Archive for the ‘Petua Memancing’ Category

Petua alahan Talang

JIKA seseorang itu alah dengan ikan talang, terutama menyebabkan gatal seluruh badan selepas memakannya, petua dicadangkan ialah dengan menggoreng sebahagian ikan talang hingga garing dan tumbuk isi ikan terbabit hingga hampir lumat dan kemudian disapukan di tempat alahan untuk beberapa kali dan biarkannya hingga kering

Advertisements

Posted September 8, 2011 by marlmansoor in Petua Memancing

Petua: Sepit biru banyak petanda ada buaya

diarijoran@gmail.com

MEMANCING udang galah di sungai semula jadi atau sungai lama cukup menyeronokkan disamping memperoleh tangkapan udang yang banyak, berada persekitaran sungai sebegini sangat mendamaikan.

Namun, adakah kita tahu udang galah dan buaya berkongsi habitat dan pepatah lama ada menyebut di mana ada udang galah di situ ada buaya.

Tip di sini, apabila kita menjumpai lubuk yang berjaya menaikkan udang yang banyak, kita dinasihatkan agar tidak berada terlalu lama dekat lubuk di situ.

Dikatakan lubuk yang mempunyai udang galah yang banyak kebarangkalian didiami buaya yang berdekatan dengan lubuk udang ini. Ini mungkin membahayakan diri yang mungkin menjadi sasaran serangan binatang pemangsa ini.

Posted April 27, 2011 by marlmansoor in Petua Memancing

Petua: Tampal cengkih di pusat elak muntah

TIDAK ramai pemancing gemarkan memancing di perairan laut kerana bimbangkan keadaan mereka yang akan mengalami situasi mabuk atau muntah hingga membataskan aktiviti memancing mereka.

Justeru, pelbagai petua tradisional dan moden dilakukan untuk mengatasi keadaan ini termasuk menelan pil anti- mabuk yang mudah terdapat di pasaran.

Petua menahan mabuk cara mudah dan berkesan di sini iaitu sebelum turun ke laut dapatkan ‘plaster’ atau pelekat luka berharga RM0.20 yang biasanya mudah didapati di kedai runcit.

Selepas itu ambil cengkih dan sekeping pelekat luka terbabit dan kemudian tampal di pusat badan hingga menutup kesemuanya.

Dikatakan fungsi menampal pelekat ini di pusat adalah bertujuan mengelakkan angin daripada memasuki pusat badan yang menyebabkan kepala menjadi pening dan sekali gus mengekang pemancing dari muntah.

Posted April 19, 2011 by marlmansoor in Petua Memancing

Petua: Menghilangkan Bisa Terkena Gigi Ikan


Sebaik saja terkena sengatan gigi ikan spt. Ikan Jenahak, Malong dan sebagainya dianggota badan terutama jari, cepat-cepat cedok air laut tempat anda memancing dengan tangan kanan dan titiskan kedalam mulut dan telan sedikit air tersebut. Rasa bisa serta denyutan akan berkurangan dan bolehlah sapu apa-apa ubat yang sesuai selepas itu.

Posted April 12, 2011 by marlmansoor in Petua Memancing

Petua: Telur mentah hindarkan agas

MEMANCING di dalam hutan untuk memburu ikan idaman cukup menyeronokkan apatah lagi lokasi yang dikunjungi itu ada lubuk terbaik.

Namun kegembiraan itu mungkin seketika saja apabila serangga pengacau seperti agas akan menggigit pemancing yang akan mendatangkan kegatalan pada kulit.

Petuanya, untuk mengelakkan agas mendekati, pemancing perlu membawa beberapa biji telur ayam mentah sebagai bekalan tambahan sebelum turun memancing di kawasan yang hendak dikunjungi.

Tujuannya banyak, selain boleh direbus untuk dimakan, telor yang dibawa ada kegunaan lain terutama mengelak agas.

Bagi mengelak diserang agas, anda hanya perlu pecahkan telur itu di kawasan aktiviti memancing tadi dan letakkan kira-kira 10 meter dari belakang anda.

Bau telur yang pecah tadi akan menarik pemerhatian agas ini untuk mengerumuninya sekali gus menjauhkan anda daripada menjadi sasaran serangan agas tadi.

Posted April 5, 2011 by marlmansoor in Petua Memancing

Petua: Garam lambatkan ais cair

AKTIVITI memancing selama dua atau tiga hari sama ada di perairan laut atau air tawar dengan membawa tong ais ke padang pancing adalah satu kemestian bagi kaki pancing semua yang menginginkan ikan kekal segar atau tahan lama.

Namun, ais yang dibekalkan dalam tong masing masing kadang kala tidak sampai waktunya dan semakin cair dan tidak lama kemudian hasil tangkapan mudah menjadi busuk walaupun dalam tong yang kedap udara.

Petuanya supaya air menjadi tahan lama ialah sebelum melakukan perjalanan ke padang pancing, ambilkan segenggam garam kasar dan kemudian taburkan garam itu dalam tong yang berisi ais.

Di katakan garam yang dimasukkan dalam tong ais tadi mampu merendahkan lagi suhu sejuk ais tersebut dan akan membuatkan ais menjadi tahan lebih lama

Posted February 28, 2011 by Keluarga82 in Petua Memancing

Petua: Hilangkan hanyir ikan air tawar

MENGHILANGKAN bau hanyir pada ikan air tawar kadang kala menjadi masalah kecil kepada pemancing yang ingin menjadikan tangkapan mereka sebagai juadah makanan atau sebagainya.

Sekiranya ikan tidak dicuci dengan sebaiknya, ikan yang dimasak dengan menu idaman mungkin akan terjejas rasa kemanisan isi ikan itu kerana bau hanyir terbabit.

Petua di sini, selepas membuang sisik dan isi perut ikan dengan sisa darah pada bahagian tulang dan kemudian rendamkan ikan tersebut dalam air dicampurkan dengan asam limau. Selepas itu masukkan sekali kulit limau tadi dan biarkan selama 10 minit.

Dikatakan asid yang terdapat dalam limau itu akan membuang sisa-sisa bau hanyir pada ikan dan sekali gus melembutkan isi ikan agar senang digoreng tanpa meninggalkan bau hanyir.

Anda juga boleh mencuba bahan lain seperti air asam jawa dan bancuhan tepung gandum sekiranya bau hanyir masih terlekat pada ikan itu. Kongsi petua/tip emel diarijoran@gmail.com.

Posted February 21, 2011 by Keluarga82 in Petua Memancing

%d bloggers like this: