yelah sapa lg tinggal. Tower ni bukan raja duk lg. depa duk jauh nu, nalla punya kat Windsor. Hat yg depa bg rakyat p jalan masuk saja2 ni la.

Ok next section kita sambung dengan slot jejak kasih sebentar.

-Slot jejak kasih-

So pada masa aku kat tower London, lapar la pulak.  Singgah jap kt gerai makan sebelah tower tu nak makan.  orang Malaysia mai sapa pulak. Bila Tanya mak cik asai mana. Hui deraih dia habaq BM. Aku mention aku sekolah sana. Dia Tanya balik soksek ka. A ah jawab aku.pelik  , dia agak aku tang mana soksek.padahal banyak sekolah kat BM .

So , jumpa mak cik BM ni.dia mention lg suami dia bekas pengetua sekolah saya. Tapi dia pengetua tahun 82 -90. Kebetulan pulak bila dia mention budak STAR, ayah pun STAROBA.senior ayah pulak. A sudah dunia ni dah kecik agaknya.

Kat sini kitorang jumpa mak cik BM tu.

Ok Kembali semula ke entri request

Pertahanan ni memang scene klasik yg selalu korang tengok kat filem2 macam robin hood, ivan hoe, the kingdom of heaven dan banyak lagi

Cerita siang  seronok, tapi cerita malam yg tak berapa sedap. Sebab ada org complain prisoner yg dah kena pancung ni semua gemar nak main acah acah. Hantu gaya bangsawan.

Lg satu pd masa King Henry III memerintah. Raja kat Europe dia ada satu perangai ni yg nak mengumpul haiwan2 eksotik la. Boleh kata zoo la zaman tu. Macam kalo scene England raja dia bela singa. So memang ada singa la berkeliaran kat sangkar khas dia, istilah zoo dia menagerie. Menagerie ni pun bagus pasal kalo ketika perang kan katakan kalo 2-3 kutu terlepas pintu dah masuk istana ikut parit ke kan. So apa diorang buat, diorang nie lepas singa2 tu dalam parit. So kutu2 yg terlepas td makanan singa tu la. Cara begini pada masa itu boleh dianggap sebagai  menaikkan automasi dalam system pertahanan darat dlm tower.

Tower bridge dia kira gabungan bascule and suspension bridge. Suspension tu cam jambatan pulau pinang , bascule tu jambatan yg boleh dibuka ketika kapal nak lalu. Benda ni jd popular sebab dia dekat tower of London dan dia punya tarikan tu, sampai jadi icon London. Macam bas merah, padahal bas kt negeri lain pun boleh merah kan.tp sebab dah recognize jd icon dia la symbol.

Dah lama kat London bridge, kami beralih ke Westminster. Kat sini kami sambung balik tour ke big ben an juga London eye. London eye tak naik pun ambik gambar je. Time ni musim panas jadi kepadatan pelancong ketika ini boleh dikatakan pd paras maksimum. Big ben ni menara yg ada jam tu.Ni memang icon London yg paling ketara. Every souvenir mesti ada benda ni. Big ben ni bergabung dengan bangunan parlimen. Big ben punya sejarah cukup banyak. Antara yg popular sejarah the fail gunpowder plot yg ada mention dalam filem V for Vendetta.

Big ben kt belakang tu yg ada clock tower.

Eye of London kt blakang

*:–☆–:*:–☆:*:–☆–:*:–☆–:Day 4*:–☆–:*:–☆:*:–☆–:*:–☆–:

Hari ni kena travel jauh. So siang kumpul energy utk malam ni. So, mlm nie kul 11 mlm waktu London kami berangkat paris menaiki bas. Bas akan datang dari Victoria bus station.

Perjalanan di dalam bas bermula pukul 11 lebih. Bas tersebut bergerak dari Victoria menuju ke pantai Dover. Daripada tingkap bas tu dapat tengok suasana malam kat London. Bukan semua kedai ada orang, kecuali kedai arak , sebab dia bukak lepas org balik kerja. Nak pergi tengah London sorang2 malam2 pun takda peluang pasal ada org phobia kena kejar dgn org mabuk.So, mlm nie boleh layan scene Westminster tgh malam melalui tingkap bas.

Kemudian bas tu berhenti kat border England dgn france. Tempat dia macam plaza tol. Kat situ pegawai imigresen tu masuk bas dan ambik passpoert masing2 utk dicop.

Skang bas tu masuk ke dalam gerabak. Gerabak itu ditarik masuk ke dalam Eurotunnel. Eurotunnel ni adalah terowong bawah tanah di bawah paras laut.Ianya merentasi selat Inggeris . Terminal dia di dover, England dan Calais, France. Gerabak ni travel melaui selat ni selama 32 minute shj.

Bas ni dah masuk dlm satu train. Train tu lalu Eurotunnel ke France

Dalam pukul 4 pg waktu UK bas tu ada dekat Calais. Kat sini bas tu berhenti di campanile hotel utk tukar pemandu. Pemandu yg seterusnya akan bawak dari Calais ke Gallieni. Sepanjang perjalanan, pemandangan di sini macam ladang2 dkt England. Penuh dengan tanaman bijirin seperti, ubi, oat dan terdapat juga kincir2 angin utk menjana elektrik. Kalo ikut sejarah kawasan pantai utara france ni mmg England punya. King Henry punya jajahan. France masa tu cuma bahagian selatan sahaja. Itu terjadi ketika perang 100 thn dulu.

Pemandangan di Calais di waktu subuh

Sampai di Gallieni dalam pukul 8pg. Kat sini ada juga ternampak org Malaysia suami isteri sedang tunggu bas. Diorang ni mmg dr France nak ke England naek bas. Pakcik tu beritahu kami jalan keluar dari stesen bas Gallieni. Dia juga ada cakap abg tahanla sket bau busuk tu, dah 3 hari saya bau benda tu.

Nak tak nak terpaksa redah busuk tu, dia punya busuk. Aduh taktaula. Bau kencing org mabuk , muntah org mabuk kuat betul. Takda staff langsung datang nk bersihkan. Walhal semua org Europe lalu sini kalo naek bas . So kluar je dr terowong tu baru dapat fresh air.

Kota Gallieni, dari tingkap hotel

So, pukul 9 lebih kami beli tiket Metro(LRT version Paris) ke stesen Bir-Hakeim . Stesen ni dekat dgn Eiffel tower. Dkt stesen metro semuanya bahasa France. So kalo nak landasan mana kita ikut, ikut warna .Hafal  stesen mana utk interchange line. Kalo tempat kita macam Tasik Selatan, lebih kurang la.

Stesen2 Metro ni nama dia memberikan kisah dia tersendiri.Bir-Hakeim yg mention td. Ni sebenarnya nama sebuah Oasis di Libya. Masa tu WWII. Tentera France dr pakatan bersekutu bertahan dekat situ. Masa tu Libya adalah kawasan Italy manakala Egypt jirannya adalah kawasan British. Italy ketika itu sangat kawtim dgn jerman. Tentera Jerman dihantar ke kawasan tu utk mengusir mereka dari Bir-Hakeim. Tentera france masa tu mempertahankan tempat tu 16 hari. Dia dengan anak2 buah dia kalah tp tak kena bunuh sebaliknya berada dalam tahanan Jerman sebagai tahanan perang biasa. Sepatutnya kalo ikut arahan Hitler pd masa tuh, diorang ni suma dah lama kena bunuh.

So, dari Bir Hakeim kita pegi ke tempat2 yg icon Paris

Di atas ialah Eiffel Tower, dia ni dekat je dgn Stesen Metro Bir-Hakeim. Summer time, cuba perhati bawah tower, berebut2 org naik eiffel tower.Lif dia ada kat kaki eiffel tower tu. Tp kat bawah eiffel tower kena jaga sket, kalo naseb tak baik kena taik burung.Tempat ni juga org dtg utk shoot gambar kahwin. Yg lembaga hitam belah kanan tu beruk macam dalam bang bang boom tu. kejar2 org. Kat sini juga 2-3 kutu bawak beg penuh dengan souvenir, selendang, air dan ada juga budak2 sekolah minta derma. Ada juga negro2 kat sini menarik perhatian pelancong dengan berbahasa Melayu. contoh,

“Malaysia, apa khabar”.

“Satu lg kakak, satu lagiii, selendang selendang!!!”

Eiffel tower ni kat tepi Sg.Seine. Sg Seine ni panjang. Terdapat 37 buah jambatan di sungai ni.

 Kat bawah tu Sg Seine. Seine tu maksud dia suci dalam Latin. Sg ni mmg panjang. Ada 37 jambatan merentasi sungai ini. Ada Sesetengah pelancong prefer naek boat sepanjang sg ni utk keliling Paris.lagi2 waktu malam.

Seine River.Gamba ni kito boleh nampak la sungai tu ghoman ea camno.

Les Invalides. Ni kubur hero2 French Revolution. Napoleon Bonapart dan org2 kanan dia kebumi kt dalam bangunan tu

Sebahagian drpd Les invalides. ada meriam2 gangsa. kalo tak silap ada 18. Masa hitler jajah dulu dia ambik benda ni simpan kat tempat dia.Lepas Jerman kalah, meriam2 ni diambil semula dan letak ke tempat asal

Arc De Triomphe

Arca ni dibina sebagai mengingati jasa2 rakyat berjuang pd ketika Revolusi Perancis dan Perang Napoleon. Kat bawah ruang2 gelap tu ada makam nama dia  Tomb of the Unknown Soldier dari WW1

Ok. di sini ialah Musee Du Louvre

Musee tu Museum dlm bahasa mereka

Hari Ahad, masuk museum adalah percuma , sebab tu org semua beratur panjang tgh2 panas kering ni. Sister sebelah ni dah give up dah. Keliling dia ni istana King Phillip II.Tp dia dah pindah ke Versailles.Tempat ni jd museum shj. Yg piramid tu kat bawah dia simpan patung2 ukir dgn galleri antik. Piramid2 kaca bukannya antik, dia bina tahun 1989.

Notre Dame, ini gereja je pun. rekaan dia tu menjadi pujian org2 europe.especially architect2, para2 pengukir yg gemarkan isu2 gospel.

Cuba tengok, ada satu priest tu dia tak dengar cakap.biasa la katholik ni bab2 berbicara hal2 agama dia strict.kalo sorang tu bercanggah sket.raja tahu, mark trus org ni. Dia tu nama dia St.Denis. Ada yg mengatakan selepas dia dipenggal kepalanya, masih lagi berjalan dengan kepalanya sejauh 10km (6batu) sambil membaca khutbah sebelum KO. Dia ni skng dianggap pejuang Kristian yg syahid(syahid bg merekalah).

Ni supermarket lama. bangunan ni lawa kat luar.tp kat dalam tak selamat.sebab dia dikatakan tidak mematuhi kod kod keselamatan. takut masuk karang tiba2 roboh, mcm stadium kt terengganu tu

Lepak balik kt Seine River. Summer mcm nie kalo sini. rasa mcm sg ni je punca angin. panas kering.terbako

Masa kat sini, di kala tengah2 layan angin sungai tiba2 ada org baling coin kat sebelah sy. dia ni rasanya buat hajat pastu baling coin kt dlm sungai. dah baling tak kena pulak. apa lg kutip jelah. buat souvenir.

Kat sini org ramai sgt.sampai keretapi bwah tanah pun nk ada double deck

 ok, rasanya lama dah kat bandar paris.tak larat dah.kitorang pun balik hotel di Gallieni.

Kat gallieni, kt sini ada org jual barang nyah apa2 kat tepi jalan. charger kamera la.handset la. baju lama la. mcm junkyard lebih kurang

Esok pukul 8 pg kitorang dah ada kat stesen bas nak balik. cam biasalah lalu tempat busuk tu lagi.

dan kami meniggalkan France

apa yg saya observe semasa di France:

muka cam napoleon mata besar rapat2. Muka lonjong. tu average. Mata tajam.

tepi mulut line keras mcm garis2 pipi Steven Tyler

Bila cakap kepala teleng skit

Bila cakap makhraj mmg jaga pd huruf Ghain. Contoh kalo France, dia sebut Fghrans

pastu masa tengah2 cakap mesti nak muka mcm (:(

Orang2 dia terlalu artistic, typical org europe. Org France terkenal dengan ekspresi muka. Bnyk lawak2 bisu yg dia buat diterima global, mcm pink panther. Kalo tak, tak wujud istilah lawak internationale.

Tandas susah nak cari, akibatnya tandas org q punya panjang.terpaksa.ada yg mengambil kesempatan kencing je kat rumah2 kosong.

Kalo buat pavement, rumput tak penah nak cukup,jalan kat taman pasir berdebu mcm tu je. ini kerana terikut-ikut perangai revolutionist diorang yg agak strict dlm ekonomi

*:–☆–:*:–☆:*:–☆–:*:–☆–:Day 6*:–☆–:*:–☆:*:–☆–:*:–☆–:

Kita berehat sebentar

*:–☆–:*:–☆:*:–☆–:*:–☆–:Day 7*:–☆–:*:–☆:*:–☆–:*:–☆–:

Pergi Knightsbridge, kat sini ada Bangunan Harrods. Bangunan yg cukup popular jual barang2 seperti handbag, jam, casing iphone bersalut emas dan pelbagai lg.

Ni bangunan Harrods, milik ayah kepada Dodi Al-Fayed.

Kat dalam nie sememangnya menjual barang2 eksklusif berjenama seperti burberry, versace , gucci, D n G dll. Barang macam biasalah beg tangan, blazer, sweater, kasut-masut, jam tangan, casing iphone bertakhtakan emas pun ada juga.

sini tandas dia percuma. dlm tandas tu ada penjaga dia dan siap ada perfume boleh spray2 kat sinki dia.

*:–☆–:*:–☆:*:–☆–:*:–☆–:Day 8*:–☆–:*:–☆:*:–☆–:*:–☆–:

Terminal 4, Uji MInda: dlm gambar ni Mak Teh kt mana? try cari

Terminal 4, heathrow airport. Ok, kami berangkat pulang ke Malaysia. Kapal terbang stat travel kul 11 mlm sampai Malaysia pkul 5 ptg waktu Malaysia. kira-kira 13 jam jugak la.

So demikianlah cerita dua bandar dari kami. Terima kasih kerana bersama sama menghabiskan baca entri. Ketabahan anda semua sangat dihargai terima kasih.

Credits:

En.Azman Yahya

Pn. Zaidah Ishak

Advertisements

Posted July 30, 2011 by vivivanhalen in catatan perjalanan, Cuti-cuti

Tanjung Tuan

Istimewanya Tanjung Tuan

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
afifihafiz.nor@kosmo.com.my


BANYAK perkara berkaitan isu alam sekitar dapat dipelajari para peserta aktiviti merentas hutan.

KIRA-KIRA 20 orang wakil media dibawa oleh pihak penganjur RSH (Malaysia) Sdn. Bhd. menyusuri Hutan Lipur Tanjung Tuan di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini untuk menikmati alam semula jadi di kawasan itu.

Perjalanan merentas hutan yang mengambil masa kira-kira dua jam itu bermula dari pintu masuk hutan yang terletak bersebelahan dengan pekarangan PNB Ilham Resort.

Kedatangan manusia disambut dengan bunyi-bunyian serangga dan sahutan unggas yang menjadikan hutan itu sebagai habitat.

Kedamaian dan kehijauan hutan tersebut ternyata mampu menghilangkan keresahan bagi mereka yang bekerja atau tinggal di kota yang sesak dan hingar-bingar.

Cabaran menuruni dan mendaki trek di lereng bukit jelas tidak terasa kerana wakil-wakil media tidak melepaskan peluang menikmati keindahan semula jadi di situ.

Pemandangan puncak

Perjalanan kami berakhir di Rumah Api Tanjung Tuan. Keletihan berjalan kaki terubat apabila dapat melihat pemandangan dari dataran puncak yang tidak mungkin dapat dinikmati di kawasan lain sekitar Port Dickson.


TANGGA terakhir yang perlu didaki sebelum sampai ke tapak rumah api.

Menurut Ketua Bahagian Komunikasi, Andrew J. Sebastian yang mengetuai lawatan di dalam hutan itu, Hutan Lipur Tanjung Tuan itu termasuk dalam Rizab Hidupan Liar Tanjung Tuan, Melaka.

Katanya, hutan itu juga merupakan tempat Perlindungan Hidupan Liar, Taman Laut Negeri Melaka.

“Hutan ini kaya dengan pelbagai alam fauna dan flora dan menjadi tempat persinggahan 300,000 ekor burung setiap tahun.

“Kira-kira 54 spesies burung menghuni hutan ini pada setiap kali musim penghijrahan iaitu sekitar awal bulan Mac,” jelasnya.

Tambahnya, ada saintis yang percaya Tanjung Tuan bertindak sebagai ‘jambatan’ bagi pengaliran baka flora dan fauna dari benua Asia ke Kepulauan Indonesia.

“Kawasan ini adalah dijadikan sebagai kawasan laluan yang sangat penting untuk perjalanan burung-burung migrasi dari benua Asia ke Kepulauan Indonesia,” ujarnya. Kawasan itu dikategorikan sebagai hutan bukit pantai yang seluas kira-kira 60.75 hektar itu.

Menurut Penolong Pengurus Besar RSH (Malaysia) Sdn. Bhd., Manish Sapra, jenama sandal dari Brazil, Ipanema Gisele Bundchen akan mendermakan RM3 untuk setiap sandal keluarannya yang terjual dari 20 Februari hingga 19 Mac ini kepada Tabung Hijau.

 

Bagi setiap sandal Ipanema edisi khas yang dijual dalam tempoh 20 Februari hingga 19 Mac nanti, sebanyak RM3 akan disumbangkan kepada Tabung Hijau.

 

 


Tabung tersebut menumpukan kepada usaha pemuliharaan Hutan Simpan Tanjung Tuan.

“Kerjasama antara Ipanema dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) mengambil kira status Hutan Lipur Tanjung Tuan yang merupakan hutan terakhir yang belum diterokai di barat Malaysia.

“Dana itu juga akan digunakan untuk menguruskan penjagaan berterusan hutan ini,” ujarnya.

Ipanema turut melancarkan sandal terbaru keluarannya itu di PNB Ilham Resort dengan menyasarkan golongan wanita dan kanak-kanak perempuan.

Sandal dijual pada harga yang bermula dari RM69.90 hingga RM99.90.

Koleksi sandal tersebut boleh didapati di Samba, Stadium, Studio R and Royal Sporting House.

Posted February 12, 2011 by Keluarga82 in Berita, catatan perjalanan

BANGLADESH DALAM INGATAN   Leave a comment

Ini kesah lama masa sy ke Bangladesh dedulu, terjumpa semula buku catatan perjalanan. kali pertama jejakkan kaki disana…. seronok juga mengenangkan kembali semasa di sana… sekarang mugkin dah banyak berubah terakhir saya ke Bangladesh pada tahun 1998.. tetapi catatan ini saya buat pada masa sya kesana pd tahun 1996.. saya berada lebih kurang 3 bulan di sana….

28 Julai 1996… Ahad
Seawal jam 10.00 am saya telah berada di Subang Airport ( KLIA belum Ujud masa tu  ). ah rupanya dah terlewat org lain dah check in.. so kena ler cepat-cepat sket…
Flight berlepas jam 1100 am.. sib baik sempat…  sampai di Dakka jam 1245 tghari waktu tempatan. opis KL kata nanti ada org akan menunggu saya dan kamarul di Airport Dakka.. kami pun menuruni tangga kearah Imigresen untuk pemeriksaan pasport, ada sedikit kekeliruan dan salah faham pegawai imigresen. kami diarahkan kebahagian Transit mereka mengatakan Tiada penerbangan dari Malaysia waktu itu. kami tidak dibenarkan keluar dari Airport. Kamarul meminta Izin utuk mengambil beg di lorong bagasi. semasa di Subang saya tidak check in beg hanya hand carry.. so beg saya ada bersama saya. setelah lebih kurang 40 minit baru mereka sedar memang ada penerbangan dari KL direct flight ke Dakka. MH4708 MAs.. ahh lega bila dipanggil untuk keluar dari airport. pada awalnya mereka suruh saya terus ke domestik airport lebih kurang 1/2 batu jarak dari International airport.. saya dan Kamarul ke bahagian Imigresen semula untuk check out dan chop passport. Pegawai Inigresen tersenyum dari jauh melihat kami semula.. mereka kata sorry sebab penerbangan MH4708 tiada tertulis di billboard airport. kami pun mengisi borang kastam mereka beramai-ramai berkumpul dengan kami berbual, salah seorang pegawai imigresen meminta dari saya Coin (syiling) untuk colection. pada mulanya saya nak bagi wang kertas RM1 tapi mereka kata menjadi kesalahan sekiranya mereka ambil wang kertas. Kamarul beri duit 50 sen  mereka melihat dan membelek-belek wang tersebut. Masa kami keluar tiada lagi org yg di kawasan Imigresen cuma kami berdua sahaja. 5-6 oarang pegawai Imigresen berbual dengan kami bertanya kan tentang Malaysia.. salah seorang mereka bernama Kadeer (seperti dalam catatan saya) dia kata “Thank You Malaysia” semasa saya mahu meninggalkan kawasan Imigresen , saya tanya ‘why?’ kadeer berkata ramai org Bangla bekerja di Malaysia dan mereka bangga malaysia sebuah negara Islam yang maju.

Selepas Imigresen, kami melalui kawasan Kastam mereka bertanya sekiranya saya ada membawa barangan elektronik. saya katakan tiada, jadi kami diarahkan melalui kawasan Green laluan yg tak perlu pemeriksaan. apabila melepasi kastam kami melalui kawasan pengawal keselamatan.. ahhh nasib baik wakil agen masih menunggu diluar sambil mengangkat sekeping kertas terulis nama saya dan kamarul rasa lega sket. Orang Ramai tidak dibenarkan masuk kebangunan airport, hanya boleh menunggu diluar bagunan. Pintu masuk dipagar dan dikawal oleh pengawal keselamatan tidak seperti airport di Malaysia. kami keluar dari bangunan airport menuju ke kawasan parking kenderaan sambil menuggu Van yang membawa kami ke pejabat Travelling Agent. Menurut agen kami Flight kami ke Chittangong telah terlepas oleh kerana kelewatan kami keluar dari airport. next Flight jam 600 petang.  perghh lama lagik tu. Menurut agen memang biasa terjadi penerbang tidak disenaraikan di billboard, jadi agen membawa saya dan kamarul kepejabat mereka di tengah Bandar Dakka. dalam perjalanan saya dapat melihat persekitaran Dakka dan aktiviti2 harian mereka.

Sebelum terlupa, semasa di subang saya bertemu dengan kamarul di bilik boarding. Kami meniki k/terbang DC10-30 sebuah k/terbangagak lama tetapi besar. penumpang hanya 13 orang sahaja. walaupun tiket kami ekonomi tetapi ketua paramugara baik hati, meletakan kami di biznes class. menurut  mereka sebenarnya k/terbang yg kami naiki itu k/terbang disewa oleh sebuah syarikat di Malaysia untuk membawa pekerja BANGLA ke Malaysia. steward/dess merasa pelik melihat 2 org malaysia ke bangla sedangkan org bangla ramai2 datang ke Malaysia.  layanan mereka OK sambil berbual saya menerangkan missi kami ke bangladesh.

…….Misi kami ke Bangla adalah untuk membuat survey pencarian Petrolium n gas untuk Petrol Bangla (kalau kat malaysia ni sprt PETRONAS lah ), sebelum ini belum pernah ada carigali dibuat di Bangldesh. Seisemic Survey adalah satu cara pencarian dibawah perut laut (seabed) kebiasaan kedalaman dibawah seabed lebih kurang 20km masih boleh dikesan, semada ada gas atau minyak.

Semula kecerita semasa berada di atas k/terbang bersama paramugara/gari dan beberapa orang bangla yang lain bersama-samas saya menaiki k/terbang cuma tujuan saya dengan mereka berlaianan. Mereka begitu gembira untuk pulang kekampung halaman sedangkan saya kesana untuk bekerja, sama seperti mereka datang ke Malaysia suatu ketika dahulu. Mat-mat Bangla tersenyum riang dalam perjalanan ke Dakka dengan membawa bermacam-macam barang yg dibeli di Malaysia. Mereka suka membeli barangan electronic kerana disana barang electronic adalah barangan mewah dan mahal harganya. seperti walkman, radio TV dll. saya berbual-bual dengan mereka dan bertanykan beberapa soalan. Salah seorang bernama NURALAM bekerja sebagai buruh binaan utk KLCC dan sudah berada di Malaysia selama 3 tahun ia boleh berbahasa Malayisa agak Fasih. Dia balik kerana permit kerja telah tamat, dia berpakaian begitu kemas dan segak seperti seorang pegawai. dia menunjukan gambar2x yang diambil semasa di Malaytsia siap bertali leher. dia juga ada menghantar gambar tersebut kekampungnya.  Tidak seperti saya berjeans lusuh dan baju-T sahaja menaiki K/terbang. NurAlam berkata dia akan kembali ke Malaysia dalam masa satu bulan lagi setelah permit kerja beliau akan di sambung. Belaiu seronok datang di Malaysia kerana banyak peluang pekerjaan dan bayanran agak lumayan. Beliau dapat menghatar wang balik kekampung sebanyak 5-6 ratus sebulan. Belanja sebanyak itu boleh menampung satu keluarga besar disana seperti Datuk, nenek, bapak saudara serta sepupu, juga dapat merasa kemewahan dengan menggunakan wang yang dihantar. Saya juga berbual denagn beberapa orang Bangla yg lain ada yang bekerja Kilang di Kelang dan juga ada yang bekerja Kilang di Penang. Rata-rata mereka berpuas hati bekerja di Malaysia dan bergaji yang lumayan berbanding di Negara Mereka.

Setelah terbang lebih kurang 3 jam k/terbang mengurangkan altitud, saya nampak beberapa kawasan yang ditenggelami air, baru saya tahu bahawa bulan JUNE dan JULY adalah musim hujan disana.. lebih senang disebut musim banjir disana. Banyak rumah2 telah ditenggelami oleh air. Risau juga dihati bila terfikir sekiranya saya tersekat dikawsan banjir nnt. K/terbang sedia mendarat saya menegakkan tempat duduk dan memakai tali keselamatan dan sempat menjeling keluar tingkap melihat beberapa orang sedang memotong rumput secara manual menggunakan sabit. saya terfikir.. disini tidak payah memerlukan mesin kerana memang tenaga buruh banyak dan murah.

Semasa keluar dari pesawat saya rasa seperti sesuatu bau yang kurang menyenangkan ahhhh.. bau bangla adeyyyy apa nak buat saya berada dikampung mereka.. tahan jer lerbau tu.. dalam perjalanan ke Pusat bandar dimana agen membawa saya ke pejabatnya, saya dapat melihat aktiviti mereka disana, agak jauh ketinggalan secara teknologi mereka bebrbanding  di negara kita.  Di sana banyak kerja-kerja secara menual. saya dapat lihat pedati-pedati (sperti kereta lembu disini) ditarik dengan menggunakan tenaga manusia. pada awalnya saya menyangka ianya ditarik oleh lembu, apabila  dekat saya nampak orang menarik pedati tersebut dengan menggunakan tulang 4 kerat. Tersentuh hati melihat kesukaran untuk mencari rezeki di sini. Terus saya terfikir. Alangkah malangnya sekiranya saya dilahirkan disini dan betapa INDAHnya bumi Malaysia ini dengan kemakmuran dan kemajuan yang berterusan. Keadaan bandaraya Dakka (bandaraya ke? sy kurang pasti) penuh sesak dengan manusia dan kenderaan. Terutama Teksi tayar 3 seperti Bajaj di India.. bersilang seli. Disana memang kebiasan pemandu sentiada bunyikan HONK.. agak bising.. bunyi honk disana sini pekara biasa walaupun kadang2x tidak perlu hon dibunyikan. Saya kira pemanduan di Malaysia teruk, tp disana 3X lebih teruk lagi. Agak kecut perut juga menaiki Van yg dipandu Mat Banggla itu. Saya lihat Trafik yang mejaga Lalu Lintas memegang sebatang Rotan. sekiranya ada pemandu yg degil tidak mematuhi arahan mereka, maka kenalah pukul dgn rotan tersebut. Rata-rata orang Banggla hanya memakai kain sarung tak kira pemandu Bajaj atau penarik Beca. Walaupun memakai sarung mereka berkemeja lengan Panjang. sekiranya yang memakai seluar dan kemeja disana adalah orang yang berada atau kakitangan kerajaan atau swasta. Tabiat buruk mereka adalah mereka buang air kecil merata tak kira tempat. itulah agaknya bila memula saya sampai disini terbau yang kurang menyenangkan.

Kami singgah disebuah restoran “western food” saya order chicken burger dan dan sebotol coke. Harga coke TAKA 20. (Taka adalah matawang Bangla) lebih kurang RM1.20 masa tu tukaran rinngit Malaysia masih USD1 = RM 2.50. DIllon agen yang membawa kami boleh berbahasa Inggeris sedikit2x menjadi jurubahasa bagi saya dan Kamarul. Selera saya tidak berapa dapat menerima burger yg baru dibeli saya hanya makan separuh selebihnya saya beripada Dillon. Selesai makan kami meneruskan perjalan dalam masa 5 minit dah sampai ke Pejabat mereka. Saya bertanya kpd dillon adakah ini pusat Bandar.. Dillon menjawab “ya”.  “Dah sampai saya di DAKKA rupanya” dalam hati saya. Memang pada awal lagi saya tak menjangka Dakka seperti KL… tp terlalau jauh dari jangkaan saya……. patut lah ramai Bangla nk keje dinegara kita. Dillon bersuara mahukan pendapat saya regarding Dakka.. saya katakan “Not bad” utk menjaga hati Dillon. Saya dan Kamarul menaiki tangga kepejabat mereka, briefcase saya sentiasa saya pegang, kerana ada USD6000 lebihkurang RM 15k duit syarikat.. takut juga kalau2x ada yg niat tak baik dengan saya, mana nak ganti duit sebanyak itu, kamarul pula kalau tk silap saya ada bawak USD10K =RM25K. saya terperanjat juga apabila saya memasuki ruang pejabat mereka seme org berdiri dan sorang2x memberi saya “good afternoon sir” dan berjabat tgn dengan saya. ahh terasa plaks besarnya saya masa tu… padahal jurutera cabuk jer. saya membalas ucapan mereka kembali. saya terus dibawa kebilik General MANAGER dan general menegar membawa saya kebilik M. Director mereka. saya berehat dan sambil berbual bersama MD nya. Menurut cerita MD agensi tersebut, boleh saya andaikan mereka menganggap Malaysia maju setanding dengan Jepun Dan Korea. Mereka memang memuji-muji PM Malaysia ( Che Deh kita lah sapa lagi masa tu) Saya berbual-bual dengan MD dan bertanyakan beberapa soalan berkenan ekonomi disana. Dia berkata perkapita pendapatan seorang rakyat Banggla USD20 setahun terperanjat saya. ini bermakna RM50/tahun —->sebulan RM1.70. ahhh sebuah negara miskin dimana rakyat ramai yang tidak bekerja. Satu keistimewaan DAKKA setiap jarak 1km terdapat sebuah masjid, memang masjid banyak di bandaraya ini. Rata-rata  rakyat Bangla beragama Islam. Saya ingin megutus Poskad Ke Malaysia untuk menyatakan saya dah sampai disana. Dillon membawa saya ke pejabat Pos.. sekali lagi masalah bahasa.. seperti ayam dan itik. dillon menerangkan kepada saya.. Pos disitu hanya untuk LOCAL use sahaja. terbantut dihati saya untuk mengantar poskad Ke Malaysia. Kalau nak Hantar keluar negara kena ke MAIN POST OFFICE. agak jauh dari pejabat mereka. saya Katakan OK pd dillon jam telah menunjukan 530 petang. saya minta mereka menghantar saya ke Domestic airport untuk perjalanan seterusnya ke Chitaggong (Bandar Pelabuhan Bangla). Sampai di airport kelaur sahaja dari Van belari pemgemis datang kepada saya, satu peristiwa yang membuat saya terkejut, mereka menarik-narik baju saya dengan meminta-minta..” Taka sir … Taka sir ”  Saya terpaksa mengelak dan dillon menghalau mereka dari kami. Menurut Dillon kiranya ada pengemis datang meminta-minta jangan diberi wang kerana sekiranya diberi wang bertambahlah ramailah yang akan datang menuntut wang dari kita dan membolehkan kita menjadi kelamkabut, dan masa yang sama mereka akan mengambil barangan yg kita bawa dnegan selamba sehinggkan kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana telah dikerumuni.

Saya memberi note RM1.00 = TAKA 17 kepada budak yg mengangkat beg-beg saya, Tersenyum budak tersebut. Nilai itu agak besar bagi mereka. Rata-rata gaji pekerja biasa masa itu kurang dari RM20/bulan. Dillon buatkan check in utk saya, dan kami terus boarding. Seterusnya saya dan Kamarul menaiki bas menuju ke pesawat. sebelum menaiki pesawat, kami dikehendaki mengesahkan bagasi sebelum dibenar menaiki pesawat, sekiranya tidak disahkan bagasi tersebut tidak boleh menaiki pesawat. Pesawat yg kami naiki itu sebuah pesawat jenis buatan British menggunakan Propeller. Bilamana injin mahu dihidupkan bergegar satu k/terbang dan mengeluarkan asap hitam, menambahkan lagi kecut perut dibuatnya. Dalam penerbangan cuaca kurang baik, tempat duduk begitu rapat sekali membuatkan kurang selesa malahan dengan bau yg kurenggggg membuatkan tekak merasa loya, dpat juga saya tahan untuk touchdown di Chittagong airport, saya Sampai di Chittagong airport lebih kurang jam 6.45 pm waktu tempatan. Cuaca agak Gelap. Setelah Checkout agen di chittagong sedia menunggu kami dan terus membawa saya ke AGRABAD HOTEL yang bertaraf 5 bintang di sana. Saya Check In hotel di bilik 308, Kamarul di bilik 306, menurut agen, hotel ni yg terbaik di Chittangong 5 star hotel.. alamakkk jauh lebih baik hotel2x bertaraf 3 bintang di Malaysia. Saya dijemput kebilik Wakil Syarikat kami MR Mani. Mani menngucapkan WELCOME TO Bangla dan saya berjumpa dengan kawan-kawan yang lain, AZAM, ARIFF dan RONALD WRIGHT (ausie)  mereka dah sampai 4 hari sebelum saya. Mereka memberitahu saya Kapal Survey masih belum sampai dan kemungkinan Delay agak lama maka boleh lah Holiday di Banggladesh sambil menunggu kapal survey tiba. Malam itu kami makan di AGRABAD Hotel. Saya makan nasi goreng ala Bangla dan seekor ikan Bawal. dalam berbual bual RONALD (RON) memberi cadangan keesokan hari kami berjalan2x sambil melawat sekitar bandar Chittangong, kami bersetuju. Mani mengaturkan dengan agen untuk membawa kami sekitar bandar Chittagong keesukan harinya.

Selesai makan saya naik ke bilik kerana keletihan sambil menonton rancangan ZEE TV lagu-lagu  Hindi diputarkan dan beberapa channel lain. Mata masih belum mahu tidur memandangkan waktu disini  dan di malaysia berbeza.  Walaupun hari2x Hujan.. di sini adalah musim panas,, siang lebih panjang dari malam. sehingga jam 1.00am +- jam 1100pm di Malaysia baru saya boleh melelapkan mata. Sebelum tidur saya sempat menalifon ke Malaysia utuk memberitahu saya telah selamat sampai di Chittangong.  aahhh esuk saya akan melancong di sekitar Chittagung… seronok? nanti saya sambung semula catatan saya seterusnya…

Monday 29th July,1996

Telah bangun seawal jam 500 pagi.. mungkin mata saya masih mengikut jadual waktu Malaysia, walaupun baru jam 500 pagi disana sudah cerah seprti jam 700pg di Malaysia, musim panas waktu siang lebih panjang dari waktu malam. Saya turun di Lobi hotel Agrabad tiada orang hanya ada 2 pengawal disitu. Saya memberi salam kepada pengawal2x yang begitu hormat kepada tetamu.. siap tabik springg kat saya. mereka terkejut kerana tidak menyangka saya org Islam. mereka menyangka saya dari Utara India @Nepal. saya beritahu saya dari Malaysia lagi ler mereka terkejut sebab dia belum pernah jumpa org Malaysia hanya dengar cerita yg Malaysia sebuah negara yang Moden dan “sehebat Jepun” atau Korea.. saya senyum mendengarnya. Saya bersiar2x disekitar kawasan Hotel. walaupun jam sudah menunjukan jam 600 pg kawan2x lain belum turun untuk bersarapan. saya berborak2x dengan kakitgn hotel. jam 730 pg kawan2x saya turun ke Cafe untuk sarapan pagi seperti ala bangla.. capati.. prata makan dengan sayur dan secawan kopi. Hari ini kami bercadang untuk pergi kesatu kawasan tasik yg terletak dikawasan tinggi. Tasik ini digunakan untuk takungan air bagi bandar Chitagong. Kami manaiki Isuzu Trooper jam 830am. Driver kami boleh berbahasa Inggeris sedikit2x, jadi boleh lah saya bertanya dan berbual dgn beliau. Nama Tasik yg ingin kami kunjungi ini bernama ‘Pharatti LEG”. Ketinggian lebih kurang seperti Mimaland di Gombak KL. sebelum terus kesana kami berlegar2x melihat kawasan Chittagong.. Melihat sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada hari tersebut, Ramai orang berarak, menaiki lori, bas dan lain2x kenderaan, jalan begitu “macet’ sekali. jadi kami ambil kesimpulan untuk tidak terus memasuki bandar Chittangung dan terus kedestinasi Tasik Paratti.

Dalam perjalanan tersebut saya dapat melihat wajah Chittangung dikawasan luar bandar begitu daif sekali. Rumah-rumah dibuat dari buluh dan beratapkan Jerami lebih kurang 5X10 kaki dibina rapat2x sepanjang jalan. kemungkinan kepadatan penduduk mereka terpaksa berkongsi tanah secara beramai2x. untuk sampai ke tasik tersebut kami menempuhi sebanyak 3 TOL. Sampai di Kawasan tasik, saya pemandangan Bandar Chittangong sayup2x kelihatan. Lembah pertanian/ladang sayuran agak luas disekeliling kawsan tasik.Cuaca sedikit dingin. Ramai kanak2x berjual buahan2x seperti jambu air, Kedongdong, kacang rebus dll. tp tiada selera untuk membeli kerana keadaan kebersihan amat membimbangkan. Lebih kUrang 1/2jam kami berada disana kami terun dan menuju kekawasan perkuburan perang Dunia Ke-2 kawsan ini bersih dan berjaga dengan baik. Saya melihat beberapa nama tercatat dan asal mereka yg terkorban semasa perang dunia ke-2 itu. kebanyakanya askar2x Australia. Saya tidak mencatat berapakah bilangan kubur tersebut hanya anggran saya melebihi 20 buah. Selepas menunggu RON (saya panggil dia Abg Ron – Ausie) kami bertolak ke ZIAHUR RAHMAN momorial dimana President Ziahur Rahman terbunuh semasa pemberontakan askar menentang Beliau Pada thun 1982.  Rumah kediaman Ziahur Rahman berbentuk ala Rumah British. Kemudian kami Ke Islamic International Collage. Melihat bangunan bersejarah yang dibina semasa zaman jajahan pertugal abad Ke-16. Kelihatan bangunan yang tidak terurus dengan baik. Ramai Pelajar2x kelihatan lalu lalang sambil memerhati kepada kami dengan kehairanan. mungkin dalam kepala mereka tertanya2x orang manalah yg datang melawat tempat mereka. Selepas itu RON mengajak kami kesebuah gereja peninggalan British, kami hanya melihat dari luar kerana bayak kerja2x baik pulih sedang dijalankan.

Kami makan tengahari disebuah hotel/restoran. saya oder nasi goreng sama seperti arif, azam, kamarul dan Ronald. kami tidak berani makan dikedai2x makan dikuatiri kebersihan tidak mengikut piawai.. teringat pesanan doktor semasa saya mengambil Injection Imunisasi di KL sebelum ke Bangla… ” Jaga makanan dan minuman, jgn sesekali makan digerai2x Hapetetis A berjangkit memlaui makanan.  zappppp satu Injection kelengan saya .. adeyyyy . saya mengambil 3 jenis Injection.. 2 di lengan kanan dan satu lengan kiri. perghhhh sakittt tk bleh drive dibuatnya.

Selepas lunch kami balik ke Agrabad hotel, dalam perjalanan kami melalui stesen keretapi.. seperti Filem India/hindi penumpang duduk diatas atap adalah perkara biasa. Seperti tempat lain di Bangla Kebersihan tidak dijaga bau ’semacam’ memang ada kerana penduduk disini kencing merata2x asalkan ada tembuk bangunan atau sedikit penghalang menjadi tempat buang air mereka. saya melihat Pengemis begitu ramai, dari kanak2x ke orang tua meminta-minta apabila melihat bangsa asing melalui kawasan mereka. Saya sampai ke Hotel Agrabad dengan keletihan dan terus masuk bilik dan tidur. Saya terlupa untuk meyelak (kunci) pintu sekadar merapatkan sahaja. seoarang pekerja hotel,wanita telah masuk membuatkan saya terkejut, dia masuk tanpa mengetuk pintu. saya bingkas bangun , dia bercakap dalam Bahasa Inggeris dan saya cuba memahaminya. Dia bagitahu yg dia telah mengemas bilik saya pagi tadi dan dah nak balik.. erti kata lain dia nak minta duit .. dan saya bagi dia 10 TAKA = 60 sen duit Malaysia. dia keluar dan saya terus menguci pintu ilik dan sambung tidur. Telefon berdering, saya sempat melihat jam.. 530ptg, rupanya azam telefon mengajak saya bermain snooker. Saya bersiap dan terus kebilik snooker, Azam sedia menunggu. saya berbual2x dengan penjaga bilik snooker beliau mengatakan adiknya ada bekerja di Pelabuhan Kelang. Beliau menunjukan surat dari adiknya kepada saya. Gaji mereka di Bangla rata2x memang murah RM50-75 sebulan. Dengan bantuan adiknya mengirim RM400 sebulan disana mereka boleh HIDUP senang. Kami bermain sehingga jam 8 malam. Azam mengajak saya kesebuah retoran di luar hotel untuk Dinner. Pertama kali saya keluar Hotel dengan berjalan kaki. memang memeranjatkan saya.. bagger Terlalu ramai, bekejar kearah saya dan kawan2x yang lain. Sambil mereka memegang perut (tektik) mengambarkan mereka lapar nak makan.. tkda duit. mereka berani menarik baju dan seluar kami. sambil meminta2x “One taka sirr” “one taka Sir”.. U same same my papa.. U same same  my papa.. tu yg gelihati tu… ada yang memelok kaki saya… saya terpaksa mengelakkan diri terasa takut juga kerana mereka ramai mengeliling saya dan yg lain. apabila ada yg menyentuh saya saya menjerit memerahi mereka,,, baru mereka lepaskan, Ron terpaksa menyepak seorang bagger kerana memegang dengan kuat kakinya. kami terus berjalan, Sampai didepan restoran baru lah peminta sedekah itu berundur dari kami. Mereka takut kerana kebanyakan kedai2x besar atau hotel menggunkan Guard sekiranya pengemis memasuki kawasan sudah tentu kena belasah. Malam ini kami makan Nasi Beriani dan Roti Nan. Satu yang lain dari tempat kita, sireh yg sudah dilipat di sediakan sebagai pencuci mulut selepas makan. Saya mengabil selipat sireh dan makan seperti Bangla. Satu masalah saya disini mereka (bangla) sesuka hati sahaja berkahak tanpa memikirkan org yang makan di senki2x membasuh tangan.. adeyyyyy loya tekak. Setelah selesai makan kami keluar dari restoran.. ahhh saya berfikir.. episod yg sama kan berlaku semasa perjalanan balik ke hotel… jangkaan saya memang benar.. untuk sampai kehotel kami terpaksa melaui pengemis2x yang meminta2x.. kami diingatkan sekiranya pengemis meminta2x jgn di bagi duit kerana sekiranya di bagi bertambah ramai yg datang dan menyerang kita dan mengambil kesempatan untuk merampas barang2x yg ada pada kita. Jadi saya berjalan dengan laju tanpa menghiraukan mereka. Terus ke hotel dan naik kebilik, terus berehat sambil memikirkan perkara yg terjadi sebentar tadi dan saya merasa benar2x “culture shock”. Belum pernah saya mengalami keadaan sedemikian. Fikiran melayang ke Malaysia… saya tak sedar bila saya lena….

Tuesday 30th July 1996…

Pagi ini saya bangun seawal 600 pagi. Bersarapan bersama azam di Agrabad Hotel lebih kurangjam 700 pagi. Kami berbincang untuk ketempat yg akan dituju sekitar Chittagong. Jam 10.00 pagi saya, azam, arif dan kamarul ke “New Market”  menaiki Bajaj (teksi tayar 3) dengan tambang TK20.00 Ron tidak turut srta kali ini… seperti biasa apabila sampai diperkarangan shopping kompleks kami disambut oleh pengemis jalanan yg entah datang dari mana.. tetiba boleh berkerumun ramainya….

Di sini bayak Barangan kulit dijual. harganya agak berpatutan malahan kalau dibandingkan dengan dinegara kita disini agak lebih murah. Tetapi Qualiti (buatan) barangan agak jauh ketinggalan. Finishing kurang baik kasar dan jahitan kurang memuaskan. Banyaklah barangan kulit dijual disini termasuk batu-batu akik dan lain2x. Awas disini banyak batu-batu tiruan dijual.

Setelah penat kami singgah di sebuah restoran di dalam Kompleks tersebut untuk menghilangkan dahaga. seperti biasa kami memesan minuman coke (tanpa ais) sambil duduk kami berbual dengan salah seorang pekerja restoran tersebut Bernama ALI beliau  tahu berbahasa melayu, kerana pernah bekerja di Malaysia dan Singapura.

Selepas minum kami ke Singapore Market di sini tempat rakyat berbelanja… penuh sesak dengan manusia. Terasa Janggal apabila melalui lorong2x kerana diperhatikan oleh Bangla Bangla yang rata-rata tidak mengenali Rakyat Malaysia. Saya dan Arif membeli sepasang seorang Coverall harga TK40.00 agak mahal kemungkinan dia tahu foreigner yg beli. setelah penat melawati Spore market kami menaiki teksi ke sebuah restoran untuk menikmati makan tengahari. Pengalaman diekori dan dikerumuni pengemis masih terasa seperti semalam. Selera untuk makan agak “tiada ” kerana dimana2x sahaja bau agak berlaianan dengan negara kita malahan terasa loya apabila ada yg batuk dengan kahak di sinki pembasuh tangan… adeyyy Saya hanya makan roti nan begitu juga dengankwan2x yang lain dan tak lupa membawa balik sireh yang disediakan sebagai pembasuh mulut. Setelah selesai kami balik ke hotel dengan berjalan kaki sahaja kerana kali ini perasaan takut dengan pengemis sudah berkurangan, sampai ke hotel lebih kurang jan 200 ptg. Saya masuk ke bilik dan lepak sambil menunggu waktu makan malam sambil menonton ZEE TV dengan lagu2x yang menarik.
Makan malam jam 7:30 malam bersama koodinator Manie…  dan kami berbincang untuk ke satu tempat peraginan pantai yang dikatakan paling hebat di Bangladesh iaitu COX’s BAZAAR pd ke esukan harinya…. pantainya sepanjang 14 km, Manie bersetuju menyediakan sebuah VAn Toyota Vennatte dgn seorang pemandu dan seorang Pengawal (body guard).. Saya tidur awal kerana esuk akan melancong lagi…..

Rabu 31hb Julai 1996, Ronald, Azam,
Kamarul dan Arif telah menunggu saya di lobi hotel. Seawal 7:00 am tayar Van Toyota
sewaan kami mula bergolek ke Cox’s Bazaar. Perjalannan mengambil masa lebih
kurang 5 jam walaupun jarak antara Chittagong dan cox’s Bazar . lebih kurang 150km
sahaja. memandangkan jalanraya disana tak mcm jalanraya kita di sini. Dalam
perjalanan saya dapat melihat kampung2x di sepanjang perjalanan, byk sawah2x padi
yang diusahakan dan juga kebun-kebun sayur. memang menjadi kebiasaan org Bangla bertani.
Dikampong2x terdapat kolam tempat mandi bagi Bangla kerana paip air sememangnya tiada. kolam lah sumber air untuk minum.memasak.membasuh dll. seperti kolam ikan agak luas.
kedapatan juga sekolah-sekolah untuk pendidikan rakyat .Bas-bas disini yang membawa penumpang penuh sesak menjadi kebiasaan ada yg naik di atas bumbung mcm dalam filem Tamil. diatas
bumbung juga terdapat tilam, tikar dan barangan lain. Kebanyakkan kawasan yang
dilalui adalah kawsan rendah yang berair. kelihatan anak2x menangkap ikan dan
bermain2x dipaya. sebahagian mereka mengerjakan sawah padi. terdapat juga
anak2x yg berpakaian sekolah bermain dgn lumpur kerana waktu masih pagi
kemungkinan waktu sekolah belum bermula. Kalau dibandingkan dgn negeri kita
agak jauh berbeza, masih terdapat rumah2x dibuat dari lumpur/tanah liat yang
beratapkan jerami (rumput) . Walaupun ada rumah yg besar lagi hebat kemungkinan
rumah2x besar ini kepunyaan org2x kaya dan tuan2x tanah sawah yg  luas. Ditepi-tepi jalan yg ada hutan/belukar
terdapat byk pokok ganja hidup meliar, agak senang di sini untuk hisap ganja. apa yg sy lihat ramai
kaun lelaki bangla yg berkumpul beramai2x menghisap ganja dalam pemerhatian
saya. saya mengandaikan begitu sebab terlalu mudah untuk mendapatkan daun ganja
di sini. Walupun dari segi undang2x
adalah menjadi  kesalahan untuk menghisap/menyimpan ganja. Ramai lelaki disini menghisap ganja sama mcm
menghisap rokok di negara kita telah menjadi kebisaan. Kami sampai di cox’s bazaar lebih kurang jam 1200 tghari. Kami terus mencari Hotel untuk menginap. Atas
persetujuan ramai kami menginap di Sayeman Hotel.

Setelah
check in saya dan rakan2x pergi ke Burma’s
market. (cox’s Bazaar ni Bandar yg sempadan dgn myamar) byk org Burma
dari keturunan Rohingya yang berniaga. Barangan dari Thailand dan Burma byk
dijual disini. Agak sukar untuk berkomunikasi  Kalau dilihat bangunan kedai2x disini terlalu
jauh bezanya jika dibandingkan dengan kedai2x di tempat kita. Sukar untuk mencari kedai
yg sempurna disini. Dalam masa 45 minit kami merayau2x melihat keadaan sekeliling
seperti biasa kemana sahaja kami pergi org2x disini akan mengerumuni kami.
meberi isyarat ‘makan” dan meminta2x. sy dan rakan2x dah lali dengan keadaan so
tk lah seperti baru2x sampai dulu.. Kami bergerak ke tepian pantai, keadaan
kurang terurus malahan pula laut begitu bergelora. Hanya melihat keadaan
sekeliling… bahaya untuk mandi manda.. Di Bangladesh musim laut bergelora dan
tengkujuh adalah dalam bulan Julai hingga September begitu lah kata driver yg
membawa kami kesini. Kami melawat kedai2x krafttangan, tiada yg menarik,
setelah penat berjalan saya balik ke bilik Hotel. Hotel seyman ini kira hotel
yang sederhana TK270/- = RM 15.90
semalam. Makanan pun agak murah dibandingkan Chittagong
. seperti biasa waktu makan memng teringat pesan doctor yg memberi suntikan
Imunisasi sewaktu Di KL..”jaga makanan, jgn makan di gerai2x” masih tergiang2x
di benak ini.. setelah makan saya terus
masuk kebilik untuk berehat.

Sebelum tidur teringat kembali
pemandangan yg di lalui semasa dalam perjalanan ke sini. Yang paling sukar saya
lupakan apabila terlihat org memecah
batu granit mengunakan kudrat empat kerat dgn tukul tanpa mesin. Pada mulanya sy tk sangka
bagitu apabila melihat sendiri baru saya faham disini kebanyakannya masih
menggunakan tenaga manusia. Sekali lg saya terfikir alangkan beruntungnya saya
lahir di Malaysia.
Menurut driver kami batu granit disini amat mahal dan sukar diperolehi. Mereka
yg berkerja memecah batu hingga menjadi saiz kecil yg akan digunakan untuk
komkrit dan juga untuk membina jalan. Seprti di merata2x tempat di Bangladesh
kebersihan memang menjadi masalah bagi kami. kebanyakan tempat kotor atau sgt
kotor tp bagi mereka itu biasa. Dalam perjalanan juga saya dapati banyak buah-buahan
dijual ditepi-tepi jalan seperti jambu, mangga dan tebu., mungkin musim buah
tersebut. Sebelum terlelap.. ingatan saya melayang ke Malaysia membandingan kehidupan disini dan di negaraku jauh sangat bezanya patut lah
Bangla sgt2x bermiant mai kenegara ku..…

Khamis 01hb 8.1996

bila tekejut dari tidur seawal jam 700 am waktu tempatan.. perghh
rupanya saya masih di Bangladesh.
Semalam tidur nyenyak mungkin keletihan di hentak2x kereta semasa perjalanan.
Keadaan jalan yg berlubang2x menyiksakan untuk sampai ke sini.. teringat
pesanan dari agent kami di chittangong, kami tidak dibenarkan membuat perjalan
waktu gelap, merbahaya banyak perompak dijalanan.. so seawal pagi lagik saya dah
bersiap untuk pulang ke Chitagong, Jam 900 am saya dan rakan2x bersarapan di
hotel. Setelah sarapan kami pun ’chow”. Dalam perjalanan balik kami singgah
disatu tempat bernama RAMMU atas permintaan Ronald untuk melihat satu Kuil
Budha lama ratusan tahun umurnya seperti dalam buku “traveling yg di pegang
Ron.’ Setelah melihat dalam 15 minit kami beredar dan dalam perjalanan pulang
byk kawasan rendah telah ditenggelami air, kemungkinan hujan lebat malam tadi,
membuatkan hati saya agak risau sekiranya kami terpaksa meredah banjir atau
terpaksa bermalam didalam Van. Yes!!!   nasib
kami agak baik cuma berjumpa limpahan air di jalanan sahaja sewaktu dalam perjalanan… kira2x jam 3;30 pm kami sampai semula ke Chittaggong. Sampai di Chittagong kami menerima arahan dari
Coodinator supaya berpindah Hotel yg agak murah memandangkan fund yg kami bawa
di KL telah hampir kehabisan. Sementara fund sampai kami terpaksa berjimat.
Kami berpindah keHotel Saint Martin yang berharga
USD50/- semalam berbanding Agrabad Hotel USD150/- semalam. Maklumat yg diterima kemungkinan kapal survey yg kami
tunggu akan sampai pada 4 Ogos nnt. Sekarang musim rebut kuat di Teluk Bangla. Nelayan-nelayan juga tidak
berani turun kelaut. Hari Khamis mereka di Bangla ½ day waktu bekerja, esuk
Jumaat hari cuti. Hampir semua kedai2x akan tutp pada hari Jumaat. Saya sempat
mengiriman/memberi poskad kepada agen dan TK50/- untuk setem pos. Harap sampai
poskad ke KL dalam hati saya berkata….. saya terus ke bilik dan berehat sambil
menonton TV.. tk sedar bila mataku lelap…

Posted January 19, 2011 by Keluarga82 in catatan perjalanan

HOT SPRING SUNGAI KLAH,SUNGKAI : SATU DESTINASI PERCUTIAN   13 comments

Assalamualaikumwarahmatullahuwabarakatuh…

Lama rasanya tak update blog nih..bnyk dah aktiviti berjalan sepanjang tahun 2010 tapi tak berkesempatan nak buat catatan perjalanan..Bagi menutup aktiviti 2010, sempena cuti sekolah, Hot Spring Sungai Klah, Sungkai, Perak menjadi destinasi percutian seterusnya..Kali ini, yang turut serta adalah seperti berikut :

1) Pak Uda Kamal

2) Mak Uda Zaidah

3) Wan Hamidah

4) Paklang

5) Maklang

6) Mak Andah

7) Cik Din

8)  Cik Umi

9) Pak Teh Azman

10)Mak Teh Zaidah

11)Am

12) Nasrul

13) Hadi

14) Marliss

15) Khalilah

16) Mastura

17) Safiah

* Paksu Ako (Special appearance..huhu)

Dari Labu, Am memandu NAV8282 ke Gombak seramai 5 orang termasuk Paklang,Maklang,Wan dan Mak Andah untuk menyertai kami,warga Gombak menaiki WKB6226 pada jam 10 lebih 29 Disember 2010.Perjalanan dimulakan jam 1130 pagi dan “break”sekejap kt hentian Tanjung Malim.Perjalanan cuma mengambil masa lebih kurang 2 jam ke exit Sungkai.Tidak sukar untuk mencari jalan ke Hot Spring ni sebab ade sign board..Dalam perjalanan ke Hot Spring, akan nampak pemandangan bukit bukau dan juga ladang kelapa sawit serta kawasan perumahan Felda..

Kami terlepas simpang ke Hot Spring pada mulanya dan masuk ke kawasan pendudukan orang asli..hehe..Pusing balik dan terus ke reception untuk ambil kunci villa.Kami menyewa villa 3 bilik..Dapat Villa no 18..Area ni memang mendamaikan..Suasana yang cukup relax untuk bersantai meninggalkan hiruk pikuk kota..dengan padang golf kecik depan rumah dan kolam ikan penambah seri, memang cukup menambat hati penyewa2 Hot Spring ni.Villa ni sememangnya nampak ekslusif baik dari luar mahupun dalam..Villa 3 bilik ini sebenarnya cukup luas untuk menampung beberapa keluarga dalam 1 masa.Private jacuzzi menambahkan lagi ekskusif pada villa ini.Tak hairanlah sewa harian villa ni mencecah RM seribu lebih..

Cik Din dan keluarga sampai ke villa dalam jam 3 lebih.Lepas makan, masing2 mula dgn aktiviti sndiri..Ade yang berjacuzzi, ade yang berjalan2 keliling Hot Spring.Saya,Am dan Hadi meninggalkan villa untuk memerhati keadaan sekeliling dan meninjau apa yang ada di sekitar kawasan ini.Kolam mandi public memang penuh dengan orang luar..Ada juga kolam air panas dan area merebus telor..Selain tu, ada juga padang futsal, kawasan aktiviti memanah dan juga trek ATV..Ada  juga keinginan untuk merasa ATV tapi macam ATV tak dalam keadaan yang baik.Lagipun, macam takde orang yang menjaga kawasan tersebut..Habis pusing2, balik ke villa..standby utk tgk bola Piala Suzuki…huh..berkobar2..

Jam 8 mlm, stadium villa 18 mula dipenuhi pasukan sorak penyokong Malaysia..Memang gamat la stadium ni, bile tengok bola ramai2 ni..seronok berkumpul tengok bola ramai2 tengok gelagat masing2…lebih2 lagi bila team malaysia skor ataupun bila team indon menyerang..Yelah..malam tu malaysia tak banyak menyerang awal2..asyik kene serang je..Mak Andah dah memang macam commentator kt depan tu.dari awal game sampai lah abis game,sebab tu die cop duduk depan..Sekali Wan lak yang curik perhatian bila Khairul Fahmi pegang bola.”Jahat dio ni” wan cakap..konfius masing2.”Dio pogang bola,yang lain sepak”..hahahhah…walaupun malaysia kalah malam tu tapi tetap berjaya dengan agregat 3-2.Harapan untuk melihat pemain Malaysia mendapat anugerah pemian terbaik tak jadi kenyataan.tapi takpe, malaysia dah main cukup baik ..

cukup2 la kisah bola…hehe..lepas game bola, sesi main game, sahibba, uno dan berborak2 sampai pagi..:)

esoknya 30 hb, ade yang breakfast kt rumah, ade yg breakfast kt cafe..kupon breakfast ade 6 je, jadi, 6 orang je yang boleh breakfast kt Cemara Cafe..Tapi yang pergi cuma Uda,Paklang, Am dan juga saya..Dah bayar sume, jadi kenalah pergi gak,kang membazir plak..Pilihan makanan kat situ , boleh lah..tak banyak sangat dan yang paling penting bolehlah masuk tekak ni.

Lepas breakfast, Am kena hantar Cik Din ke stesen keretapi Sungkai.Cik Din nk memancing di Langkawi dengan Paksu Ako..uish..makin semangat saya tengok Cik Din dgn aktiviti memancing  nih.bagusla…Saya dengan Hadi ikut je Am.Yang lain2 dengarnya nak g mandi public pool…Jalan punya jalan, tak sampai pon ke Stesen keretapi Sungkai..Lepas ke Pekan Bidor..ahaha..Dah terlepas dan tak nampak simpang ke Pekan Sungkai..Jadi, kami patah balik.Nasib baik jumpe gak akhirnya tapi stesen tutup plak.Kul 12-2 waktu rehat..huhu..terpaksa lah kami pusing pekan kecik Sungkai dan makan tengahari kat 1 warung kat situ..selesai makan, hantar cik din ke stesen dan kami bergerak pulang ke villa..lepas tu turn,kitorang bawak mak uda dgn cik umi plak ke pasar , nak beli barang2 untuk masak malam..PakTeh Azman dengan Makteh zaidah akan join petang nanti dari Penang..Kena masak lebih sket..

Jam 5 ptg, Pakteh dan Makteh sampai ke villa..Pak Uda, Mak Andah, Maklang dgn safiah berendam dalam jacuzzi…..Jam 6 petang, saya dan Am menurut jejak Mak Uda ke Family Spa.Pakteh, Makteh dengan Hadi dah ade kt situ.Kami berjacuzzi kt situ.Air kt situ memang lebih panas berbanding kt villa..Ada masalah sikit dalam pembahagian air panas kt villa..sebab tu air jacuzzi kt villa tak berapa panas..Yang lain pegi jalan2 sekitar Hot Spring..So, enjoylah tengok gambar2 kt bawah ni..gambar2 sekitar.A picture is worth a thousand words..bak kata omputeh..layanzzzzz….

Malam, macam biasa, relax kt ruang tamu lepas dinner..lebih kurang jam 1o malam, Cik Din dan Paksu Ako singgah ke villa.berhenti singgah jap dalam perjalanan ke langkawi tuh..dapat la menyantap dan berehat2 sekejap sebelum teruskan perjalanan ke Langkawi..

31 Disember, hari terakhir kami di Hot Spring..Pagi ni, giliran Mak Andah, Khalilah,Mastura dengan Marliss ditemani Pak Uda dan saya ke Cemara cafe untuk breakfast hari terakhir..Selesai breakfast, ade yang mengambil kesempatan terakhir berendam dalam private jacuzzi.Ade gak yang cari souvenir walaupun tak berapa nak ade kt area situ..hehe..Lepas tu semua berkemas untuk balik dalam jam 1130 pagi..

Pastinya semua berpuas hati dengan trip kali ini..Dalam perjalanan pulang ke rumah masing2, kami berhenti agak lama di Hentian Sungai Buloh untuk makan tengahari dan juga shopping kt Al-Ikhsan..hehe..tu yang buat lama sangkut…So,tu saje utk entry kali ni..Jumpa lagi utk entry seterusnya……Assalamualaikumwarahmatullahuwabarakatuh….

Catatan Langkawi : Langkawi Satu Destinasi Percutian   8 comments

Segala perancangan diatur dua bulan sebelum tarikh bertolak ke Langkawi  oleh Ahmad Nasrul yang bekerja keras untuk menjayakan percutian kali ini. Perancang idea asal dari Zaidah Hamid yang beriya-iya untuk ke sana. Saya hanya mengiyakan sahaja idea tersebut dan anak-anak juga teruja untuk melancong secara merhain ke Langkawi kali ini. Kali terakhir saya membawa anak-anak ke Langkawi semasa Marliss berumur 2 tahun, lebih 10 tahun dalam tahun 1999 dahulu. Pertama kalinya saya bawa anak2 menaiki kapal terbang  ke Langkawi bersama Bonda Hamidah dan Kekanda Rosiah turut serta. Dalam penerbangan tersebut saya ada bertanya kepada bonda adakah dia rasa takut2 semasa dalam penerbangan dan bonda menjawab dia OK dan rasa tak takut sedangkan kelihatan bonda memegang hand rest kerusi tersebut agak kuat. Kami menginap di Burau Bay Resort. Sempat juga pusing-pusing satu Langkawi menaiki Vitara yang kami sewa di sana. Penulis agak sukar untuk mengingat kembali semasa lawatan di sana yang lebih 10 tahun dulu. Cuma ingat peristiwa di mana Iqmarl yang berumur 4 tahun ketika tu meludah ke dalam perigi Mahsuri sedangkan ramai pelancong yang mengambil air untuk minum dan membasuh muka. Kononnya mengambil berkat mahsuri. Pelancong Thai agak ramai ketika berbuat demikian.

P6060001 P3160003

Seawal jam 600 am  06 Mei, 2009, kami bertolak dari Gombak ke KLIA dan menaiki Pesawat MAS jam 730 am kami telah daftar masuk pesawat. Jam 0800 am kami boarding dan bertolak jam 840 am dan touched down di Langkawi jam 920am, kami bertemu dgn Khalila dan Mastura di lapangan terbang Langkawi, mereka menaiki Pesawat Air Asia jam 0800 am. Sementara menunggu bagasi, kami berbual tentang program yang telah dirancang semasa di Langkawi.

Turut serta dalam percutian ini

  1. KM (penulis)
  2. Zaidah Hamid
  3. Iqmarl Hadi Kamal
  4. Marliss Kamal
  5. Khalila Din
  6. Mastura Din
  7. Ismail Abu Bakar
  8. Aliah Salleh
  9. Nasrul Ali (ketua delegasi)

P3160008P3160010

Jam 0940 bagasi telah di kumpul, Nasrul menghubungi agen di sana untuk mendapatkan sebuah van Fregio plate no KV 7077 yang agak besar berenjin diesel. Saya memandu Van tersebut agak kekok pada mulanya. Setelah beberapa minit baru diri dapat menyesuaikan dengan keadaan kenderaan tersebut.

P6060032

Kami terus ke makam Mahsuri memandangkan Check In motel jam 200 ptg. agak lambat lagi, kami sampai ke Makam Mahsuri dalam jam 10:30am. Untuk memasuki kompleks perlu membeli tiket RM5 seorang. Dalam Kompleks tersebut terdapat Makam Mahsuri, Perigi Mahsuri dan replika rumah Mahsuri juga terdapat beberapa Gerai makanan dan barangan cenderahati yang menjual barang2 untuk pelancong yang datang. Kompleks ini  ditakbir dengan baik kelihatan terjaga, pemandangan indah kelihatan sawah menghijau di belakang Kompleks tersebut.Sambil menunggu yang lain berjalan saya dan Ismail refresh air kelapa di sebuah warung minuman dalam kompleks tersebut. Turut serta selepas itu Nasrul dan Aliah.

P3160025 P6060027 P6060028

Kelihatan  Marliss, Mastura dan Khalila menaiki “rumah Mahshuri”. Mereka juga menjelajahi setiap ruang di kawasan kompleks dan kemungkinan mereka bergambar sakan di situ.

P6060018 P3160033 P1000692

Selepas selesai minum dan setelah kami berkumpul semula kami berjalan ke satu ruang berhadapan bangunan Geologi, sambil melihat seorang pelukis sedang menjalankan aktivitinya, melukis sepasang pelancong sambil Nasrul menyakat model gadis yang sedang dilukis oleh Haryanto. Jelingan sinis oleh pasangannya membuatkan Nasrul tersenyum sendirian. Zaidah membuat tawaran kepada sesiapa ingin gambarnya dilukis,  hanya Marliss yang menyahut seruan tersebut untuk duduk menjadi model. Lebih kurang  setengah jam menunggu pelukis menyiapkan kerja2 melukis gambar marliss, pelukis itu membelek2 lukisan yang dilukisnya setelah siap dan mencadangkan untuk membeli semula hasil lukisannya dengan harga RM100. Marliss tidak bersetuju untuk menjadi model kali ke-2 memandangkan dia dah beku selama 30 minit dan kami membayar dgn harga RM28 seperti yang dijanjikan. Agak menghairankan saya, pelukis tersebut ingin membeli semula hasil lukisannya, oleh kerana ramai yang tertanya2 Zaidah mengemukakan soalan dan terus dijawab oleh pelukis yang dia sendiri tertarik dengan lukisannya. Mungkin mood semasa melukis tersebut menjadi.

P3160046 P3160050

Jam menunjukan 1230 tghari kami berjalan keluar dari kompleks makan mahsuri menuju ke Van ada yang mengambil kesempatan untuk membeli cenderamata. Saya segera menghidupkan enjin dan memasang pendingin hawa sebelum yang lain menaiki van. Cuaca yang agak panas di sana, membuatkan rasa sedikit melekit dgn peluh dan tidak selesa. 12:45 tengahari kami singgah di warung Jati Aisyah makanan ala kampong dengan harga yang berpatutan. Lauk pauk dan gulai-gulai di sini memang banyak pilihan. Cadangan makan di warung ini dibuat Zaidah yang sebelum ini penah datang bersukan untuk badan berkanun dalam bulan Mei lepas.

1:30 petang selepas menikmati juadah makanan tengahari kami bertolak ke AMZAR Motel di Pantai Chenang dan check in Jam 2:00 ptg. Berehat sebentar dari keletihan berjalan2-jalan sempat penulis melelapkan mata. Jam lima petang kami ke Pekan Kuah kerana ada yang mahu bershopping, jam 6:30 kami makan roti canai dan ada yg oder roti tissu di Restoran Ali berhampiran kedai pancing yang sebelumnya kami lawati.

P6060043 P6060060 P6060063

Sebelah malam acara bershopping bersambung semula. Jam 0830pm kami bertolak ke sebuah resoran makanan laut menurut maklumat dari En Ali nama restoran tersebut adalah Bamboo Kuning. Nasrul ada bertanya tentang nama itu. Agak kehairanan bila nasrul menyebut nama Bamboo kuning, walau bagaimana pun mereka faham maksud nasrul dan menunjukan arah ke sana. Sampai di sana lebih kurang jam 9:00 mlm. Baru kami nampak tulisan nama restoran tersebut Restoran Bamboo Beach. Memang besar dan tersergam retoran tersebut, agak mewah memang menyelerakan dan makanan pun agak mahal memandangkan tempat yang eklusif.

P6060077 P6060112 P6060113

P1000729 P1000730

Zaidah dan Ismail memilih makanan laut seperti ikan dan udang untuk dimasak dan tidak ketinggalan juga tomyam yang agak pedas tetapi menyelerakan. Setelah makan malam kami bertolak balik ke motel untuk berehat. Kami sampai di motel dalam jam 1130 mlm. Penulis melelapkan mata sambil memikirkan aktiviti keesokan harinya sehingga tidak sedar bila mata terlena.

P6060087 P6060099 P6060101

Penulis bangun jam 630 am hari ini 7hb Mei, 2009,  kami bersarapan jam 0800pagi dan bersiap sedia untuk ke jeti Porto Malai untuk aktiviti ke Pulau Dayang Bunting.

Menurut Lagenda Langkawi ini terdapat pulau seperti perempuan mengandung sedang berbaring dari jauh kelihatan sebegitu dan di situ terletak tasik di antara bukit2 tesebut. Juga dikatakan sekiranya perempuan tidak dapat mengandung apabila mandi di situ boleh hamil mengikut lagendanya. Jam 0945 kami berlepas ke Tasik Dayang Bunting, Ismail cuba berborak dgn pemandu boat/sampan tetapi pemandu tersebut tidak mesra alam langsung membuatkan kami terasa panas hati dibuatnya, setelah 20 minit menaiki boat kami sampai ke jeti Pulau Dayang bunting.

P3170061 P3170075

Apabila sampai di kaki bukit kelihatan anak tangga yang tinggi pula untuk sampai ke tasiknya. Dengan langkah yang longlai penulis meneruskan perjalan mendaki bukit yang tinggi walaupun ada tangga disediakan di situ, Penulis mencunggap2 untuk sampai ke destinasi tasik tersebut. Aliah,Ismail dan Zaidah berjalan mendaki tangga perlahan2 penulis juga rasa tak larat untuk menaiki tangga semakin tinggi, Iqmarl, Marliss, Khalila, Mastura serta Nasrul laju menaiki tangga tersebut. Setelah sampai di tasik kelihatan pemandangan yang indah dengan air tasik kehijauan, terdapat boat kayuh kecil disediakan untuk pengunjung. Ramai org menjuntaikan kaki ke  dalam air sekonyong2 datang kumpulan ikan keli menggigit2 kaki pengunjung. Banyak ikan keli dibela di dalam tasik tersebut untuk tujuan massage kaki. Tiada bayaran dikenakan.

P3170086 P1000756 P1000762

Kami melihat pemandangan sekeliling apabila sampai di atas pelantar yang disediakan dan bercadang menaiki boat kayuh yang menggunakan kuasa solar kecuali Ismail dan Aliah. Kami menaiki boat berpasangan kecuali Nasrul keseorangan. Hampir ½ jam kami menjelajah tasik tersebut  kami pun kembali naik ke pelantar.

P1000761 P1000763 P1000765

P1000774 P1000772 P3170114

Penulis cuba mencari Ismail dan Aliah, memandangkan talian HP tiada, kami tercari2 di mana mereka berdua. Setelah melilau 10 minit kami beranggapan mereka telah mendahului kami untuk turun, penulis membuat keputusan untuk terus turun dari bukit tersebut melalui celah2 kayu dan batu yang terdapat di situ. Apabila sampai di kaki bukit kelihatan Ismail dan Aliah sedang duduk di wakaf menunggu kami. Setelah sampai kami berkesempatan bergambar di depan tanda nama Pulau tersebut. Setelah menunggu 10 minit boat yang membawa kami datang untuk menjemput kami ke destinasi yang lain pula.

P1000795 P3170122

Tepat Jam 11 pagi kami bertolak ke Pulau Singa untuk melihat habitat helang. Banyak boat-boat sedang berhenti sambil pelancong mengambil gambar2 helang yang menyambar makanan yang diberi oleh pemandu boat. Tidak ketinggalan khalila dan Nasrul mengambil gambar2 helang. Memang menarik sekali apabila melihatnya.

P3170131 P1000803

Destinasi seterusnya kami ke Pulau Beras Basah. Pulau ini adalah tempat berkelah dan mandi yang sungguh cantik. Perjalanan lebih kurang 10 minit dari Pulau Singa.. kami hanya berehat sahaja di Pulau itu sambil menikmati keindahan Alam sekitar. 1230 tghari kami bertolak ke jeti Porto Malai dan sampai dalam masa 15 minit.

P3170158 P3170159 P3170156

Kami menaiki Van dan terus ke tempat makan di Warung Jati Aisyah. Destinasi seterusnya ke Tanjung Rhu untuk melihat persekitaran Hutan Bakau. Kami sampai jam 0300 ptg ke Tanjung Rhu agak jauh dari Pantai Chenang perjalanan lebih kurang 45 minit. Pemandu boat kami kali ini Syamsul yang ramah. Kami dibawa melihat persekitaran bakau juga memberi makan Helang, di sini memang banyak helang merah yang dikatakan simbol Langkawi kami rasa berpuas hati melihat helang di sekitar kami berterbangan sambil menyambar makanan yang di selerakan di atas air. Pemandu boat menyediakan perut ayam untuk menarik minat helang2 tersebut untuk datang makan. Setelah selesai kami dibawa oleh Syamsul perlahan2 melalui paya bakau melalui anak sungai yang kecil sambil beliau bercerita bahawa anak bakau banyak ditanam oleh pelancong2 yang menaiki boat ke situ. Ismail meminta Syamsol berhenti untuk memungut anak2 benih bakau untuk ditanam. Sempat Ismail menanam beberapa anak benih bakau sebelum kami melalui Gua Buaya atau Hole in The Wall.

P1000812 P1000831 P1000852

P3170176 P1000916

Untuk sampai ke Gua Buaya tersebut kami melalui jalan air yang dahulunya adalah dinding batu yang dipecahkan oleh LADA unutk tembus ke jeti Sungai Kilim. Kami memasuki Gua Buaya perlahan2 sekadar muat sahaja boat yang kami naiki terpaksa membuat tri-point turn baru lepas ke seberang Sungai Kilim. Sempat juga Nasrul merakamkan gambar semasa dalam gua tersebut. Banyak kelawar yang tinggal di dalam gua, apabila flash menyala kelihatan kelawar berterbangan terperanjat menggangu tidur mereka.

P1000856 P1000865 P1000866

Destinasi seterusnya kami menuju ke Fish Farm n Restaurant yang didirikan di atas air senang kata Restoran terapung. Dalam perjalanan kami melihat banyak yacht yang berlabuh disitu, Syamsul menerangkan kebanyakannya adalah kepunyaan org luar negara yg parking disitu. Untuk parking di tempat2 lain agak mahal bayarannya. Ada yacht yang hendak dijual sekiranya mampu bole lah membelinya. Penulis hanya sekadar tersenyum apabila ditawarkan Syamsul.

P3170197 P1000874

Apabila sampai di restauran dan fish Farm kami membeli tiket untuk masuk ke Fish Farm bersebelahan restauran tersebut. Kami melihat beberapa Ikan seperti Kerapu kertang, GT, haruan tasik yang melebihi 20kg seekor ada yang menjangkau 40kg. Nasrul mengambil kesempatan memberi makan kpd ikan pari yang jinak sambil ditunjukan cara oleh Ami yang menerang dan menjadi juru tunjuk semasa di kolam tersebut. Menurut Ami beliau belajar di Kolej di KL dan tinggal di Wangsa Maju. Beliau masih belajar dan masa cuti beliau membantu perniagaan keluarga di Farm Fish n restaurant tersebut.

P1000885 P1000890 P1000904

Sebelum beredar kami membasahi tekak minum di restoran tersebut ala-ala Hotel. Memang agak mahal bayaran di situ. Destinasi seterusnya kami menuju ke Jeti Sg Kilim berhampiran dengam Galeri Perdana. Sambil bergerak pemandu boat menerangkan bagaimana Jeti tersebut dibina di kawasan itu. Pada peringkat awalnya Jeti hendak dibina di Tanjung Rhu, oleh kerana jeti Tanjung Rhu adalah tanah persendirian maka pihak LADA tidak bole berbuat apa-apa. Perjalanan balik kami keluar melalui Laut Lepas hingga ke sempadan Siam.Signal Hp juga telah bertukar kpd signal Thai cell phone menandakan telah hampir kpd sempadan Malaysia Thai. Kami melihat keindahan Pulau2 persekitaran memang menakjubkan sekali ada batu2 membentuk rupa manusia, Pulau membentuk Gajah dll lagi. Kami sampai ke Jeti Tanjung Rhu jam 4:45 petang.

P3170231 P3170230

P1000927 P1000922 P3170247

Kami sampai di motel dalam jam 545 petang. Penulis mandi dan berehat sambil melenakan mata yang badan terasa kepenatan dilambung ombak semasa menaiki boat di Tanjung Rhu. Jam 0900 mlm kami keluar makan di Pantai Chenang ke Restoran ALIA tidak jauh dari Amzar Motel. Jam sebelas Penulis balik ke motel terus melelapkan mata untuk aktiviti esok snorkeling di Pulau Payar.

Isnin 8hb Mei, 2009 program hari ini adalah ke Pulau Payar untuk snorkeling. Seawal jam 7:00 pagi penulis telah bangun walaupun kepenatan seharian semalam melawat pulau-pulau dan pokok2 bakau. Kami bersarapan di warung berhadapan motel Amzar. Makanan pilihan kami seperti biasa adalah Nasi Lemak dan Roti canai. Ismail dan Aliah tidak join untuk ke P Payar kerana keletihan. Walaupun Tiket telah dibuat bayaran. Terasa rugi kerana bayaran telah dibuat.

Jam 0900 kami sampai ke jeti Kuah, Nasrul cuba jual semula 2 tiket yang telah dibeli dari agen tetapi gagal sebab semua yg pergi tu mmg dah ada buat tempahan jarang sekali ada “walk in”. Dalam mencari penyelesaian saya ternampak seorang rakan lama semasa tahun 90an mcm kenal tk kenal lagi rupa nya. Setelah berbual baru saya cam sapa dia. Instructor saya semasa saya mengambil kursus menyelam di Kuala Lumpur. Andrew adalah salah seorang jurulatih saya dahulu, sekarang dia terlibat dalam pengurusan snorkeling dan diving di Pulau Payar. Mengimbau kisah semasa kursus “open water diver” PADI, mempunyai populasi yang tinggi dalam arena sport diving ini, agak lama saya tidak pergi diving. Memang pengalaman yang menyeronokkan  dapat melihat pemandangan yang tiada di darat. Batu-batu karang dan bermacam-macam ikan dan warna boleh dilihat.

Andrew mempelawa saya untuk join diving di pulau payar, saya menolak memandangkan saya tidak membuat persediaan diri yang cukup. Untuk diving kesihatan kena jaga terutama cukup tidur dan tidak penat. Keracunan Nitrogen akan mudah menyerang sekiranya kurang tidur atau badan tidak cergas, keracunan nitrogen membuatkan otak kita berilusi dan tindak balas yang lembab. Soalan2 yang senang seperti 2 tambah 1 agak sukar untuk dijawab itu salah satu tanda nitrogen telah berada di dalam darah kita.  Keduanya yang penting sebab saya akan menaiki k/terbang keesukan harinya. Adalah menajadi syarat utama selepas diving kita dilarang menaiki sebarang penerbangan selama sekurangnya 24 jam hingga 36 jam memandangkan altitude yang berbeza, tekanan juga berbeza menjadi rendah apabila berada di ketinggian, akan menyebabkan pendarahan pada rongga badan.

P3180018

Menaiki kapal yang mula bergerak jam 10:10 am bole memuatkan 150 orang yang bersaiz agak besar dan sampai ke destinasi ke pualu payar dalam masa 1 jam dari Jeti Kuah. Air yang jernih kebiruan kelihatan keaslian pemandangan membuatkan penulis terpegun melihat ke dalam air, dapat dilihat ikan2 berenang berhampiran bot kecil yang membawa kami dari kapal ke jeti pulau payar. Kapal besar tidak dibenarkan rapat ke jeti kerana boleh menggangu habitat yang ada di kawasan pulau, hanya bot-bot kecil sahaja dibenarkan merapat ke jeti.

P3180019P3180011 P3180020 P1000936

Sebelum kami dibenarkan mencecah air untuk snorkeling penerangan di berikan oleh agen yang membawa kami juga peralatan untuk snorkeling diberi kpd setiap orang. Penulis, Nasrul,  Hadi dan Marliss terus masuk ke dalam air berenang dan melihat pemandangan batu karang yg indah2 dan ikan yang bermain di persekitaran lokasi yang dibenarkan untuk snorkeling. Zaidah, Mastura dan khalila hanya berada di sekitaran kawasan cetek kerana belum ada pengalaman lagi berada di kawasan air dalam. Kedalaman air lokasi dalam lingkungan 20-30 kaki. Yang menjadi masalah kpd mereka apabila kaki tidak cecah ke dasar perasan cuak mula bermain di kepala membuatkan mereka ragu2 untuk meneruskan ke tempat yg lebih dalam.

P3180050 P3180052 P3180053

Saya berempat sempat sampai di boya penghujung lokasi dan menaiki plantar terapung tersebut. Semasa cuba memanjat boya tersebut kaki saya tergesel teritip membuatkan luka dan berdarah. Risau juga, takut2 jerung akan sampai apabila terbau darah. Setelah lama kami berpusing2 melihat keindahan alam tersebut tidak sedar jam menunjukan 1230 tghari. Ada tangan melambai-lambai dari jeti tanda waktu makan tghari telah sampai. Kami berempat terus menuju jeti dan mengambil makanan untuk menjamu selera.

P3180058 P3180043

Semasa waktu rehat tersebut krew-krew memanggil semua org untuk melihat acara memberi makan JERUNG, krew2 tersebut membalingkan sedikit serpihan ayam dan kelihatan beberapa ekor jerung sebesar budak darjah satu berpusing mengejar makanana yang diberikan. Kami terasa seronok melihat ikan2 tersebut mengejar makanan dalam masa yang sama zaidah ada membeli roti untuk makanan ikan2. memang seronok ikan2 yang berbagai kaler dan saiz yang jinak2 bole diberi makan di tapak tangan. Tetapi si jerung pula tiada yang berani mahu memberi makan sebegitu silap hari bulan dgn tangan2 sekali dimakan jerung.

P1000942 P3180035 P3180029

Setelah berehat dan menjamu selera kami bersedia untuk turun semula ke air. Mastura, khalila dan Zaidah ingin join sama. Memandangkan mereka bertiga baru kali pertama kali untuk snorkeling saya minta Nasrul, Marliss dan Hadi memantau pergerakan Mastura, Khalila dan Zaidah, atas dasar keberanian, mereka tidak kekok untuk bersama kami berenang hingga ke Boya di hujung lokasi snorkeling. Hanya pada mulanya sahaja bila kaki tidak mencecah sea-bed mereka agak tak keharuan pemikiran setelah penulis menenangkan, baru mereka rasa selesa dgn keadaan terapung.

Jam 14:30 penulis mengajak yang lain untuk naik ke jeti dalam perjalanan ke jeti penulis tidak sedar snokel yg dipakai penulis telah jatuh kedalam air, apabila penulis meletak di kepala, Iqmarl hadi dan marlis cuba, mencari dan kelihatan snokel tersebut di dasar laut. Nasib baik ada yang berani menyelam dan mengambil semula snorkel tersebut. Kehilangan barangan yg dipinjamkan perlu dibayar, teringat penulis semasa penerangan yg di berikan semasa berkumpul pagi tadi. Saya ada bertanyakan kpd khalila dan mastura, apa perasaaan apabila berada di atas air, dengan laju mereka menjawab “best” dalam fikiran saya memang mereka rasa seronok memandangkan dari riak wajah.

P1000961 P3180062 P3180071

Jam 3:50 petang kami bergerak dari pulau Payar ke jeti kuah dengan keseronokan dan keletihan setelah beberapa jam berada didalam air. Kebanyakan penumpang lena semasa pelayaran balik termasuk diri penulis. Jam 5:00 petang kami telah berada di jeti kuah sambil window shopping.

P3180064 P3180078 P3180077

Kami sampai di motel jam 6:30 petang dan bersiap2 pula untuk makan malam di restoran nelayan. Bertolak ke restoran nelayan selepas magrib kelihatan kedai makan sederhana mewah berbanding bamboo beach. Terus penulis ke belakang melihat seafood yang segar dari hasil tangkapan nelayan di situ, seperti biasa Ismail berborak dengan petugas2 restoran nelayan. Makanan enak dan menyelerakan dgn harga yang berpatutan. Rasa kepuasan makan disitu. Hampir separuh dari harga di bamboo beach. Selepas makan kami ke Kuah dan balik ke motel dengan keletihan jam 11:00 malam.

P6090078 P6090076

P1000972 P1000977 P1000978

Hari ini 9 May 2009, kami akan ke Gunung Machincang untuk menaiki cable car, Penulis memang tk penah naik lagi gunung ini,  bersarapan jam 0930 am hari ini dan Check out dari Amzar Motel kerana malam nnt kami akan pulang ke Kuala Lumpur. Masing-masing dah kepenatan, setelah beberapa hari penuh dengan aktiviti. Jam 1010 pagi kami telah sampai di Pekan Kuah aktiviti shopping di HJ Ismail Group. Saya lepak dalam Van sahaja sementara menunggu mereka bagi saya shopping adalah perkara yang membosankan dalam keadaan kegawatan sekarang ini. Ismail begitu berminat tentang pinggan mangkuk, sehinggakan dia mengajak saya untuk ke Langkawi sekali lagi dgn menaiki kereta supaya senang untuk membawa pulang barangan yang dibeli nanti Setelah selesai di Hj Ismail group kami bergerak pula ke Jeti Kuah Free duty shop. Saya juga menunggu sahaja di dalam Van. 1250 tengahari kami makan  berhampiran sebuah kompleks jual pinggan mangkuk IDAMAN SURI.

P6060075 P6060076

Jam menunjukkan 230 petang kami terus bergerak ke Machincang untuk menaiki Cable Car. Agak ramai juga pengunjung yang datang kami berbaris panjang, tidak kurang dari 60 ke 70 orang di hadapan kami. Oleh kerana Gondola yang banyak,masa menunggu tidak lah lama lebih kurang 15 minit dari kami beratur tadi. Masa berada di dalam gondola agak sayup2 kelihatan Pantai dan juga kapal layar yang berlabuh, pada satu ketika kecuraman sehingga 60 darjah memang agak gerun melihat ke bawah.

P6090006 P6090010 P1010059

Saya bersama Iqmarl, Zaidah, Aliah dan Ismail menaiki gondola yang sama. Yang lain marliss, khalila. Mastura dan Nasrul di gondola yang lain. Pengalaman yang sungguh seronok apabila berada di ketinggian 710m dari paras laut, terasa gayat juga seram pun ada. Udara yang sejuk dan nyaman menghilangkan rasa gundah sementara waktu. Sampai di puncak Ismail dan Aliah berehat sementara penulis dan yang lain bergerak menaiki tangga ke puncak di tempat rehat yang disediakan.

P1010044 P1010049 P1010056

P6090039 P6090048

Dalam ½ jam penulis teringin untuk menaiki Jambatan gantung yang dibuat antara puncak gunung, sayup sungguh melihat ke bawah, penulis terasa berat kaki untuk meneruskan ke penghujung Jambatan, terasa jambatan bergoyang2 apabila di tiup angin. Nasrul,Marliss Khalila dan Mastura berjalan sehingga penghujung Jambatan.

P1010069 P6090051 P6090055

Jam 300 pm kami tercari-cari Ismail dan Aliah, mereka tiada di tempat rehat seperti biasa sangkaan kami mengatakan mereka pasti sudah turun, kami menaiki gondola untuk turun ke kaki gunung apabila sampai di luar kompleks kelihatan Ismail dan Aliah sedang menunggu kami sambil tersenyum menandakan keseronokan menaiki cable Car. Kami menuju ke Telaga tujuh dalam jam 0445pm Perjalanan dalam masa 30 minit mendaki bukit untuk sampai ke tempat mandi. Air yang sejuk dan nyaman memang seronok untuk mandi manda di situ, dikatakan Telaga Tujuh kerana ada 7 kolam air terjun di situ. Seoalah-olah ada 7 telaga, untuk kita mandi manda. Masih ada pelancong yang mandi dan kami segera menukar pakaian untuk join sama. Penulis mula2 mencelupkan kaki ke dalam air terus terasa kesejukan air terjun tersebut. Iqmarl,Marliss dan Nasrul telah berendam, di telaga yang paling bawah. Jam 530 Penulis dan yang lain2 siap mandi

P1010079 P6090080 P6100108

Setelah berkumpul dan masing menukar pakaian kami bergerak pula ke Restoran Nelayan untuk makan malam seperti biasa menu Sea food menjadi pilihan. Flight Air Asia yang bakal kami naiki adalah jam 1040mlm. Semasa makan malam kami berbual2 tentang pengalaman dan perasaan masing2, rata2 kami rasa mmg satu percutian yang seronok.  Di Lapangan terbang seperti biasa delay flight air asia memang dijangkakan, Flight jam 1040 lambat satu jam kami hanya dapat menaiki Flight jam 1140 mlm dan touchdown di KLIA jam 1220 10hb May, 2009.

P1010082P6090075

Posted August 18, 2009 by Keluarga82 in catatan perjalanan, Cuti-cuti

%d bloggers like this: