Archive for the ‘Resepi’ Category

Baulu


Bahan-bahan ( Saiz 20cm )

  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cwn gula pasir (boleh kurangkan jika suka)
  • 1 sdt esen rose
  • 1 3/4 cawan tepung gandum

Cara-cara

  1. Pukul telur bersama gula hingga kembang
  2. Masukkan esen rose
  3. Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
  4. Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna. Kacau rata.
  5. Sapu acuan dengan minyak masak. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan adunan berwarna dan adunan asal semula. (3 lapisan)
  6. Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam.

Posted April 8, 2011 by marlmansoor in Resepi

Resepi : Kerapu Masak Cuka

Bahan-bahan:

600 gm ikan kerapu
2 sudu besar cuka
2 sudu kecil minyak
20 gm cendawan kering – direndam dan dihiris halus
3 batang sawi
5 cm halia – dihiris nipis
1 sudu kecil tepung jagung
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan:

1. Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar isinya.

2. Tumis hirisan halia sebentar saja, kemudian masukkan cendawan, cuka garam, 1 1/2 cawan air dan masak sambil dikacau hingga rata.

3. Masukkan ikan dan biarkan masak.

4. Bancuh tepung jagung dengan 1/2 cawan air kemudian tuang ke dalam kuah ikan. Balik-balikkan dan kacau hingga rata.

5. Masukkan sawi dan angkat setelah sawi layu sedikit. Hidangkan panas-panas

Posted March 2, 2011 by Keluarga82 in Resepi

Resepi : Keladi Masam Pedas

Bahan-bahan:

6 batang keladi – disiat kulit dan kerat 5 cm
2 sudu besar beras – disangai dan tumbuk halus
6 tangkai cili merah – ditumbuk halus
2 cm belacan bakar – ditumbuk halus
6 ulas bawang merah – ditumbuk halus
2 sudu besar udang kering – ditumbuk kasar
1 batang serai -dititik
4 keping asam gelugur
1 sudu kecil gula
Sedikit daun kesum
6 cawan air
Sedikit garam

Cara Menyediakan:

1. Keladi direbus hingga layu dan dituskan airnya. Ketepikan.

2. Masukkan 6 cawan air ke dalam periuk, kemudian masukkan kesemua bahan kecuali keladi.

3. Rebus bahan-bahan tadi hingga mendidih, kemudian masukkan keladi. Rasa asam dan garamnya. Hidang ketika panas.

Posted March 2, 2011 by Keluarga82 in Resepi

Resepi : Daging Lembu Berlada

Bahan-bahanya

300 g daging lembu

300 g bawang besar merah

20 g bawang putih

6 g lada besar merah

30 g lada banggla besar

Minyak masak

 

Bahan-bahan perap

1 sudu kecil kicap soya

Secubit garam

Secubit serbuk perasa

Secubit gula

Secubit baking soda

1 sudu besar air

1 sudu besar telur

 

Bahan-bahan kuah

1 sudu kicap soya

1 sudu besar soso tiram

1 sudu soso tomato

¼ sudu kecil serbuk perasa

½ sudu kecil gula

3 susu besar air

1 sudu kecil minyak bijan.

 

Bahan pemekat kuah

1 sudu besar campuran tepung jagung dan air

 

Cara mudah memasaknya

1.      Potong daging kepada kepingan-kepingan nipis

2.      Kupas bawang putih dan hiris halus

3.      Hiris lada besar merah kepada hirisan kasar bentuk serong

4.      Potong lada bangla hijau bentuk dadu

5.      Hiris bawang besar merah kepada hirisan senipis 0.1cm

6.      Masukakan bahan-bahan perap kedalam mangkuk dan kacau

7.      Tambahkan daging kedalam campuran bahan-bahan perap tadi dan gaul. Perap selama 20 minit

8.      Tuangkan 3 cawan minyak kedalam kuali. Panaskan sehingga suhu minyak mencapai 100˚  Celsius.

9.      Celur seketika daging yang telah di perap tadi. Toskan dan ketepikan.

10.  Tuang satu sudu minyak ke dalam kuali lain dan panaskan Masukan bawang putih dan lada besar dan kacau.

11.  Tambahkan bahan-bahan kuah

12.  Tambahkan daging yang di celur tadi

13.  Tambahkan bawang besar merah tadi dan lada bangla dan kacau

14.  Tambhakan bahan pemekat kuah dan kacau. Pindahkan kedalam pinggan dan hidangkan.

Posted March 1, 2011 by Keluarga82 in Resepi

Resepi Lemang

Lemang Omak Esey

1. Buluh

Gunakan buluh yang sesuai elakan mengambil buluh yang nipis seperti ” buluh telur” atau buluh yang terlalu tebal. Buluh yang nipis akan mudah pecah dan buluh yang tebal melambatkan proses pembakaran lemang. Potong Buluh mengikut kesesuaian, panjang yg dicadangkan adalah lebih kurang 80 cm bersamaan 2.5 kaki. kalau terlalu panjang dikuatiri lemang sebelah atas tidak masak dgn sempurna. Setelah buluh dipotong mengikut saiz buluh- buluh tersebut hendaklah dibersihkan dahulu.

2. Daun pisang .

Daun yang sesuai adalah yg tidak tua dan tidak terlalu muda. Daun pisang tua akan mudah pecah bila di masukan kedalam buluh dan daun pisang terlalu muda pula akan melekat pada pulut setelah masak nnt. Daun pisang jenis pisang hutan (pisang karuk), pisang Awak, dan pisang kapas adalah yg paling baik untuk dibuat daun lemang, jenis pisang2 lain juga bole di gunakan. potong mengikut saiz  dan bersihkan daun dengan mengelap dgn kain basah.

3, Cara-cara memasukan daun pisang.

Ambil pelepah pisang (yang sederhana kecil) dibelah dua dan tinggalkan dalam 1/2 kaki (jgn di belah sampai pangkal) untuk dibuat “telutuk”. Telutuk ini gigunakan untuk menyepit daun pisang dan digulung semasa memasukan kedalam buluh. Sebaiknya tindanan daun pisang dalam buluh hanya sedikit sahaja.

3. Pulut dan Santan Kelapa

Satu gantang pulut memerlukan 3-4 biji kelapa, lebih byk santan lebih enak lemangnya. Bersihkan pulut dan rendam pulut dalam santan dan masukan sedikit garam dalam santan tersebut. Masukkan pulut dan santan kelapa kedalam buluh pelahan-lahan sehingga  sejengkal dari paras atas buluh, memberi ruang untuk pulut mengembang semasa pembakaran. Setelah diisi sumbat di bahagian atas dgn daun pisang dan dicampurkan dgn daun pandan untuk memberi aroma baun pandan pd lemang bila sudah masak… setelah buluh siap diisi dgn pulut dan seterusnya di letakan di lanngai dan sedia untuk di bakar.

4. Api/ Langgai

Sediakan Langgai seperti dalam gambar dan hidupkan api. Peringkat awal api yang menyala hendaklah jauh dari buluh lemang yang diletakkan di langgai, anggaran 1.5 kaki. Kalau terlalu dekat menyebabkan buluh akan hangus terbakar. Setelah kayu yang sudah berbara (tidak menyala lagi), barulah di alihkan dekat dgn buluh sehingga santan kering. Untuk memanaskan bahagian bawah buluh tersebut, setelah buluh bertukar warna kedudukan buluh di letakan lebih condong daripada sebelumnya dan serakan bara-bara api di bawah buluh untuk memaskan bahagian atas lemang tadi.


Bahan-Bahan:

1 kg beras pulut
3-4 biji kelapa (ambil santannya)
2 batang buluh sederhana besar
Garam..

Basuh beras pulut dan tuskan airnya.
Masukkan daun pisang ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
Kemudian masukkan beras pulut yang telah dituskan dan jangan terlalu penuh.
Masukkan sedikit garam ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan dan di padatkan dengan mehetak pelahan buluh tersebut agar masaknya sama rata.
Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.

Posted February 24, 2011 by Keluarga82 in Resepi

%d bloggers like this: