Archive for the ‘Memancing’ Category

Udang Galah Pengkalan Kempas.   1 comment

Sejak kebelakangan ini pengkalan kempas sudah mulai di kenali ramai kerana “Jenggo”nya. Jeti Pengkalan Kempas menjadi lokasi untuk turun memancing. Seawal pagi gerai berhampiran jeti telah dibuka yang menyediakan sarapan dan bekalan untuk pemancing.

Hujung minggu atau cuti umum jeti Pengkalan Kempas dipenuhi oleh pemancing tegar untuk ke lubuk-lubuk jenggo. Tekong-tekong bersedia untuk menghantar pemancing ke lubuk-lubuk yang di percayai tedapat jenggo yang bersaiz mega. Kalau pemancing yang kurang biasa dgn lokasi dinasihatkan untuk kesana bersama tekong yang biasa dengan lokasi.

Penulis bersama group Keluarga 82 Anglers telah berkesempatan untuk join sama dalam XPDC kali ini. Khidmat tekong En Zul dan En Ijan  yang pakar lokasi  lubuk jenggo digunakan sepenuhnya oleh Anglers. “Hanya tekong-tekong yang mahir sahaja yang tahu kedudukan jenggo” kata Ijan.

Cara memancing udang ada sedikit berbeza dgm memancing ikan. Raden Roshidi dari Puhong Selangor, yang selalu ke Pulau ketam kali ini dapat bersama penulis. Raden Roshidi tiada pengalaman memancing udang galah beliau  pakar dalam memancing Ikan laut dalam dan pesisir pantai. “Kekadang adakalanya kumpau juga “ katanya lagi sambil senyum “ paling senang beli aje ikan, merah, kerapu dll dari sangkar2 ikan di pulau ketam”. Ngelat juga Raden ni. Patutlah selalu banyak jer ikan yang di bawa balik kalau ke peraiaran Pulau Ketam. Nampaknya Raden Roshidi akan kembali semula ke Pengkalan Kempas beliau dah kena KAREN Jenggo. Ada bisik-bisik kedengaran beliau telah ambil no hp Tekong Zul untuk berurusan dimasa hadapan.

Berbalik kepada cerita Udang Galah pengkalan Kempas ini, Udang2 disini tiada bermusim sentaiasa ada sepanjang tahun dengan banyak tetapi yang menentukannya adalah keadaan air. Sekiranya air keruh disebabkan hujan lebat, memang sukar sekali untuk mendapatkan walau seekor. Waktu yang paling baik adalah  musim tiada hujan dan air “kecil”. Menurut kata Tekong Zul dan Ijan,  Seolah2 begitu mudah untuk mendapatkan 2-3 kilo jenggo. “saya kalau nk udang galah ni poi ambik yo, 2-3 jam dah ada 3 kilo” kata Ijan dgn konfiden.  Harga Udang galah Pengkalan kempas kini mencecah dalam RM45-50 per/kilo. Ada juga pemancing oder jenggo dgn tekong supaya balik nanti ada buah tangan yang di bawa balik. Dengan kata lain“Sonang nk jawab dgn org rumah nnt lain kali tak byk soal bila nk memancing”.

Rata-rata saiz udang yang kami dapat agak besar lihat sahaja gambar dibawah perbandingan dgn pembaris ½ kaki. Penulis rasa puas hati memancing jenggo di sini. Ada cadangan dari 82 Anglers untuk jadikan aktiviti bulanan memancing jenggo Pengkalan Kempas.

Posted February 13, 2012 by marlmansoor in Memancing

Tagged with , ,

MEMANCING DI PULAU AUR 1-4 April 2011   3 comments

This slideshow requires JavaScript.

Kali ini acara memancing diatur oleh Ako (Chiko) yg mencadangkan lokasi Pulau Aur untuk aktiviti kali ini.

Tekong Pak abu dari Mersing dan Bidin akan mengendalikan bot manakala pemancing yg join kali ini

1.       Chiko – CDM

2.       Razali

3.       Hanafiah

4.       Jaha

5.       M. Noor

6.       Mizal

7.       Che Din

8.       Muaz @Muis (nama bila naik bot)

9.       KM – penulis

Kami berkumpul di Gerai makan Serting jam 12:30 sedikit lambat kerana masalah beteri kereta Muaz semasa mengisi minyak di Petronas Jalan Seremba – Kuala Pilah berhampiran bukit Putus.

Selesai mengisi perut kami meneruskan Perjalanan ke Mersing ETA Mersing 0430 am.  0645 am kami bertolak dgn bot Pak Abu nn -anak Kucing saya- kami sampai Ke Peraiaran Pulau Aur setelah berlepas 5 jam.  Kami ke kawasan unjam untuk mencari ikan-ikan unjam,  memandangkan arus dibawah dasar permukaan laut agak deras kami kami gagal untuk mendapatkan byk ikan2 unjam. Kelihatan ikan tongkol bermain2 di kawasan tersebut tetapi gagal dinaikan. Batu ladung yang digunakan saiz 30 agak sukar untuk karau pancing. Anglers mencadangkan agar memancing di kawasan berdekatan Pulau Aur.

Jam 1800 kami ke Pulau Dayang berhadapan Pulau Aur untuk Mandi dan menyegarkan Badan. Anglers mengambil kesempatan melihat kawasan memerhatikan pengunjung2 lain yg kebanyakannya dari luar Negara datang untuk menyelam di kawasan tersebut. Kelihatan air yg jernih sehingga 30 kaki dasar boleh kelihatan dari atas Jeti. Permandangan yg sungguh cantik. Penulis seperti nk terjun untuk snorkling, memandangkan peralatan tiada penulis mendiamkan diri sekadar site seeing sahaja.

Selesai mandi kami menaiki bot Ke Pulau Aur untuk refresh makan dan minum.  Di Pulau Dayang memang ada makanan tetapi harganya agak mahal berbanding di Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur. Selepas Magrib kami menaiki bot semula dan keluar memancing di persekitaran Pulau Aur. Malam tersebut angin agak kuat. Hingga kedengaran bunyi bersiul bila angin membadai bot dan peralatan pancing. Bintang di langit kelihatan sungguh cantik menandakan tiada hujan. Hanya kelihatan cahaya kilat agak jauh dari kami.  Malam tersebut Mizal Menaikan ikan kacang (baraccuda) seberat 6 kg, Penulis gagal menaikan ikan besar hanya sekadar ikan sedang-sedang seperti Kerisi, lolong, kerapau dan nofin (without) anggaran berat 200g-500g seekor, begitu juga dgn pemancing2 yang lain. Malam tersebut Umpan Penulis “anak baraccuda”  seberat 200g putus di sambar ikan tetapi tidak mengena.  Kali kedua umpan lolong seberat 150g juga putus dua tetapi iakan yg membaham tidak lekat ke mata kail. Kalau Penulis dapat naikan ikan pd malam tersebut belum tentu mizal menjuarai trip kali ini.

Trip Kali ini selama 3 hari 2 malam, tidak seperti biasa hanaya 2 hari semalam sahaja. Kesesukan harinya kami cuba lagi untuk ke unjam tetapi arus seperti semalam masaih deras dan kami memutuskan untuk memancing di persekitaran Pulau Aur sahaja. Seperti biasa ikan2 sedang2 sahaja yg dapat dinaikan. Pemancing2 sudah mula rasa  kepenatan  bilamana tiada ikan besar dapat dinaikan semangat mulai  luntur sehingga waktu perjalanan  balik kedarat. Dalam perjalanan balik 3 pancing di letakan untuk menunda gewang. Gewang Ako mendatangkan hasil bila dapat menaikan 4kg Tenggiri. Gewang Muaz putus di belasah tenggiri begitu juga gewang Jaha. Kami dapat rasakan Gewang Jaha dibelasah tenggiri yg agak besar mungkin lebih 10kg kerana sekali rentap sahaja tali utama kail Jaha putus. Kali ini tangkapan agak kurang dalam aggaran 90 kg – 100 kg sahaja

Kami sampai Jeti Mersing jam 800 mlm dgn hujan yg lebat semasa menaikan barang ke kereta. Basah kuyup dibuatnya. Kereta muaz pula gagal dihidupkan dan perlukan JUMPER. Kami melakukan dalam hujan lebat. Akhirnya kereta muaz dapat di hidupkan. Ako pula berusaha mencari penjaga Tanda/bilik air kerana jam lapan  tandas/bilik air telah di tutup. Setelah di buka kami berpusu2 mandi, penjaga bilik air membenarkan kami menggunakan bilik air wanita. Lega bila dah dapat fresh water untuk mandi. Selepas mandi kami makan di gerai tepi sungai tersebut, lebih kurang jam 2030 kami bertolak untuk pulang.

TQ

KM

Posted April 7, 2011 by marlmansoor in Memancing

Memancing di Kg Delek,Klang   3 comments

Assalamualaikumwarahmatullahuwabarakatuh….dah lama gak blog keluarga 82 nih senyap.bukan sebab takde aktiviti tapi takde yang buat catatan kot.untuk entry kali ni,masih lagi pada aktiviti yang seringkali mendapat perhatian..tak lain tak bukan aktiviti memancing.

Kali ni, aktiviti memancing beramai-ramai dikelolakan oleh Pak Uda dan Paklong Mail, bertempat di sebuah kolam ikan air masin di Klang iaitu Kampung Delek pada 3 Julai 2010.Sehari sebelum tu, saya belum pun pasti akan bersama dalam aktiviti ni dan terus “calling-calling” semua yang berkemungkinan pergi..Ramai yang memberikan respon positif dan ini mendorong saya untuk bersama-sama dalam aktiviti memancing yang saya sendiri dah kurang aktif.  Musim World Cup ni malam tu Uruguay lawan Ghana,tapi dek sebab belum buat apa2 persediaan memancing di Delek, kenalah buat apa yang patut..Tali joran pun pasang baru beb..alang-alang tukar tali sebab  “last time” pakai joran tu ikan dah ngap tapi tali lak putus angkara ikan kt Delek gak la ni.Lama dah ni…Start je game Uruguay tu, awak pon tido…tak larat plak sbb baru siap ready perambut and all kol 2 lebey tu..

Pagi kol 5:45 , Paklong Mail dgn Uda dah siap kt depan rumah.Kitorang bertolak dari Gombak satu kereta..naik kereta Paklong Mail sekali dgn ayah saya Cik Ali dgn Mak Uda.Kami berlima sampai Delek dalam jam 650 pg.Sampai je sana, kami melantak dulu nasi dagang kt gerai tepi kolam tu.Perut kena isi dulu sebelum bertarung..ahaha..

Sedang kami menikmati breakfast ..sampailah geng-geng lain..Ada geng dari Kajang,Puchong dan juga Labu.Tak ketinggalan Cik Din solo ranger dari Seri Kembangan..So semua ahli keluarga yang terlibat adalah :

1)      Pak Uda

2)      Paklong Mail

3)      Mak Uda

4)      Cik Ali

5)      Nasrul

6)      Paklang Atan

7)      Bob

8)      Bang Hud

9)      Zaini

10)   Muaz

11)   Paksu Azhar

12)   Am

13)   Dino

14)   Waina

15)   Cik Din

Semua dah selesai breakfast kemudian, semua berkumpul kat kawasan depan kolam..ada yang baru nk tanya camane perambut sebab belum pernah mancing kolam ikan air masin..kesian le kan,nak join tapi preparation tak lengkap.tapi salute la sebab bagi kerjasama memeriahkan lagi aktiviti memancing ni.biasalah tu.. yuran yang dikenakan adalah RM15/jam, minimum 3 jam .Untuk aktiviti kali ini, kami akan memancing selama 4 jam..Jadi, saya jadi ah long kutip duit pagi tu RM60 seorang.

Masuk je kolam, Pak Uda dan Bang Hud laju meluru “port-port” baek diorang.Bagi pengunjung2 tetap tu,memang dah tau dah hala tuju masing2..yang lain ada yang join area tu , sebahagian lagi ke port Cik Ali dgn Paklong Mail.Hujan rintik2 dah mula turun, tu yang duduk dgn kat area ayah (Cik Ali) sbb ade atap.Takde bawak baju ujan bagai.Mane la nak cekau tetibe malam tadi,tak ingat pon.Jadi, nampak macam bahagi 2 kumpulan.Tapi ujan tu tak lama dan tak lebat pon.sekejap je rupenye.tapi dah letak joran,malas nak pindah2 lagi.

Tak sampai 5 minit, belum sempat pon saya dengan Muaz nak pasang perambut kat joran, bang Hud dah berjaya naikkan ikan bawal.ahaha…cepat betul…

“seekor je tu……..”…uda dah mulakan sesi memanaskan telinga..

Selang beberapa minit lepas tu, giliran Uda plak naikkan bawal..ini tak boleh jadi, memang btol port ikan kt tempat Uda dgn Bang Hud.Uda dah boleh senyum…lesen dah ada…

Acu dengan baju merahnya datang sebelah bagitau, “takyah tukar port,kat sini port jenahak, jangan lari”.kitorang gelak je..

Seterusnya, giliran orang yang memang selalunya sangat beruntung dalam aktiviti memancing nih.ade je ikan yang melekat.Orangnya tak lain tak bukan Paklong Mail.Kali ni, Paklong naikkan ikan kaci.

Nampaknya, pengunjung biasa  kolam Delek ni semuanya dah dapat lesen.

Dari jauh kelihatan ade sorang brader berjaya naikkan jenahak.brader nih main casting.Dah berjaya naikkan ikan kat situ, die tukar port terus.dah berapa kali tukar port ,sampailah ke sebelah saya.yang tak tahannya, dengan selamba die naikkan jenahak gak.memang betul kata acu tadi…tapi acu plak dah pindah kt port hujung sebelum brader tu datang.

Biasanya nasib saya nih memang kurang dalam arena memancing nih..boleh kira berapa ekor je ikan saya dapat selama memancing nih…ahaha…jadi, memang saya tak harap pon dapat ikan.bangau memang dah sebati…brader sebelah tadi bagi tip suruh panjangkan lagi perambut.follow je lah tip die, walaupun saya tau ikut camane pun memang susah ikan nk lekat kt joran saya..ahahaha

Cam biasa, brader tu bila dah naikkan jenahak tu ,die try lagi sekali dua pastu tukar port.Lepas tu, jenahak lagi dinaikkan kat port saya tu.kali ni giliran Cik Ali yang naikkan..ayah dapat, anak tak dapat..takpelah..(alas an…ahaha)..Lesen besar dapat..hehe..katanya lesen 1 jenahak sama dengan 6 bawal..

Am kali ni memang menjadi sungguh..kat mana port die singgah, ade habuan datang..Jealous je tengok..eheh…partner bowlingnye, Bob panas je…tukar-tukar port dekat dengan partner tapi tetap belum ade hasil.kitorang pakat gelak je…Am bertukar-tukar port tapi setiap port ade hasil..huhu

Cik Din yang kali pertama join aktiviti memancing di kolam, bawak sekali resipi internetnye..umpan sotong dengan resipi rahsianya..hehe..kite tengok nasib cik din camne nanti.

Zaini plak berkongsi joran dengan Din..Din dengan kolam ni memang geng.Bab pancing ikan serah kat Din.Dapat je ikan cangkuk kat mata kail, masa tulah die pas joran kat orang lain.Tolong naikkan…sempat lah 2 jenahak singgah kt joran zaini..haha…

Saya plak main float…ikan tak suka gamaknya joran saya ni..ahaha..masa saya tinggalkan joran, nak beli umpan udang hidup, masa tu lah joran tu sangkut dek ikan tapi macam biasalah…tak lekat..(kan dah cakap…dah la susah nk lekat, masa saya hilang, masa tu la die nak makan…adeh..)

Cik Ako ada gak datang..tapi tak bawak pancing.datang melawat je..okey la tu,saje je memeriahkan aktiviti sebab esoknya tu die nak ke laut plak .

Akhirnya, Bob yang dah dalam list bangau berjaya gak naikkan kaci….karachi oh  Karachi..ko dah kurangkan sorang dalam list bangau..hehe..jadi, di akhir  sesi, yang membangau cuma saya,acu,muaz,paklang atan dan cik din …(dah agak dah, saya konfem dalam list..macam dah jadi ahli tetap je..ahahaha..)

Ni yang berjaya naikkan ikan ..

1)      Uda – 3 bawal

2)      Paklong Mail – 2 kaci 1 bawal

3)      Am – 2 bawal 1 jenahak

4)      Din – 2 jenahak 1 kaci

5)      Cik Ali – 1 jenahak

6)      Bang hud – 1 bawal

7)      Bob – 1 kaci

Jadi, memang betul uda cakap seekor je kat bang hud…sampai sudah tu la die..haha…tapi adat la memancing ni..kne banyak bersabar..saya ni macam tak cukup sabar je..huhu..kesimpulannya,bes gak mancing ramai-ramai ni,leh gelak2 ramai..saya enjoy  dengan outing kali ni walaupun tak dapat ikan..lagi bes la kalo dapat bawak balik…tapi sume wakil2 yang bangau  diagih2-agihkan gak ikan..kongsi lah sama2 kan?

overall memang puas hati dapat bersama-sama menjayakan aktiviti ni..okey.gamba nih je yg dapat diselamatkan.yang lain kat handphone dino, dengarnya tak dapat nak retrieve.takdela gamba ramai2 depan kolam tu..huh…

So,sekian entry kali ni..jumpa lagi..adios..assalamualaikum…

-angah@nasrul-

Posted July 14, 2010 by Keluarga82 in Memancing

Memancing : Trip Memancing Sedili – Cerita bot 1…..   26 comments

Trip memancing di Sedili, Johor Tarikh : 19 – 21 June 09

DSC00952

Tanggal 19 Jun 09 adalah merupakan hari yang amat di tunggu – tunggu oleh 13 orang pemancing tegar yang menggelarkan  diri mereka ’82 Anglers Team’.Tarikh ini merupakan sejarah baru untuk kami menyertai satu trip memancing di laut dalam  selama 2 hari 1 malam di lokasi yang menjadi pilihan iaitu di Sedili Johor. Sebulan sebelum tarikh keramat ini pelbagai persediaan dari segi mental, fizikal malah kelengkapan memancing serta ilmu untuk memancing telah di ‘semat’ pada diri masing-masing sebagai senjata ampuh untuk menguji perairan Sedili nanti.

Untuk tujuan ini ,2 buah bot telah ditempah .Ahli-ahli bot 1 terdiri daripada Hud yang bertindak sebagai CDM trip,Azhar yang bertindak sebagai CDM bot1 ( penulis ),Muaz,Dino,Piyan dan peserta termuda iaitu Khalid.( 6 org muatan ).Sementara itu bot2 di isi oleh Nasrul yang bertindak sebagai CDM bot 2,saudara Kamal ( Uda ),Cik Akob,Abg Mail,Fendi the reds,Zaini dan Amir ( 7 org muatan )

9 pm,19 Jun –  Penulis berlepas berseorangan memandu dari Kota Seriemas Nilai.Perjanjian telah di buat untuk berjumpa di R&R Air Keroh, Melaka pada 11pm.Saya telah sampai awal diikuti oleh group dari Gombak,Bangi serta Kajang.Kemudian kami berjumpa pula dengan group ‘tuan rumah’ iaitu group Cik Akob dan Fendi the reds.Fendi yang amat berpengalaman dan mahir di sekitar  Johor telah memilih laluan di Tol Kulai sebagai jalan pintas untuk ke Sedili.

P6190002P6190004

Lebih kurang pukul 1.40 pagi kami sampai di Pasar Borong Kota Tinggi untuk membeli sotong sebagai umpan,tapi kedatangan kami di sambut oleh pasar yang agak lengang dan sunyi kerana kami diberitahu pasar ini hanya akan beroperasi pada pukul 3 pagi Justeru itu kami mengambil keputusan untuk mencari kedai makan di sekitar Kota Tinggi.Sekali lagi khidmat Fendi the reds di tagih. Mengisi perut sebelum berangkat menaiki bot adalah satu keperluan yang amat mustahak untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti pening kepala yang boleh membawa kepada masalah mabuk laut

P6200008 P6200007

Semasa berada di meja makan keadaan sungguh meriah diselang seli dengan gelak ketawa.Terpancar perasaan gembira bercampur debaran di raut wajah masing-masing.Mungkin terdetik di benak masing-masing inilah masa yang di tunggu-tunggu untuk bertarung dengan ikan -ikan berskala besar yang menghuni perairan Sedili,apatah lagi sebelum berlepas kesini kami telah dijanjikan dengan habuan agak lumayan sebanyak RM 100 oleh Pak Long Sham kepada sesiapa yang berjaya mendaratkan ikan terbesar pada trip kali ini.Bagi peserta yang pertama kali menaiki bot pasti berdebar dan teruja untuk menunggu saat-saat berada diatas bot disamping beroleh pengalaman berharga ketika menongkah arus di Sedili nanti. 03:00 am kami kembali semula ke Pasar Borong untuk mendapat sotong sebagai umpan tambahan.

P6200011 P6200010 P6200012

P6200015 P6200014

05:00 am kami sampai di Jeti Sedili Besar dan di sambut oleh Cikgu Halim yang akan bertindak sebagai awak-awak merangkap tukang masak di bot 1 nanti.Setelah segala peralatan di punggah kedalam bot,kedua-dua bot bergerak menuju ke destinasi pertama iaitu Pulau Tinggi

P6200016

Selepas 1/2 jam perjalanan penulis dan saudara Hud telah melabuhkan joran dengan menggunakan kaedah trolling atau tundaan dengan harapan untuk menjerat Tenggiri atau Tenok ( Alu-alu bersaiz besar )yang berkeliaran di perairan Sedili ini.Pengalaman Cikgu Halim menaikkan tenok seberat 26 kilo dan berbelas Tenggiri dengan skala mega dengan menggunakan kaedah ini telah membakar semangat  kami untuk mencubanya

DSC00958

Untuk kaedah ini penulis menggunakan kekili menegak dari jenis Penn 330 GT yang gelendungnya diisi dengan tali benang berkekuatan  60 lbs dari jenama Power Pro.Rapala Magnum CD 18 bewarna merah putih atau panggilan biasa sebagai ‘Ultraman’ yang begitu sinonim dengan kaki-kaki pancing di Sedili yang kerap menggunakannya untuk memerangkap Si Predator merujuk kepada istilah yang sering digunakan untuk Tenggiri yang begitu rakus membaham Rapala ini. Saudara Hud juga mempraktikkan kaedah yang sama namun beliau menggunakan kekili mendatar dan Rapala ‘Ultraman’ yang baru dibuka dari kotak. Muaz merupakan orang ketiga yang mengirigi penulis dan Hud menggunakan kaedah trolling.

Ketika bot berhampiran Pulau Tinggi,suasana hening di bot 1 telah bertukar menjadi riuh rendah apabila joran penulis telah di sentap dengan  begitu rakus sekali oleh pemangsa yang cuba melarikan diri apabila terkena mata kail.Kekili Penn 330 GT menjerit berterusan sambil tali benang  memancut keluar dari gelendung .Cikgu Halim yang amat arif dengan gelagat pemangsa,mengatakan tarikan sebegitu rakus datangnya dari Predator yang tidak asing lagi di Sedili iaitu Tenggiri. Acara tarik menarik dengan mangsa berlangsung beberapa minit sebelum Predator yang begitu licik ini berjaya meloloskan diri dengan membawa sekali Rapala Ultraman kesayangan penulis walaupun penulis telah menyambungnya dengan Leader Wire berkekuatan 80 lbs

8am – kami sampai di Pulau Tinggi dan mengikut Cikgu Halim acara utama di sini ialah memancing ikan Ebek dengan menggunakan kaedah bottom  fishing. Tali Perambut yang diperlukan ialah 1.5 ke 2 depa panjang dengan menggunakan satu mata kail yang dicangkuk Udang hidup.Lokasi kami memancing tidak jauh dari bot 2 dan kami sering berinteraksi menggunakan ‘Walkie Talkie’ untuk mengetahui keadaan semasa.Disini kami berjaya menaikkan 2 ekor Ebek berskala 2 kg dan 4 kg manakala bot 2 berjaya mendaratkan seekor Ebek berskala 2 kg.Kedengaran dari perbualan melalui Walkie Talkie pemancing-pemancing dari bot 2 telah ramai yang ‘rebah’ dan tidak mampu untuk meneruskan acara pancingan di Pulau Tinggi ini kerana ada yang telah mabuk laut.Tidak dinafikan arus agak kuat dan beralun dan ini tentulah menyukarkan terutama bagi pemancing-pemancing yang baru menjinakkan diri dalam arena laut dalam.Dalam pada itu bot 2 telah memutuskan untuk beralih haluan ke kawasan yang berarus perlahan lantaran dari suasana bot 2 yang sudah ramai ahli-ahlinya mabuk laut.

P6200020 P6200021 DSC03247

Sementara itu penulis dan ahli-ahli bot 1 telah memilih haluan untuk ke Karang Ngah setelah umpan udang hidup yang kami hulurkan tidak bersambut lagi di Pulau Tinggi.Destinasi ke dua iaitu di Karang Ngah mengambil masa 2 jam dari Pulau Tinggi dan destinasi ini adalah ‘spot’ wajib dan tersohor sekali  di perairan Sedili ini.Acara utama di sini ialah ‘Drifting’ atau menghanyut umpan hidup yang terdiri daripada Kembung dan Selar.Ikan yang menggunakan diet ini ialah ikan pelagik yang tidak asing lagi iaitu Tenggiri.Namun kehadiran kami disambut dengan suasana yang kurang sesuai untuk pancingan Tenggiri. Fenomena angin Tenggara yang telah mula memasuki fasa pertama di perairan ini telah membantutkan hasrat kami untuk menduga kehebatan Si Predator yang menjadikan lokasi ini sebagai tempat permainan mereka.Arus bergerak begitu laju, alunan ombak juga agak berisiko jika berada di birai bot menyebabkan suasana untuk memancing agak kurang selesa.

DSC03241

2 orang ahli bot kami iaitu Khalid dan Muaz yang pertama kali menjejakkan kaki ke perairan Sedili ini telah lama ‘beradu’ di dalam kabin bot kerana berperang dengan keinginan untuk memancing dan kekangan keupayaan menahan diri dari mabuk laut.Keadaan ini mencetuskan rasa gusar penulis kerana sebagai CDM bot 1 penulis mempunyai sasaran atau KPI yang perlu dilunaskan di sini.Penulis juga menganggap diri penulis masih ‘hijau’ dalam arena laut dalam ini. Jesteru penulis  telah membulatkan tekad untuk bertahan dan meneruskan acara pemancingan sambil memberi semangat kepada ahli-ahli yang lain.

DSC00954

12.00 – 04.00 pm – Muaz telah terjaga dari ‘pertapaannya’ dan bingkas bangun dari kabin ke birai bot apabila Cikgu Halim mengarahkan kami menurunkan pancing untuk memancing ikan Kerapu.Mengikut kata Cikgu Halim dalam keadaan arus deras ini tiada apa yang mampu dilakukan melainkan dengan kaedah menghanyut bot tanpa cengkaman sauh pada alur Kerapu yang telah dikesan oleh GPS melalui kepakaran tekong Pak Salleh.Kelegaan terpapar di wajah Muaz apabila beliau sudah mula sihat dan berkeupayaan untuk meneruskan acara memancing Kerapu.Sementara itu Penulis,Hud,Piyan dan Dino masih bersemangat dan tiada tanda – tanda untuk menyerah kalah’ di alur Kerapu ini.Malah tekong beranggapan Dino dan Piyan sudah biasa kelaut lantaran ‘kesangsaraan’ yang dialami Khalid tidak memberi kesan langsung kepada mereka.Penulis agak kagum dengan semangat juang dan ketenangan yang di miliki oleh mereka.

DSC00960 DSC00961 DSC00951

DSC00955 DSC00956

Kaedah berhanyut ini memberikan kami hasil yang agak membanggakan apabila seorang demi seorang menaikkan spesis Kerapu  yang sebelumnya hanya kami lihat di pasar-pasar ikan.Ada antara kami yang seolah-olah tidak percaya apabila ikan ini berada di depan mata apatah lagi ada yang mampu menaikkan 2 atau 3 ekor sekaligus. Ternyata kepakaran Cikgu dan tekong yang ‘mengapungkan’ bot betul-betul di alur Kerapu telah membantu kami memenuhkan tong ikan yang kami bawa.Kepenatan dan kesukaran sepanjang perjalanan ini lenyap begitu saja apabila kami melihat tong ikan yang hampir penuh.Senyuman terukir di setiap ahli bot kami kerana berasa puas dapat memancing ikan ini.Khalid yang semenjak tadi ‘bermukim’ di kabin bot sesekali menjengok ke luar kerana tidak ‘tahan’ mendengar tempik sorak ahli-ahli bot yang lain  apabila berjaya menjinakkan ikan yang ‘bernilai’ ini. 05:00 pm- Kami sepakat ke Pulau Aur yang memerlukan 2 jam perjalanan dari Karang Ngah untuk membersihkan diri ( mandi ) sambil menikmati keindahan pulau dan lautan ciptaan Ilahi.Pada awalnya cikgu Halim kurang bersetuju ke Pulau Aur kerana beliau merasakan adalah lebih baik kami ke unjam sahaja untuk memancing ikan Selar dan Kembung kerana waktu petang beginilah masa ikan -ikan ini ‘frenzy’ dan mudah dirembat dengan ‘apollo’.Beliau begitu optimis sekali kami mampu menaikkan sekurang-kurangnya 1 tong  ikan ini jika tidak ke Pulau Aur

DSC00962

08:00 pm- Setelah menjamu selera dengan masakan kari ikan segar Cikgu Halim, kami meneruskan acara memancing ‘bottom’ di sekitar Pulau Aur.Teknik memancing malam di sini  agak berbeza kerana setelah umpan di labuhkan, kita perlu menarik sedikit tali ke atas lebih kurang 1 -2 depa kerana ikan hanya bermain dibawah cahaya lampu yang di pasang pada bot.Jadi dengan mendekatkan umpan ke arah cahaya lampu akan memberikan peratus yang lebih tinggi untuk menerima tarikan ikan.Namun pada malam ini kami gagal mendapatkan umpan sotong hidup yang merupakan diet utama bagi Jenahak,Kaci,Tambak dan ikan -ikan sisik lain di sini.Setelah umpan Udang hidup tidak mendapat layanan dari penghuni di situ ada diantara kami yang mengambil kesempatan untuk merehatkan diri dan melelapkan mata.Tinggallah Penulis , Muaz dan Dino yang melayan ikan bermata galak atau ‘ikan Uji Rashid’ dengan menggunakan apollo sehingga ke pagi.Tetapi Penulis agak hairan dengan gelagat Muaz yang begitu tekun dan sabar menaikkan ikan ini sehingga pagi tanpa rasa mengantuk.Syabas buat Muaz

DSC00949

05:30 am- kami bergerak semula ke Karang Ngah namun masih gagal untuk memancing Tenggiri kerana arus masih lagi laju.Akhirnya Cikgu Halim mengambil keputusan untuk memancing Kerapu seperti semalam.Namun hanya beberapa ekor Kerapu dan ikan Anjang sahaja yang sudi menjamah umpan.Begitulah nasib setiappemancing tidak semestinya kita mendapat hasil yang sama walaupun kita berada di spot yang  betul kerana beberapa faktor yang harus di ambil kira seperti pertukaran arus,kelajuan arus,kedalaman  air serta arah tiupan angin.

12.30 t/hari – kami kembali semula ke Pulau Tinggi untuk memancing Ebek.Namun beberapa siri rentapan dari ikan tersebut gagal membuahkan hasil yang diidamkan. Ketinggian karang disini memberi kelebihan kepada mangsa untuk melarikan diri ke kawasan berkarang dan berbatu untuk memutuskannya. Paling hampir untuk menewaskan ikan di sini ialah Dino tetapi kecundang jua apabila ikan dengan pantas membawa perambutnya ke kawasan celah-celah karang walaupun pada mulanya ia seakan hampir membuahkan hasil.Nampak riak wajah Dino yang agak kecewa mungkin kerana rod yang digunakan agak kecil dan beliau kelihatan sukar untuk menanggani asakan daripada ikan tersebut.

DSC00959

01:30 ptg – Kami bersiap untuk pulang ke jeti yang memakan masa 2 jam perjalan dari Pulau Tinggi.Ketika dalam perjalan pulang, Penulis mengambil kesempatan yang berharga ini untuk menggunakan kaedah trolling tetapi kali ini Penulis menggunakan Rapala Ultraman yang dipinjam dari Hud.Muaz juga turut sama tidak ketinggalan untuk menunda. Sedang Penulis dan Muaz leka berbual sambil mengemaskan barang, kekili Penn penulis tiba-tiba berdesing dan tali dari gelendung ‘muntah’ dengan laju sekali sambil joran  Penn Senator penulis tunduk menahan asakan ganas dari bawah.Sekali lagi suasana di bot menjadi riuh rendah.Penulis yang bagaikan terpaku sebentar tadi tanpa di paksa terus melompat kearah joran dan cuba sedaya upaya melayan kerenah Si Predator ini. Sambil mengumpul kekuatan yang hampir hilang, Penulis mengarau kekili dengan pantas untuk mengelakkan tali menjadi kendur.Dari pengalaman Penulis dan teknik-teknik yang pernah diajar oleh rakan-rakan, tatkala melayan Tenggiri kita hendaklah sentiasa menegangkan tali dan jangan sesekali membiarkan tali kendur kerana ia akan membuatkan kita  berputih mata apabila tali rabut dikerjakan mangsa.Namun perkara yang amat merunsingkan penulis terjadi juga apabila pecutan Si Predator ini gagal penulis imbangi dan dengan  mudah sahaja mangsa ‘memuntahkan’ kembali Rapala apabila tali mengendur.Epidod duka Penulis berulang kembali walaupun Penulis hampir berjaya menaikkan Tenggiri tersebut. Bagi Penulis ia seperti sudah tersurat. Si Predator seolah-olah ‘berpatah arang dan berkerat rotan’ dengan kami.Mungkin belum ‘tiba’ masanya untuk Penulis memecahkan rekod Uda Kamal yang masih utuh dengan gerong Belangnya itu.

03:30 ptg – Kami sampai di Jeti Sedili Besar dan disana telah siap menunggu ahli-ahli bot 2.’Harta sepencarian’ dibahagi-bahagikan antara semua pemancing Selepas itu kami terus pulang kerumah dengan harapan dapat datang ke sini lagi pada masa-masa akan datang.

P6210040 P6210029 P6210032

DSC03248

Posted July 29, 2009 by Keluarga82 in Memancing

Memancing : Boating Trip Memancing ke Sedili, Johor   3 comments

memulakan perjalanan dari gombak

memulakan perjalanan dari gombak

Rasanya  jam  9.10  jumaat  malam  ,19 Jun  2009  kami bertigaP6190004

,UDA, Bang Ngah dan saya bertolak  dari K45,Jalan Zamrud  ke randervous pertama  R&R  Air Keroh untuk bertemu ahli-ahli

rombongan yang lain.


Seramai  13 orang    telah mengesahkan penyertaan  untuk P6200006memancing di laut Sedeli. Dua bot di tempah satu untuk 6 orang dan satu untuk 7 orang. Mungkin bagi orang awam  angka 13  itu tidak di gemari,tetapi “bagiyang  tahu” ianya tidaklah menyeramkan.


Jam 10.50  tiba di Air Keroh, kemudian bertolak ke Air Hitam untuk bertemu Fendi dan Akob.Kemudian ke luar balik ke Highway menuju Kulai, terus ke Kota Tinggi. Di Kota Tinggi kami makan-makan ,kemudian ke Pasar Borong membeli umpan dan meneruskan perjalanan menuju Sedili.

P6200010 P6200012 P6200013

P6200007

P6200008 P6200014 P6200015

Dalam perjalanan nampak simpang  Felda Taib Andak,Kampung Mawi.Kira-kira jam 5.00 pagi kami tiba di Jeti sedili, punggah barang-barang dalam bot  dan belayar menuju  laut lepas.

P6200016 P6200019

Saya tak pasti yang lain-lain, tapi bagi saya  ianya satu perjalanan  yang begitu  teruja. Apa tidaknya ini adalah kali kedua  saya ke P6200020laut. Kali pertama di laut Sentubung, naik kapal besar pun saya “out”, inikan pula naik bot kecil. Sepanjang perjalanan hingga ke atas bot ,perasaan saya , seronok dan risau, macam  “rojak mamak” ,kuah  ,mi, tahu, bercampur aduk. Bukan risau takut mati , P6200021tapi takut dihempas ombak . Almaklum  saya yang paling “muda” dalam ramai-ramai tu –“sweet 61” .Sekarang ni dah belajar sikit-sikit tak lah takut sangat nak mati. Takut tu memang takut, tapi bak kata orang putih  “ Its’ worry  not  scared “ lebih-lebih lagi kita tahu “siapa” bersama kita di atas bot.

P6200022 P6200023


Lepas hampir 3 jam pelayaran, tibalah kami ke tempat memancing. Sauh bot di jatuhkan. Dah terdapat  beberapa bot di keliling kami. Tapi saya hanya duduk diam-diam,  ayunan bot di buai ombak menyebabkan saya tak boleh berdiri. Bergerak pun merangkak. Yang berani berdiri hanya  Pak Akob. Tapi at one time  dia jatuh terlentang  di riba saya. Nasib baik peha saya tak patah. Kalau yang terduduk di riba saya itu Rozita Che wan atau Norish Karman sedap juga.Ini  Akob.

Bila ada ahli yang tidak tahan buaian ombak kami berlindung di balik pulau. Lewat petang kami ketengah laut sedikit  melabuhkanDSC00963sauh  dan bermalam  di  atas bot  di tengah laut.Ombak tidaklah se besar  di waktu pagi dan buaian  bot  agak perlahan. Pertama kali saya tidur di atas lantai bot berbantalkan beg  galas. Baru terasa  kehilangan  bantal  dan tilam Dunlop pillow  di rumah, yang selama ini  kita hanya mencampakkan badan  dan melelapkan mata tanpa  mengucapkan  terima kasih  kerana memberikan kita bantal dan tilam. Pagi Ahad  ada yang terus memancing  .

DSC00960DSC00961

Tepat jam 12.00 tengah hari Ahad , bot kami bertolak balik ke penkalan  dan tiba jam 2.30 petang. Tangkapan bot kami tidaklah menggalakkan. Tapi untungnya bot Acu Zahar dapat satu tong setengah dengan berbagai jenis ikan seperti  ebek, “keparu”(kerapu) ,selar ,kembung .Ikan-ikan tersebut di bagi sesame ahli rombongan jadi dapat juga saya merasa beberapa ekor kerapu laut sedili.

P6210025 P6210027 P6210034


Akhirnya, perjalanan ini bagi saya  banyak ertinya. Saya juga yakin ahli-ahli lain seperti Dino, Pian, Hud, Muaz, Khalid ,Fendi,Amir ,zaini  mempunyai keseronokan dan kenangan masing-masing. Saya berterima kasih kerana tidak mengalami masalah pening  dan mabuk laut, satu-satunya yang amat saya risaukan. Dua tiga hari sebelum bertolak, saya  witir banyak kali mohon perjalanan lancar ,tiada masalah  dan semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah ianya terjadi seperti yang dimohon. Begitulah lumrah manusia , bila takut ,bila risau ,baru memohon, baru ingat. Bila aman bahagia nak zikir pun liat, liat macam getah sekerap.

P6210033 P6210036 P6210037

Di samping itu juga kemesraan sesame ahli keluarga  begitu terasa  bila berkumpul ramai-ramai, joke-joke sikit, kutuk-kutuk sikit  . Bila memandang laut terbentang, timbul pulau –pulau batu  namun di atasnya tumbuh rumput  nya  kekuasaan penciptanya. Hidup bebas di Pulau itu burung-burung laut  tanpa gangguan sesiapa. Apa yang kita rasa dan lalui  di tengah laut menginsafkan kita ,peluh dan jerih nelayan mencari rezeki . Saya joke dengan kawan-kawan lepas ni bila beli ikan di pasar , jangan tawar-tawar sangat kerana kita dah rasa  perit maung di lambung ombak.

P6210029 P6210039 P6210040

Mungkin bulan Oktober/November kami nak cuba lagi. Katanya ketika itu  laut lebih tenang.Tapi dengar-dengar  cerita  ada yang nak“repeat’  bulan Ogos.Harap-harap kali ini taiko-taiko terutama Pak Tam dapat serta.

P6210031

Akhir sekali terima kasih kepada Hud, Acu zahar dan Bang Ngah yang bersusah payah  mengatur program ini, kepada UDA yang mengetuainya dan ahli-yang menyertai.

LUAS  TERBENTANG  LAUT SEDILI

TEMPAT NELAYAN MENCARI KERISI

WAHAI SEDILI, KAMI DATANG LAGI

NAK BAWA BALIK TENGIRI PANJANG TUJUH KAKI.

GOMBAK

24 JUN 2009

PAK LONG MAIL

Posted July 4, 2009 by Keluarga82 in Memancing

Memancing : Album Memancing Kelong Acheh April 2009   13 comments

This slideshow requires JavaScript.

Posted May 6, 2009 by Keluarga82 in Album Gambar, Memancing

Memancing : Trip Memancing ke Kelong Acheh Tanjung Penyabong,Mersing   3 comments

Memancing adalah satu hobi yang menyeronokan ramai kaki-kaki pancing tegar menjadikan memancing hobi utama mereka, ada pula memancing adalah hobi santai di waktu lapang sambil bercuti merehatkan minda. Banyak tempat2x menarik bagi kaki pancing melabuhkan batu ladung mereka di perairan negara kita atau di lubuk-lubuk yang ada,juga banyak kolam-kolam pancing disediakan oleh pengusaha kolam. Ahli Keluarga82 juga ada kaki pancing yang selalu membuat trip memancing. Sebelum ini trip yang tidak jauh seperti kelong Mamood di Lukut menjadi pilihan.

Kali ini trip agak jauh telah dirancang.oleh group Keluarga82 sebulan sebelum tarikh yang dijangkakan. Azhar (JAHA) telah membuat initial bersama Nasrul membantu dalam search melalui internet untuk memilih mana-mana lokasi yang sesuai. Setelah perbincangan terakhir dibuat ,Lokasi Kelong Acheh di Tanjung Penyabong, Off Mersing telah dipilih dan tarikh ditentukan pada 25hb April 2009 hingga 26hb, April 2009. Sambutan dari ahli keluarga amat menggalakan seramai 12 pemancing juga beginner telah menyertai trip memancing kali ini.

Senarai ahli yang menyertai trip kali ini

untitled-24

 

  1. Azhar Mansoor (Jaha) – Ketua Trip
  2. Nasrul Ali – Penyelaras Trip
  3. KM – penulis
  4. Ismail Abu Bakar
  5. Yaakob Sulatin
  6. Amri Taib
  7. Hasmizal Noor
  8. Muaz Azman
  9. Hudzaifah Sam
  10. Hudzaini Sam
  11. Afinde Othman
  12. Khalid Sam

Sepatutnya Zaidah Hamid turut tetapi membatalkan niat kerana ada perkara lain yang perlu dibuat dan juga keesukan harinya (isnin) beliau akan ke Langkawi atas tugasan rasmi. Menjadikan keseluruhan peserta menjadi 12 orang sahaja.

p4250059-copy

24hb April 2009, Penulis (KM) bergerak dari Gombak bersama Ismail dan Nasrul. Nasrul menghubungi pemancing-pemancing lain melalui handphone beliau untuk bertemu di Hentian R n R Ayer Keroh,Melaka. Geng Kajang menaiki Kereta Hud manakala Geng LBJ bersama kereta Muaz dari Bangi. Sekitar 10:45 malam kami sampai di Hentian Ayer Keroh dan kelihatan Jaha, Muaz,Am dan Mizal sedang lepak minum sambil menunggu kami. Mereka telah sampai dahulu dari geng kami. Hud masih dalam perjalanan selang 10 minit baru hud muncul bersama yang lain. Kami minum sambil berbincang hala mana yang perlu diambil untuk bermalam. Hud memutuskan untuk ke rumah Akob di Parit Bayumas, manakala geng kami dan LBJ ke rumah Afinde di Muar.  Dalam jam 11: 45 mlm kami bergerak menuju haluan masing-masing. Dalam perjalanan penulis (KM) teringat  persediaan2x oleh ahli-ahli pemancing keluarga82 seawal sebulan sebelum tarikh.

Ismail dahulunya pemain golf tegar kini beralih menjadikan memancing sebagai hobi Utama. Sejak menjadikan memancing sebagai hobi pantang “petik” Ismail akan join memancing. Saya selalu mengajak beliau untuk memancing di kolam-kolam bayar sekitar Beranang bersama-sama Nasrul. Nasrul juga telah jadi kaki pancing 1-2 tahun kebelakangan ini. Hampir semua kedai pancing sekitar KL telah kami lawati. Persediaan awal oleh Ismail membakar semangat yang lain.  Nilai, Kepong Sri Petaling, Setapak dan kedai-kedai utama telah dilawati. Jenama Mesin kekili Banax menjadi sasaran utama. Tanduk, leader dawai menjadi pilihan  kerana tempat yg dituju adalah Kelong yang khabarnya ikan-ikan besar sahaja yang kedapatan disitu. Mata jenis gamakatsu dan owners point menjadi pilihan manakala tali Sufix danp5070001-copy DAM menjadi kawan seperjuangan nanti. Muaz dan Finde yang baru menceburi hobi ini bergantung dengan Nasrul untuk maklumat alatan pancing dan membeli bagi pihak mereka. Perjumpaan di LBJ seminggu sebelum tarikh memberi nafas kepada beginner untuk belajar mengikat tali dan mata kail. Kursus pendek telah dijalankan untuk beginner belajar cara2x mengikat ini. Pengalaman org lama diperlukan untuk tujuan tersebut.Muaz dan Finde begitu tekun mempelajari hal-hal tersebut. Sementara yang lain menambah ilmu tentang memancing. Mizal dan Am memberi tunjuk ajar dan menurunkan ilmu memancing kpd ahli-ahli baru ini.

Hudzaifah yang telah lama “gantung pancing” selepas berkahwin nampaknya berminat semula menyertai sukan memancing ini. Khalid dan Zaini juga bukan seorang pemancing tegar menyertai XPDC kali ini. Zaini selalu melafazkan “ ADO CARO” menghangatkan semangat Amir semasa memancing di Kelong Mamood satu ketika dulu. Tapi kali ini Amir tidak menyertai trip kerana ada kerja yang perlu diselesaikan. Manakala Finde dan Muaz belum pernah join group untuk trip, tetapi menurut cerita, Finde adalah pemancing di zaman kanak-kanak dan  remaja beliau. Habis parit dan anak sungai telah dilawati sekitar Felda Sening. Pengalaman lama beliau akan digunakan dalam trip kali ini.

Jaha, Amri dan Mizal tidak perlu disangkal lagi akan pengalaman mereka. Manakala pengalaman Akob pernah mengikut satu trip di Kelong Maamod dahulu manjadi pedoman dan pengalaman yang mahal kali ini.p4250036-copy6

Jam 1:00 pagi 25hb April kami sampai di rumah Finde, beliau yang sedang menunggu kami keseorangan, sementara itu sebelum sampai

Nasrul ditugaskan mencari stok maggi untuk menjadi habuan ketika sampai di rumah finde. Sampai sahaja finde telah menyediakan minuman. Jaha mengeluarkan CD pancingnya untuk ditonton. Muaz dan Finde sambung sessi belajar mengikat tali dan mata kail. Ismail teruja dgn menonton video pancing cara-cara mengilat sebarau.

p4250037-copy2

Penulis setelah kena maggi terus melabuhkan mata sehingga pagi. Terjaga bila dengar jam loceng berdering menunjukan hampir jam 6:00 pagi dan terus ke bilik air mandi dan bersiap untuk meneruskan perjalanan ke rumah Akob dimana sarapan akan disediakan oleh isteri akob. Pagi baru penulis dapat tahu bahawa malam tadi mereka ada yang tidor sehingga jam 5 pagi. Masih belajar mengikat supaya mahih. Memang perkara ikat megikat tali dan mata kail menjadi tajuk utama dalam sukan memacing, salah ikat boleh membuatkan terlopong dan putih mata kerana kail boleh lucut bila-bila masa apabila disambar ikan.

p4250041-copy3Setelah semua ahli bersedia kami bertolak ke rumah Akob dalam jam 0645am 25 April 2009. Jam 700 am kereta Muaz dan Ismail sampai di hadapan halaman rumah Akob. Akob menyambut kami ketika sampai dan terus mengajak sarapan. Masuk ke ruang makan kelihatan hud senyum-senyum menunggu kami untuk sarapan bersama. Sarapan pagi ini disediakan oleh Isteri Akob. Terima kasih banyak-banyak nasi lemak yang disediakan oleh Akak Ina.

p4250042-copy4p4250043-copy3p4250044-copy2

p4250046-copy2 p4250047-copy2

p4250050-copy3

Sekitar jam 730 am  kami meneruskan perjalanan yang telah di persetujui memlalui perbincangan semasa sarapan untuk melalui Felda Nitar dan terus ke Mersing. Dalam perjalanan kami singgah di Stesen Petronas masing-masing yang memandu memastikan petrol yang cukup pada kereta. Mana tahu kalau kehabisan petrol dalam perjalana bole jadi kes naya. Perjalanan di teruskan menghala ke Air Hitam seterusnya ke Keluang. Perjalanan agak mudah kerana masih lagi awal pagi. Menurut Akob kalau hari-hari biasa jalan yang dilalui ini agak sesak. Nampaknya Fendi dengan Wajanya mendahului kereta-kereta lain kerana jalan melaui Nitar ini hanya dia yang pernah lalu; yang lain hanya tahu jalan melalui Keluang Jamaluang. Jalan Keluang -Nitar – Mersing agak mencabar pemanduan. Ismail memandu dengan hati-hati melaui kelok-kelok jalan yang agak kecil berbanding jalan sebelum ini. Kami melalui ladang sawit felda Nitar dan tersilap masuk simpang, kami termasuk ke felda Nitar 2 dan membuat pusingan U untuk meneruskan perjalanan.

Jam menunjukan 0945  kami sampai di Pekan Mersing dan singgah di Shell masing-masing berlari mengejar toilet. Ismail berhajat mencari pasar untuk membeli sedikit umpan udang kulit keras.

p4250052-copy2 p4250053-copy2

Setelah selesai kami meneruskan perjalanan, perjalanan ke Tg Penyabong lebih kurang 45 minit kami tiba di sana. Saya yang sudah lama tidak pergi Offshore melihat semula keindahan laut dan mengimbau kembali perjalan-perjalanan saya ketika dulu. Sungguh damai apabila berhadapan laut yang tenang melihat persekitaran dengan pemandangan yang indah. Setelah pakir kereta kami terus ke jeti LKIM untuk menaiki bot ke Kelong Acheh yang hanya 10 minit perjalan bot ke sana. Masing-masing memikul beg galas dan alatan pancing, ada yang membawa beg-beg pancing yang baru dibeli kelihatan ada tanda harga lagi. Perasaan gumbira pemancing-pemancing jelas terbayang di riak muka, mereka senyum sampai ke telinga. Kelihatan pulau-pulau disekelilingnya begitu indah sekali pemandangannya dan kelihatan air yang membiru serta udara yang bersih benar-benar memikat sekiranya anda yang belum sampai kesana eloklah jinakkan diri join ahli pemancing, memang terasa teruja bila melihat pemandangan yang indah seperti ini.

p4250057-copy1 p4250058-copy

p4250060-copyp4250061-copyp4250062-copyp4250066-copy

p4250067-copyp4250070-copyp4250073-copy

Dalam sekitar jam 1145 kami menaiki Kelong Acheh.apabila bagasi telah dinaikan ke atas kelong perkara pertama yang saya pastikan ada ialah life Jacket dan muster station sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku tempat itulah yang perlu kita kejar dahulu. Ada terdapat beberapa kotak life jacket di simpan di bahagian tengah kelong.  Bagi saya perkara ini amat perlu sekiranya berlaku apa-apa masalah di atas kelong. Sepatutnya jeket keselamatan diletak berhampiran bilik-bilik pegunjung. juga perlu ada di muster station. Kad pengenalan diri atau T-card untuk pelawat perlu untuk menentukan sekiranya ada man off-board. Mungkin pihak pengurusan memandang ringan akan perkara ini.

p4250078-copy1

Kami berkumpul di bawah salah sebuah bilik sambil menyediakan alatan pancing juga menikmati pemandangan.  Oleh kerana bilik yang sepatutnya kami menginap masih ada orang yg belum keluar, beg-beg kami longgokan p4250080-copy1berhampiran bilik. Tidak sampai ½ jam ada yang telah melabuhkan pancing kerana tidak tahan sabar lagi dan bersemangat. Sewaktu kami menghampiri Kelong Acheh tadi pemancing yang sedia ada di kelong sedang mengangkat Gerung Belang seberat 5 kilogram yang masih mengeletek. Memang membakar semangat penulis dan ahli group melihatnya.  SET mencari Jaha untuk menunjukan ikan-ikan yang di tangkap oleh pemancing Singapura. Dengan kata lain Set memberi semangat kpd kami bahawa ada ikan besar di kelong beliau.

Lebih kurang jam 1300 kami makan tengah hari yang disediakan pengurusan p4260125-copy1kelong. Memang menyelerakan bila makan sebegini. Hud yang begitu selera meminta tambahan lauk dan sayur lagi. “Kalau begini selalu memang cepat menambah berat badan “ kata-kata hud terkeluar dari mulutnya. Bayaran  RM160.00 sekepala untuk satu malam yang dikenakan termasuk makan tengahari, minum petang dan makan malam. Agak selesa keadaan kelong ini walaupun p4260126-copy1tidak mewah. Ada tempat mandi dan toilet yang sesuai. Menurut SET pengurus di sini, air yang digunakan adalah dari sebuah bukit di pulau yang berhampiran di pasang paip sehingga ke kelong. Tiada masalah air tawar di kelong ini. Kelong ini di lindungi oleh beberapa Pulau dari tiupan angin kencang dan ombak besar kedudukan kelong memang strategi. Kelong ini bole menampung sehingga 100 orang dalam satu-satu masa. Semasa kehadiran kami ada lebih 50 orang termasuk kami berada di kelong tersebut.

Setelah “ujan berhenti” (makan) kami dibenarkan masuk ke dorm yang telah dikemaskan. Beg-beg pakaian kami masukan ke dalam dorm. Beg-beg pancing masih terletak diluar, pancing-pancing telah dilabuhkan kedalam air sehingga jam 1500 tiada tangkapan di buat. Apollo-apollo yang diturunkan juga gagal untuk mendapatkan tamban sebagai umpan. Ikan Panglima sahaja yang naik,meragut-ragut apollo yang tidak sesuai dibuat umpan. Jam 1630 kami menjamu selera degan minum petang. Kami berkenalan dengan beberapa group dari Rasah  ( bob) dan Beranang (bahar) Masing-masing bercerita bagaimana untuk mendapatkan umpan memancing. Udang dan pumpun yang kami beli masa di darat digunakan sementara umpan hidup belum diperolehi. Masih tiada ikan yang mengena.

p4260111-copy1

Dalam jam 1700 hujan dan angin laut agak gelora menghalang kami untuk mendapatkan umpan hidup dengan cara Apollo. Ada yang lepak dalam dorm sambil bermain kad. Hujan terus turun dengan lebatnya. Memandangkan hujan dan angin memaksa saya masuk kedalam dom lepak dan join main kad sambil menunggu hujan reda. Sedang leka bermain mata saya memandang kail yang saya labuhkan menggunakan pelampung seperti dimakan ikan melentuk-lentuk saya berkejar dan menyentap kail. Dalam hujan renyai-renyai kelihatan pelepah Nipah yang tersangkut pada gewang saya. Pergh…. ingatkan ikan dah menyambar gewang saya. Setelah melepaskan dari daun nipah, saya mencampakan semula gewang saya. Jam 1900 kami makan malam bersama-sama sambil bercerita sesama sendiri.

Sebenarnya penulis peringkat awalnya bukan beriya-iya sangat untuk ke sini. Atas ajakan yang kuat dari Ismail maka penulis bersetuju untuk join sama. Penulis santai-santai sahaja berada di kelong. Tetapi agak fokus kepada aktiviti pancing apabila malam. Setelah mandi, kesejukan mulai terasa,p4260121-copy penulis memakai stokin kulit yang sedia dibawa dari KL. Stokin  ini seperti kasut kulit tetapi tiada tapak keras. Penulis selesa memakainya di atas kelong, juga selamat kaki sekirannya terpijak benda-benda keras atau tajam. Pihak kelong menyediakan umpan hidup sekitar jam 2100, perasan girang terpancar apabila kail di lekatkan umpan hidup dengan harapan kali ini ikan besar akan menyambar umpan. Sejak jam 2030 kedengaran suara dari corong karaoke apek-apek tua menyanyi lagu-lagu tionghua. Mereka datang bercuti ke sana, kebanyakannya dari warga Singapura, menghabiskan sisa-sisa hidup sambil bersantai.

p4260119-copy p4260120-copy p4260122-copy

Penulis terus fokus kepada pancing. Sekitar  jam 2200 khalid memanggil Mizal mengatakan kail beliau di rembat  ikan. Penulis teruja dan menghampiri kail Khalid, kelihatan Big bro Khalid , Hud sedang menarik kail yang melengkung, malang sekali bagi khalid ikan yang menarik pancing telah masuk ke bawah kelong dan celah-celah tiang kelong. Harapan tipis bagi menaikkan ikan yang telah masuk ke tiang-tiang kelong. Menurut cerita khalid sedang dia jig umpan anak ikan, kail beliau di sambar ikan oleh kerana mesin kekili yang digunakan “ CAP AYAM ” beliau gagal mengawal dengan baik. Penulis mengeluarkan sarung tangan kulit memang dibawa dalam beg pancing penulis untuk cuba membantu dengan menarik tali kail khalid. Setelah bebarapa lama menunggu, keputusan dibuat untuk menarik tali sehingga putus. Agak sukar untuk memutuskan tali kail Khalid kerana beliau menggunakan benang berbanding tangsir. Kekecewaan nampak jelas di riak muka Khalid kerana kail yg ditarik telah putus.

Kemudian penulis terus fokus kepada pancing sendiri, sebelah dorm kami ada group pemancing dari Rasah, Seremban mereka menaiki kelong terlebih p4260115-copy1dahulu dari group kami. Mereka juga gagal menaikkan sebarang ikan dari siang tadi. setelah bosan menunggu kail dimakan ikan, penulis terus masuk tidur bila jam menunjukan hampir 2300. Ada beberapa orang dari group kami yang menonton bola eropah dan ada yang menyambung karaoke sehingga lewat malam. Sambil melelapkan mata penulis sedang berfikir apa strategi seterusnya untuk menjinakkan ikan-ikan persekitaran Kelong Acheh dan kerana kepenatan dan kesejukan  penulis tidak sedar bila penulis terlena.

Penulis terjaga sekitar jam 230 pagi 26hb April, terus membuat pemeriksaan pancing tiada perubahan dan tiada yang kena makan ikan. Penat penulis berdiri, penulis mengambil kerusi malas dan meletakan berhampiran pancing sambil lepak atas kerusi.Penulis memasang Loceng di hujung kail, sebagi penanda sekiranya dimakan ikan loceng akan berbunyi sambil melayan mata .

Lebih kurang jam 450 pagi loceng penggera kail berbunyi penulis terus bingkas bangun dan mendapatkan pancing, kelihatan batang kail Ofmer penulis melentuk bagaikan huruf U. Dalam hati penulis berkata “mahu patahlah pancing ni “ . Mesin kekili penulis dari DAM agak kecil untuk menampung tarikan ikan tersebut. Ikan tersebut telah lari masuk kedalam tiang-tiang kelong . penulis tidak boleh buat apa lagi hanya dapat melihat tarikan semakin kuat kebawah kelong. Penulis cuba memusing kekili hanya dapat menarik sedikit kemudian satu tarikan kuat tali DAM 35 paun yang digunakan putus kemungkinan tersangkut teritip yang tajam. Tali di hujung pancing kerinting akibat panas geseran yg kuat. Kecewa Penulis akibat lambat memegang pancing, membuatkan ikan tersebut dapat melarikan diri di celah-celah tiang kelong. Masa terus berlalau kekecewaan penulis sekali lagi berlaku ketika penulis meninggalkan pelampung dan gewang untuk minum pagi sekitar 730 pagi. Sekali lagi pancing penulis dibawa ikan kebawah kelong dan melekat. Gewang penulis berbentuk ikan bolos-bolos yang di beli di Kepong Tackle tersangkut di tiang kelong,  tiada pilihan lain terpaksa menarik sehinga putus.

p4260113-copy

Untuk pengetahuan pembaca ,setiap ½ jam dari semalam SMS dari Sarjan Major Md Noor yang baru dinaikan pangkat  akan memasuki telepon penulis bertanya kan status samada masih bangau atau tidak. Penulis Faham perasaan Sarjan Md Noor  sudah tentu tidak senang duduk bila mendengar ada trip memancing. Beliau terpaksa melupakan hasrat untuk join kali ini kerana sedang membuat persediaan anak bongsu beliau yang akan melangsungkan perkahwinan Julai nanti. Pagi tersebut penulis menghantar SMS kepada Sarjan Major Md Noor memberi tahu kail penulis putus di rembat ikan. Kata-kata semangat dari Sarjan Md Noor memasuki sms penulis.

p4260116-copy p4260112-copy

Penulis tidak berputus asa meneruskan pemancingan. Dalam sekitar jam 0900 pagi kail bob dari Rasah di sambar ikan masa tersebut Bob tgh lepak minum. Rakan Bob menjerit memanggil beliau. Bob tersenyum lebar melihat p4260117-copy1pancingnya telah dilarikan ikan, menurut Bob umpan yang dia gunakan adalah ikan panglima tetapi hidup dengan membaling jauh dari kelong. Setelah melayan hampir 10 minit kelihatan ikan Gerung Belang menampakan diri di permukaan air kami semua berkumpul melihat dan bersama-sama menumpang gembira. Hati kecil penukis berkata ini bermakna ada harapan lagi untuk mendapat ikan. Penulis berusaha untuk memancing tamban untuk dijadikan umpan. Dengan melabuhkan apollo penulis mendapat seekor tamban lalu penulis mencangkukkan tamban ke kail penulis lalu mencampakan semula. Penulis terus leka dgn apollo untuk mendapatkan umpan.Banyak pulak tamban kelihatan di dalam air, sedang penulis mengangkat appollo mizal menjerit “sapa punya pancing” “sapa punya pancing”….

Apabila penulis menoleh kelihatan pancing penulis yang disambar ikan, terus meninggalkan pancing apollo dan melepaskan ikatan pancing pada tiang p4260088-copy1kelong. Memang penulis mengikat pancing pada tiang kelong atas faktor keselamatan pancing dari terjun ke laut sekiranya disambar ikan. Pemancing-pemancing lain telah berkumpul untuk melihat. Memang agak sukar untuk menumpaskan ikan Gerung Belang ini, penulis terpaksa berpindah tempat dari sudut lain ke sudut lain. Dengan mengalih pancing secara berhati-hati. Penulis terus menahan, mesin kekili Banax SE menjerit ditarik gerung, drag diketatkan tetapi gerung terus dapat menarik membuatkan kekili menjerit lagi. Penulis mengetatkan lagi drag masih boleh ditarik oleh gerung. Akhir sekali penulis terpaksa memegang spool supaya tidak dapat ditarik lagi. Apabila terasa ada lemah sedikit tarikan ika, penulis pump dan memutar mesin kekili. Ikan tersebut sekali lagik menarik dengan kuat. Penulis terus menahan dengan harapan tali DAM 35 lbs dapat bertahan.

p4260089-copy p4260090-copy

Jeritan semangat dari pemancing lain supaya membuat ‘pump” kedengaran. Penulis sebenarnya telah kepenatan seolah-olah dalam pertandingan tarik tali. Penulis terus bertahan dan menghela nafas mengembalikan tenaga, terus membuat pump dan memutar mesin kekili. Setelah beberapa kali pump dan putar mesin tali pancing telah kelihatan dekat namun ikan belum kelihatan p4260092-copylagi. Kekuatiran menyelubungi penulis kerana takut akan ikan tersebut lari masuk bawah kelong memandangkan Joran penulis RYOBI hanya 6’6”  panjang, berbanding 9 kaki panjang joran Bob yang menaikan gerung sebentar tadi. Setealah hampir 15 minit bertarung kelihatan gerung belang berkilas di air penjaga kelong berlari mencari HOOK dan bersedia. Sementara Jaha sempat mengambil sebahagian video dari aksi sebenar. Mizal menunggu sahaja signal sekiranya perlu pertolongan tetapi penulis mahu juga menaikan ikan tersebut. Setelah beberapa kali mesin kekili diputar gerung semakin dekat dengan permukaan air.  Setelah sampai di permukaan air ikan di hook naik ke kelong pemancing lain terus bertepuk tangan  gembira.

Sessi bergambar dimana mizal mengambil kesempatan dahulu. Kemudian p4260095-copybaru penulis bergambar sambil memegang ikan yg masih mengeletek. Fendi juga tidak ketinggalan  beraksi dengan gerung tersebut. Penulis lepak selepas itu kerana kepenatan. Pemancing-pemancing lain bersemangat meneruskan aktiviti. Manakala tamban bertambah banyak untuk dijadikan umpan. Kepuasan penulis jelas kerana dapat menaikan 4 kg Gerung belang sebentar tadi. Pemancing lain terus berusaha dan bersemangat. Terutama Hud, Mizal, Jaha dan Am. Mizal tak putus-putus menjerit untuk umpan yg di apollokannya kepada sesiapa mahukan umpan tamban. Penulis sudah boleh rilex kerana sudah dapat lesen. Sambil tersenyum melihat gelagat yang lain nampak bersungguh-sunguh. Terutama Mizal yang sebeum ini dapat menaikkan ikan seberat 200 gram terpaksa berhempas pulas untuk mengatasi berat 4 kg yang penulis dapat.

p4260097-copy

Jaha telah berunding dengan SET untuk makan tengahari di atas kelong tambahan RM10.00 seorang. Ini memberi masa tambahan seperti masa kecederaan kepada pemancing yang lain. Sepatutnya kami kena tingalkanp4260109-copy kelong sebelum jam 1130 tengah hari. Saya telah pack barang-barang; yang lain meneruskan aktiviti memancing. Jam 1230 kami makan tengahari. Sebelum makan tengahari penulis sempat meninjau hasil tangkapan pemancing Singapura ; seekor 9.7kg kekacang seekor 5 kg GT dan 2 ekor gerung belang 4kg dan 5 kg mereka duduk 2  malam di sana.  Selesai makan jam 1300  kami bersedia untuk meninggalkan Kelong Acheh dan sebelum itu acara bergambar  dibuat sebagai kenang-kenangan.

p4260127-copy2 p4260128-copy2

p4260131-copy

Semasa menaiki bot, langit mulai gelap dan hujan turun, dalam perjalanan balik ke jeti LKIM hujan mencurah-curah lebat membuatkan kami tersekat di jeti tidak dapat ke kereta yang agak jauh lebih kurang 600 meter.

p4260134-copy p4260135-copy

p4260141-copy p4260145-copy

p4260146-copyp4260147-copyp4260149-copy

p4260152-copy1Setelah hujan sedikit reda Ismail berjalan ke kereta diikuti oleh penulis dan yang lain-lain.

p4260153-copyp4260155-copyp4260156-copy

Hujan lebat semula apabila kami sampai di pejabat LKIM Penulis berehat sebentar menunggu Ismail mengambil kereta. Sementara itu kami berbincang sebelum berangkat pulang kami minum dahulu di warung  Zakiah Ikan Bakar diseberang berdepan dgn LKIM. Penulis dan Ismail memutuskan akan melaui Endau-Rompin- Pekan untuk pulang Ke Gombak KL.. sementara yang lain mengikut jalan Johor –KL.Pemandangan indah semasa melalui Endau Rompin tidak seperti dahulu tahun 90an banyak kemajuan telah dijalankan disani. Banyak rumah-rumah telah dibina dikawasan-kawasana dahulunya hutan. Melalui Leban Condong yang dahulunya dikelilingi hutan sekarang tidak lagi. Pokok-pokok kayu tua telah ditebang yang dahulunya ibarat terowong apabila melaluinya. Gerai-gerai tepi jalan yang menjual udang-udang galah sudah tiada lagi. Kami berhenti membeli Nanas Madu sebelum sampai Pekan. Teringat saya semasa di Sarawak, Nanas Mukah yang paling top di Sarawak saiz yang agak sama tetapi nenas madu ini tidak semanis Nanas Mukah. Perjalanan diteruskan melalui Pramu Jaya- Kuantan dan memasuki Lebuhraya Pantai Timur dan sampai ke detinasi Gombak jam 830 malam 26hb April 2009.TAMAT…

p4260124-copy

Posted May 6, 2009 by Keluarga82 in Memancing

%d bloggers like this: